Daniel Ricciardo
Daniel Ricciardo pada tahun 2009 |
|
| Lahir | 1 Julai 1989 (23 tahun) Perth, Australia Barat |
|---|---|
| Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu | |
| Kewarganegaraan | |
| Kereta 2013 | Toro Rosso-Ferrari |
| Kereta # | 19 |
| Perlumbaan | 36 |
| Kejuaraan | 0 |
| Kemenangan | 0 |
| Podium | 0 |
| Mata kerjaya | 17 |
| Petak pertama | 0 |
| Pusingan terpantas | 0 |
| Perlumbaan pertama | Grand Prix British 2011 |
| Perlumbaan terakhir | Grand Prix Sepanyol 2013 |
| Kedudukan 2012 | Ke-18 (10 mata) |
Daniel Ricciardo (lahir 1 Julai 1989 di Perth, Australia Barat) ialah seorang pemandu kereta lumba, yang kini bersaing dalam Formula Satu untuk pasukan Scuderia Toro Rosso.[1] Beliau memenangi kejuaraan British Formula Three pada tahun 2009.
Isi kandungan |
Kerjaya [sunting]
Formula Satu [sunting]
Ricciardo memandu sebuah kereta Formula Satu buat kali pertama apabila beliau memandu untuk Red Bull Racing pada acara Ujian Pemandu Muda di Circuito de Jerez selama tiga hari, 1-3 Disember 2009.[2] Pada hari terakhir ujian, beliau mencatat masa terpantas dalam ujian tersebut. Pengurus pasukan Red Bull Racing, Christian Horner, mengatakan bahawa Ricciardo mungkin akan menggantikan juara World Series 2010, Brendon Hartley, sebagai pemandu ujian dan simpanan pasukan.[3] Namun begitu, Ricciardo dan Hartley berkongsi tugas pemandu ujian dan simpanan untuk kedua-dua pasukan Red Bull dan Scuderia Toro Rosso, sehinggalah Hartley dikeluarkan daripada pasukan Red Bull Junior.[4]
Pada 11 November 2010, Ricciardo telah disahkan sebagai pemandu tunggal untuk mewakili Red Bull Racing pada acara Ujian Pemandu Muda di Litar Yas Marina pada 16-17 November. Dalam pengumuman tersebut, beliau berkata, "Saya tidak sabar memandu kereta Formula Satu Red Bull Racing sekali lagi."[5] Ricciardo terus menunjukkan kehebatannya dengan menguasai acara tersebut. Beliau merekodkan masa yang lebih pantas daripada masa pusingan kelayakan Juara Dunia 2010, Sebastian Vettel, Sabtu sebelum ini.[6]
Beberapa hari selepas melengkapkan sesi ini, Ricciardo telah disahkan sebagai pemandu ujian dan simpanan bagi pasukan Toro Rosso bagi musim 2011, dan akan mengambil bahagian pada sesi latihan pertama bagi setiap perlumbaan.[7] Ketua pasukan Toro Rosso, Franz Tost, menyatakan bahawa, "terdapat ramai pemandu muda yang bersemangat dan pemandu semasa kami amat bagus", merujuk kepada pemandu Toro Rosso pada masa itu, Jaime Alguersuari dan Sébastien Buemi.[8] Ricciardo juga memandu untuk Toro Rosso pada sesi ujian pra-musim 2011.
Di Grand Prix Australia, Ricciardo mendapat tempat ke-16 pada sesi latihan bebas pertama. Beliau mendapat tempat kelapan pada sesi latihan di Grand Prix Turki, satu tempat di hadapan Sébastien Buemi.
HRT (2011) [sunting]
Pada 30 Jun 2011, Ricciardo menandatangani kontrak bersama Hispania Racing, dengan menggantikan Narain Karthikeyan untuk kesemua baki perlumbaan musim 2011 kecuali Grand Prix India, di mana Karthikeyan mengantikan Vitantonio Liuzzi.
Di Abu Dhabi, Ricciardo bersara selepas mengalami masalah mekanikal, dan pada perlumbaan terakhir musim di Grand Prix Brazil, Ricciardo mendapat tempat ke-20 setelah bermula dari tempat ke-22.
Toro Rosso (2012-kini) [sunting]
Pada 14 Disember 2011, ia telah disahkan bahawa Ricciardo akan memandu untuk Scuderia Toro Rosso bagi musim 2012, bersama-sama pelumba Perancis, Jean-Éric Vergne.[9]
Di Grand Prix Australia pada 18 Mac 2012, Ricciardo berjaya menamatkan perlumbaan di hadapan rakan sepasukan, Vergne, setelah mendapat tempat kesembilan, dan mendapatkan dua mata Kejuaraan Dunia.
Di Malaysia, beliau mendapat tempat ke-12, setelah menjadi pelumba yang pertama untuk menukar tayar hujan kepada tayar cuaca kering. Di Bahrain, beliau berlumba di tempat keenam, namun menamatkan perlumbaan di tempat ke-15. Di Grand Prix Monaco, beliau bersara buat kali pertama pada musim ini setelah bermula dari tempat ke-15.
Pada 31 Oktober 2012, Toro Rosso mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani semula Ricciardo untuk musim 2013.[10]
Rekod perlumbaan [sunting]
Ringkasan kerjaya [sunting]
| Musim | Siri | Pasukan | Perlumbaan | Kemenangan | P/Pertama | P/Terpantas | Podium | Mata | Kedudukan |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2005 | Western Australian Formula Ford Champ. | Privateer | 3 | 0 | 0 | ? | 0 | 74 | Ke-8 |
| 2006 | Formula BMW Asia | Eurasia Motorsport | 19 | 2 | 3 | 3 | 12 | 231 | Ke-3 |
| Formula BMW UK | Motaworld Racing | 2 | 0 | 0 | 0 | 0 | 3 | Ke-20 | |
| Formula BMW World Final | Fortec Motorsport | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | N/A | Ke-5 | |
| 2007 | Formula Renault 2.0 Italy | RP Motorsport | 14 | 0 | 0 | 0 | 0 | 196 | Ke-6 |
| Eurocup Formula Renault 2.0 | 4 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | NC | ||
| 2008 | Formula Renault 2.0 WEC | SG Formula | 15 | 8 | 9 | 7 | 11 | 192 | Pertama |
| Eurocup Formula Renault 2.0 | 18 | 6 | 5 | 5 | 7 | 136 | Ke-2 | ||
| Formula Three Euroseries | 2 | 0 | 0 | 0 | 0 | N/A | NC† | ||
| Masters of Formula 3 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | N/A | NC | ||
| 2009 | British Formula Three Championship | Carlin Motorsport | 20 | 7 | 6 | 5 | 13 | 275 | Pertama |
| Masters of Formula 3 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | N/A | NC | ||
| Formula Renault 3.5 Series | Tech 1 Racing | 2 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | Ke-34 | |
| Macau Grand Prix | Carlin | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | N/A | NC | |
| 2010 | Formula Renault 3.5 Series | Tech 1 Racing | 16 | 4 | 8 | 5 | 8 | 136 | Ke-2 |
| Formula Satu | Toro Rosso | Pemandu ujian | |||||||
| 2011 | Formula Renault 3.5 Series | ISR | 12 | 1 | 2 | 3 | 6 | 144 | Ke-5 |
| Formula Satu | Scuderia Toro Rosso | Pemandu ujian | |||||||
| Formula Satu | HRT F1 Team | 11 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | Ke-27 | |
| 2012 | Formula Satu | Scuderia Toro Rosso | 20 | 0 | 0 | 0 | 0 | 10 | Ke-18 |
| 2013 | Formula Satu | Scuderia Toro Rosso | 5 | 0 | 0 | 0 | 0 | 7* | Ke-12* |
* Musim sedang dijalankan.
Keputusan lengkap Formula Satu [sunting]
(Kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
| Tahun | Kemasukan | Casis | Enjin | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | WDC | Mata |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2011 | Scuderia Toro Rosso | Toro Rosso STR6 | Ferrari 056 2.4 V8 | AUS TD |
MAL TD |
CHN TD |
TUR TD |
ESP TD |
MON TD |
CAN TD |
EUR TD |
Ke-27 | 0 | ||||||||||||
| Hispania Racing F1 Team | Hispania F111 | Cosworth CA2011 V8 | GBR 19 |
GER 19 |
HUN 18 |
BEL Ret |
ITA NC |
SIN 19 |
JPN 22 |
KOR 19 |
IND 18 |
ABU Ret |
BRA 20 |
||||||||||||
| 2012 | Scuderia Toro Rosso | Toro Rosso STR7 | Ferrari 056 2.4 V8 | AUS 9 |
MAL 12 |
CHN 17 |
BHR 15 |
ESP 13 |
MON Ret |
CAN 14 |
EUR 11 |
GBR 13 |
GER 13 |
HUN 15 |
BEL 9 |
ITA 12 |
SIN 9 |
JPN 10 |
KOR 9 |
IND 13 |
ABU 10 |
USA 12 |
BRA 13 |
Ke-18 | 10 |
| 2013 | Scuderia Toro Rosso | Toro Rosso STR8 | Ferrari 056 2.4 V8 | AUS Ret |
MAL 18† |
CHN 7 |
BHR 16 |
ESP 10 |
MON |
CAN |
GBR |
GER |
HUN |
BEL |
ITA |
SIN |
KOR |
JPN |
IND |
ABU |
USA |
BRA |
Ke-12* | 7* |
† Tidak menamatkan perlumbaan, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan lebih daripada 90% jarak perlumbaan.
* Musim sedang dijalankan.
Rujukan [sunting]
- ↑ "Ricciardo akan memandu untuk Toro Rosso pada tahun 2012". AUSmotive.com. http://www.ausmotive.com/2011/12/15/ricciardo-to-drive-for-toro-rosso-in-2012.html. Capaian 2011-12-15.
- ↑ "Red Bull menguji Ricciardo", autosport.com, Haymarket Publications, 2009-11-09. Dicapai pada 2009-11-10.
- ↑ O'Leary, Jamie. "Ricciardo menyasarkan tugas pemandu ujian Red Bull", autosport.com, Haymarket Publications, 2009-12-02. Dicapai pada 2009-12-04.
- ↑ "Hartley dikeluarkan sebagai pemandu simpanan Red Bull", GPUpdate.net, GPUpdate.net, 2010-17-21. Dicapai pada 2010-10-16.
- ↑ "Ricciardo mewakili Red Bull pada acara ujian pemandu muda", formula1.com, Kumpulan Formula Satu, 11 November 2010. Dicapai pada 2010-11-11.
- ↑ Straw, Edd. "Ricciardo mendominasi ujian rookie", autosport.com, Haymarket Publications, 17 November 2010. Dicapai pada 2010-11-17.
- ↑ Beer, Matt. "Ricciardo bersama STR pada hari Jumaat", autosport.com, Haymarket Publications, 26 November 2010. Dicapai pada 26 November 2010.
- ↑ Reynolds, Jonathan. "Careful Webber: this guy wants your seat...", Jun 2011.
- ↑ Elizalde, Pablo. "Ricciardo, Vergne akan berlumba untuk Toro Rosso pada musim 2012", autosport.com, Haymarket Publications, 2011-12-14. Dicapai pada 2011-12-14.
- ↑ "Ricciardo dan Vergne untuk setahun lagi", AUSmotive.com, AUSmotive.com, 2012-11-31. Dicapai pada 2011-11-01.
Pautan luar [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Daniel Ricciardo |
- Laman sesawang rasmi
- Profil di Driver Database
- Daniel Ricciardo di Twitter
- Daniel Ricciardo di Internet Movie Database
|
|||||
|
|||||
|
||||||||||||||||||