Dalmatia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dalmatia diserlahkan pada peta Croatia

Dalmatia (bahasa Croatia: Dalmacija) ialah sebuah wilayah di pesisiran pantai timur Laut Adriatik, di Croatia moden, terletak di antara pulau Rab di barat laut dan Teluk Kotor (Boka Kotorska) di tenggara. Daerah pedalaman, Inner Dalmatia (Zagora), lebarnya lima puluh kilometer di utara dan menyempit di selatan hanya selebar beberapa kilometer sahaja.

Dalmatia, Croatia, pada saat ini terdiri daripada empat kaunti, Zadar, Šibenik, Split, dan Dubrovnik. Bandar besar yang lain di Dalmatia termasuk Biograd, Kaštela, Sinj, Solin, Omiš, Knin, Metković, Makarska, Trogir, Ploče, Trilj dan Imotski.

Pulau-pulau Dalmatia yang besar adalah Dugi Otok, Ugljan, Pašman, Brač, Hvar, Korčula, Vis, Lastovo, dan Mljet. Gunung-gunungnya yang besar adalah Dinara, Mosor, Svilaja, Biokovo, Moseć and Kozjak. Selain itu, sungai-sungai di Dalmatia adalah Zrmanja, Krka, Cetina, dan Neretva.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]