Dam (haji)
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dam ialah darah. Kemudian digunakan sebagai nama binatang ternakan yang disembelih kerana menebus kesalahan atau menutupi kekurangan dalam masa mengerjakan haji atau umrah. Kemudian digunakan perkataan ini untuk sebarang denda ganti penyembelihan.
Orang yang melakukan haji tamattuk dikenakan dam kerana ia telah tidak berihram dari miqat haji dalam musim haji. Kecuali penduduk Makkah dan sekitarnya tidak dikenakan dam.
[sunting] Dalil Al Quran
| “ | " Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepung (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu dia mencukur rambutnya), hendaklah dia membayar fidyah iaitu berpuasa atau bersedekah atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah dia melakukannya kemudian wajiblah dia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau dia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) Masjidilharam (Mekah). Dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya). " (Surah Al-Baqarah : 196)[1] | ” |
[sunting] Rujukan
- Kerajaan Arab Saudi Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat
[sunting] Nota kaki
| Utama: | Haji| Haji Tamattuk | Haji Qiran | Haji Ifrad | Umrah | |
|---|---|---|
| Ibadah: | Tawaf | Sa'i | Wukuf | Tahallul | Ihram | Jumrah | Nafar | Dam | |
| Bangunan: | Masjidil Haram | Kaabah | Hijir Ismail | Maqam Ibrahim | Hajar Aswad | Telaga Zam-Zam | Multazam | Masjid Nabawi | Pintu Kaabah | |
| Tempat: | Makkah | Madinah | Mina | Arafah | Muzdalifah | Bukit Safa dan Marwah | Jeddah | |
| Lain-lain: | Tabung Haji | Sistem Penerbangan Malaysia | Arab Saudi | Miqat | Nabi Ibrahim a.s. | Nabi Ismail a.s. | Rukun Islam | Hari Raya Aidil Adha | Qurban | Solat qasar | Solat jamak |