Maggie Smith

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Dame Maggie Smith)
Lompat ke: pandu arah, cari
Dame Maggie Smith
DBE
Lahir Margaret Natalie Smith
28 Disember 1934 (78 tahun)
Ilford, Essex, England
Warganegara England
Nama lain Dame Maggie Smith
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 1952–sekarang
Pasangan Robert Stephens (1967-1974)
Beverley Cross (1975-1998)
Anak Chris Larkin
Toby Stephens

Dame Margaret Natalie Smith, DBE (lahir 28 Disember 1934), lebih dikenali sebagai Dame Maggie Smith, ialah pelakon Inggeris yang terkenal dalam bidang filem, teater, dan televisyen. Smith membuat teater debutnya pada tahun 1952 dan mempunyai kerjaya lakonana yang amat luas dalam bidang teater, filem dan televisyen melebihi 60 tahun. Smith telah memenangi banyak anugerah untuk lakonannya, kedua-duanya untuk teater dan filem, termasuklah tujuh Anugerah BAFTA (lima anugerah bersaing dan dua anugerah khas termasuklah BAFTA Fellowship pada tahun 1996), dua Anugerah Academy, dua Anugerah Golden Globe, tiga Anugerah Emmy, dan satu Anugerah Tony.

Antara filem-filemnya yang terkenal termasuklah Othello (1965), The Prime of Miss Jean Brodie (1969), Travels with My Aunt (1972), California Suite (1978), Clash of the Titans (1981), A Room with a View (1985), Gosford Park (2001) dan The Best Exotic Marigold Hotel (2012). Smith kini sedang membintangi drama bersiri popular, Downton Abbey sebagai Violet Crawley, the Dowager Countess of Grantham, yang mana Smith telah memenangi satu Anugerah Golden Globe dan dua Anugerah Emmy untuknya.

Pada September 2012, Smith telah diberi Anugerah Legasi oleh Festival Stratford Shakespeare sebagai tanda penghormatan dan terima kasih ke atas sumbangan yang telah diberikan olehnya dalam menaikkan nama syarikat teater tersebut pada akhir 70-an. Smith menerima anugerah tersebut daripada Christopher Plummer didalam sebuah majlis di Hotel Fairmont Royal York.

Isi kandungan

Kehidupan awal[sunting]

Smith dilahirkan di Ilford di Essex, kepada Nathaniel Smith, yang bekerja di Universiti Oxford, dan Margaret Hutton Little, yang merupakan orang Scotland; dia mempunyai dua orang abang kembar, Alistair dan Ian. Dia belajar di Sekolah Tinggi Oxford.

Kerjaya[sunting]

Smith mempunyai banyak pengalaman dalam bidang teater langsung atau tidak langsung dan merupakan salah seorang daripada pelakon teater terunggul di England. Kerjaya lakonannya bermulai Oxford Playhouse bersama dengan Frank Shelley, dan filem pertamanya adalah pada tahun 1956. Pada tahun 1969 dia memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Academy bagi watak lakonannya dalam filem The Prime of Miss Jean Brodie.

Sepanjang kariernya, Smith amat dikagumi kerana teknik-teknik lakonan yang hebat baik di skrin mahupun teater.

Kehidupan peribadi[sunting]

Filmography[sunting]

Televisyen dan filem[sunting]

Peranan teater[sunting]

Pautan luar[sunting]