Daniella Sya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daniella Sya
Kelahiran
Daniella Sya Yeng Yeng

(1988-08-08) 8 Ogos 1988 (umur 35)
PekerjaanPelakon, model, pengacara, penyampai radio
Tahun aktif2004–kini

Daniella Sya Yeng Yeng (Bahasa Cina: 埃拉谢pinyin: Xiè Yángyáng; lahir 8 Ogos 1988) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2] Memulakan kerjaya hiburan di Singapura, Sya muncul dalam beberapa kredit televisyen dan filem termasuk Love You You (2011) dan Keong Saik Street (2012).[3][4] Beliau kembali ke Malaysia selepas sedekad membina nama di Kota Singa dan sejak itu telah membintangi beberapa drama TV dan filem.[5][6]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sya memulakan kerjayanya sebagai model pada usia 16 tahun, seterusnya muncul dalam iklan dan majalah.[7] Pada usia 20 tahun, beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi telefilem Bezanya Cinta yang dibintangi oleh Hannah Tan pada tahun 2008.[8]

Beliau seterusnya menjadi penyampai radio Lite dan mengacarakan rancangan Astro hitz bertajuk SPIN, dan juga muncul dalam filem pendek interaktif Drive & Seek oleh Mercedes-Benz. Pada tahun 2013, Sya dilantik sebagai duta Yahoo! Malaysia.[9]

Beliau berhijrah ke Singapura[10] dan mendapat peranan sebagai pelakon pembantu dalam siri mini Keong Saik Street pada tahun 2012.[11] Pada tahun berikutnya beliau mendapat peranan utama sebagai pegawai polis Tan Siew Lan dalam drama jenayah Mata Mata, mengisahkan kehidupan pegawai polis wanita pada tahun 1950-an. Pada tahun 2014, beliau menjayakan watak sebagai peronda jenayah pantai Jenny dalam satu lagi siri televisyen Singapura yang dipanggil S.O.S. (3). Pada tahun yang sama beliau menyertai Lush 99.5FM sebagai penyampai untuk Lush Mornings with Daniella Sya.[12] Beliau telah bekerja sebagai penyampai radio di Red FM dan Lite FM.[13]

Pada tahun 2017, Sya muncul dalam drama Miss Kapten Cikgu Waiz lakonan Neera Azizi dan Erwin Dawson dan siri drama aksi DO(S)A,[14] serta telefilem Jongkong.[15]

Dalam tahun 2018 sahaja, Sya muncul dalam beberapa drama Melayu termasuk Isteri Bukan Untuk Disewa (Astro Ria) dan Bahagia Bukan Bidaan (TV3).

Beliau terpaksa menolak tawaran berlakon di Hollywood kerana menyifatkan dirinya belum bersedia.[16][17][18]

Sya bakal muncul dalam filem Alam: Kingdom Resurrection, sebuah filem kerjasama antara Amerika Syarikat dan Malaysia; telefilem Biar Aku Jadi Imammu dan Lafaz Terindah untuk RTM dan filem Takut Ke Tak.[19]

Pada tahun 2022, beliau berlakon bersama Diana Danielle dan Aiman Hakim Ridza dalam She Was Pretty yang disiarkan di Viu dengan memegang watak sebagai Kejora, kemudian berlakon dalam filem Talbis Iblis dan Abang Long Fadil 3.[20] Setahun kemudian Sya berlakon dalam telefilem Suzanne Wo Ai Ni.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sya dilahirkan di Sungai Petani, Kedah,[21][22] dan dibesarkan di Kuala Lumpur.[11] Beliau fasih berbahasa Bahasa Kantonis, Melayu dan Inggeris.[23] Selain itu, beliau juga pernah mendalami ilmu persilatan.[11]

Pada Mac 2015, satu kenyataan di laman Facebook oleh Sya menjadi tular di media sosial di mana beliau mengadu menerima mesej teks daripada pemandu Uber yang beliau terima dari dua minggu sebelum itu, cuba membuat perbualan biasa dengannya. Ini merupakan kali ketujuh insiden seperti ini berlaku. Berikutan sokongan dan tanggapan daripada orang yang berkongsi kejadian serupa di dalam pos, Sya membuat aduan rasmi dengan Uber. Syarikat itu memohon maaf atas kejadian itu, menggantung pemandu, dan melancarkan siasatan ke atas kejadian itu.[24][25]

Pada tahun 2023, beliau menjalinkan hubungan bersama seorang lelaki Melayu/Islam.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Love You You Filem pertama
2012 Hantu Air Alicia
2013 Genggam
2016 Lost in the Pacific Wartawan di udara
2017 Kerja Kahwin Susan
2020 Takut Ke Tak Hantu Cantik
2022 Abang Long Fadil 3 Sherina
Seratus Kuncu King 3
Talbis Iblis Junaidah (muda)
2024 Titik Nol Ming

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Keong Saik Street MediaCorp Saluran 8
2013 Mata Mata Pegawai Tan Siew Lan MediaCorp Saluran 5
2014 S.O.S. Jenny Mediacorp Suria
2017 Miss Kapten Cikgu Waiz Melissa TV3
2018 Dosa: Sacred Sin Inspektor Michelle Astro First Eksklusif
Bahagia Bukan Bidaan Aileen TV3
Isteri Bukan Untuk Disewa Natasya Astro Ria
2019 Aurora Aisyah Siew Lee / Aisyah TV1
Jodoh-Jodoh Annisa Daniella Astro Prima
Setelah Ku Dimiliki Ann TV3
2021 Projek: Anchor SPM Tai Ying Astro Citra
Malaysian Ghost Stories Alice Astro Ria Episod: “Nu Gui”
Kisah Cinta Kita Maria TV3
2023 Bukan Hanya Sekadar Cinta Anne
Hijrah Jannah Jannah/Janet Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Bezanya Cinta Danielle Astro Ria
2017 Jongkong Sara Astro Citra
2021 Lafaz Terindah Angie TV1
2022 Biar Aku Jadi Imammu Sarah TV1
2023 Suzanne Wo Ai Ni Suzanne TV2

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2010 SPIN Astro Hitz
2023 Mega Spontan (Minggu 3) Astro Warna Penampilan khas bersama Puteri Sarah Liyana bagi mempromosikan drama Hijrah Jannah

Web drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Rangkaian Catatan
2018 KL Gangster: Underworld Sherrina Iflix
2019 Ombak Rindu The Series Sandra
2020 KL Gangster: Underworld 2 Sherina WeTV
2022 Villa Kristal Alia
She Was Pretty Kejora Yusoff (Jo) Viu
2023 Special Force: Anarchy Julia Disney+ Hotstar

Web filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Rangkaian
2023 Si Pencuri Kacak Suri Ng Tonton

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Emma Hassan (6 Februari 2018). "Daniella Sya Rasa Tercabar Cakap Bahasa Indonesia". Mangga Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-27. Dicapai pada 27 Ogos 2018.
  2. ^ S. Indra Sathiabalan (8 September 2020). "The accidental actress". The Sun Daily. Dicapai pada 28 April 2021.
  3. ^ Daniella Sya biodata The Smart Local. Dicapai pada 15 Jun 2019.
  4. ^ Ahmad Isyafiq Mohd Desa (5 September 2019). "Daniella Sya tagih peluang". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-09. Dicapai pada 7 September 2019.
  5. ^ Mohd Fadhil Abdullah (16 September 2019). "Wajah jelita bukan pintas - Daniella Sya". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-18. Dicapai pada 18 September 2019.
  6. ^ Norhayati Nordin (10 September 2020). "Kuncinya... kena rajin". Harian Metro. Dicapai pada 18 September 2020.
  7. ^ Mumtaj Begum (8 September 2020). "Is Malaysian actress Daniella Sya too sexy for social media?". The Star Online. Dicapai pada 28 April 2021.
  8. ^ "Malaysia's Resume - Daniella Sya". Malaysia Resume. 27 November 2015. Dicapai pada 25 Ogos 2015.[pautan mati kekal]
  9. ^ "Yahoo launches online platform for Malaysian women". Computer World. 2 Disember 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-25. Dicapai pada 29 Ogos 2014.
  10. ^ Wawann Mohd (2 September 2020). "Terima komen yang keterlaluan, Daniella Sya tidak ambil hati". Sinar Plus. Sinar Harian. Dicapai pada 28 April 2021.
  11. ^ a b c Ridzuan Abdul Rahman (7 Ogos 2019). "Nama kian harum - Daniella Sya". Harian Metro. Dicapai pada 7 Ogos 2019.
  12. ^ "New deejay line-up on MediaCorp radio stations". Today Online. 3 Januari 2014. Dicapai pada 3 Januari 2014.
  13. ^ "Lush not closing, announces new line-up". Asia Radio Today. 6 Januari 2014. Dicapai pada 6 Januari 2014.
  14. ^ Nor Akmar Samudin (17 Ogos 2017). "DO(s)A bukan drama biasa". Harian Metro. Dicapai pada 29 Ogos 2017.
  15. ^ "Telefilem Jongkong (Astro Citra)". My Info Taip. 9 November 2017. Dicapai pada 25 Ogos 2018.
  16. ^ Ridzuan Abdul Rahman (23 Julai 2019). "Daniella Sya 'terpaksa' tolak tawaran produksi Hollywood". Harian Metro. Dicapai pada 14 Ogos 2019.
  17. ^ Tahir Alhamzah (24 Julai 2019). "#Showbiz: Not right time to take Hollywood yet, says Daniella Sya". New Straits Times. Dicapai pada 14 Ogos 2019.
  18. ^ Melanie Chalil (24 Julai 2019). "Malaysian actress Daniella Sya laments missed chances to act in major Hollywood movies". The Malay Mail. Dicapai pada 14 Ogos 2019.
  19. ^ Ridzuan Abdul Rahman (6 April 2020). "Daniella lali 'lelaki nakal'". Harian Metro. Dicapai pada 26 April 2020.
  20. ^ Nisa Irina (5 September 2019). "Daniella Sya kembali ke layar lebar". Cinema Online. Dicapai pada 1 Mei 2020.
  21. ^ Dennis Chua (24 Januari 2020). "#Showbiz: Daniella Sya hopes to thrive in the Rat Year". New Straits Times. Dicapai pada 19 Jun 2020.
  22. ^ "SELEPAS SATU PERSATU DRAMA, NAMA DANIELLA SYA MAKIN DIKENALI!". Hot FM. 18 September 2019. Dicapai pada 1 Mei 2020.
  23. ^ "4 fresh faces to look out for on local TV". AsiaOne. 4 Februari 2014. Dicapai pada 25 Ogos 2018.
  24. ^ "Uber driver's 'casual chat' with actress Daniella goes viral". Astro Awani. 13 Mac 2015. Dicapai pada 25 Ogos 2018.
  25. ^ "First reported Uber harassment case in Malaysia". Paultan.org. 11 Mac 2015. Dicapai pada 25 Ogos 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]