Danainae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Danainae
Tiga ekor kupu-kupu Danainae
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Arthropoda
Kelas: Insecta
Order: Lepidoptera
(tiada peringkat): Rhopalocera
Keluarga: Nymphalidae
Subkeluarga: Danainae
Puak
Sinonim
  • Danaidae

Danainae merupakan sebuah subfamili kupu-kupu yang tergolong dalam famili Nymphalidae. Ia bertelur di atas tumbuhan-tumbuhan genus Asclepias yang dimakan oleh larvanya (beluncas). Dahulunya, kelompok ini dianggap sebagai famili yang berasingan, iaitu Danaidae, dan puak-puak yang tergolong dalamnya kadang-kadang dianggap sebagai subfamili yang berlainan dalam Nymphalidae.

Terdapat kira-kira 300 spesies Danainae di seluruh dunia. Kebanyakan puak Danaini terdapat di kawasan tropika Asia dan Africa, sementara Ithomiini berbagai-bagai di Neotropika. Tellervini terbatas di Australia dan kawasan Timur. Di Amerika Utara cuma ditemuinya empat spesies: iaitu kupu-kupu Danaus plexippus, Danaus gilippus, Lycorea cleobaea dan Danaus eresimus.

Ahli yang paling terkenal dalam famili ini ialah D. plexippus atau "Monarch". Larva dan dewasanya menyimpan glikosida yang beracun dari tumbuhan perumah larva, iaitu Asclepias, agar tidak sedap dimakan oleh pemangsa. D. plexippus, gilippus dan eresimus hanya memakan daun Asclepias sewaktu larva. Strategi pertahanan yang amat berkesan ini melindunginya daripada hampir segala pemangsa yang akhirnya belajar untuk mengelakkan spesies-spesies berkenaan setelah cuba memakannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]