Daniele Bonera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daniele Bonera
Maklumat peribadi
Nama penuh Daniele Bonera
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Milan
Nombor 25
Kerjaya remaja
1995–1999 Brescia
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1999–2002
2002–2006
2006–
Brescia
Parma
Milan
060 (0)
114 (1)
046 (0)
Pasukan kebangsaan
2001–2004
2001–
Itali U-21
Itali
034 (0)
013 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 18 Mei 2008
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21 November 2007
Rekod pingat Olimpik
Mewakili  Itali
Bola sepak lelaki
Pingat gangsa – tempat ketiga Athens 2004 Pertandingan Berpasukan

Daniele Bonera (lahir 31 Mei, 1981 di Brescia) merupakan pemain bola sepak Itali dan bermain untuk A.C. Milan di Serie A di mana beliau bermain sebagai pemain pertahanan dan memakai jersi bernombor 25.

Bonera memulakan kariernya bersama Brescia Calcio, dan membuat kemunculan sulung pada musim 1999/2000, di Serie B. Setelah dua lagi musim hebat bersama Brescia, yang membolehkannya mewakili pasukan bola sepak kebangsaan Itali, di mana beliau membuat kemunculan sulungnya dalam perlawanan persahabatan pada 5 September, 2001 menentang Maghribi, Bonera berpindah ke Parma pada musim 2002/03.

Pada 28 Julai, 2006 Daniele berpindah ke A.C. Milan dengan bayaran perpindahan bernilai kira-kira $2.5 juta.

Kemunculan sulungnya dalam Liga Juara-Juara UEFA adalah menentang Anderlecht, pada 17 Oktober 2006, di mana beliau menerima kad merah selepas mendapat kad kuning keduanya di minit ke-47 setelah menyepak bola sewaktu pemain Anderlecht menunggu untuk mengambil sepakan percuma. Selepas kurang menyerlah sebagai bek kanan, Bonera ditukarkan ke bahagian bek tengah setelah beberapa pemain pertahanan mengalami kecederaan dan pengambilan Massimo Oddo dari S.S. Lazio pada Januari, yang merupakan pemain bek kanan yang sebenar.

Beliau dipanggil oleh Roberto Donadoni untuk Kelayakan Euro 2008 Itali menentang Scotland, perlawanan yang dijadualkan pada 28 Mac 2007, tetapi beliau terpaksa menarik diri kerana mengalami kecederaan.

Beliau telah mewakili Itali sebanyak 13 kali.

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

AC Milan

Itali

Pautan luar[sunting | sunting sumber]