Dar al-Magana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dar al-Magana ("rumah jam" dalam bahasa Arab) merupakan sebuah rumah di Fes, Maghribi, yang dibina oleh Sultan Marin Abu Inan Faris yang menempatkan sebuah jam air janaan beban. Muwaqqit[1] Abou al-Hassan Ibn Ali Ahmed Tlemsani[2] bertanggungjawab atas pembinaan jam ini yang siap pada 6 Mei 1357. Dar al-Magana terletak bertentangan dengan Madrasah Bu Inania.

Jam ini terdiri daripada tiga belas tingkap dan platform yang membawa mangkuk loyang. Pergerakan jam ini dipercayai dijaga oleh sejenis kereta sorong kecil yang berjalan dari kiri ke kanan di sebalik dua belas pintu. Di satu hujung, kereta sorong ini diikat dengan tali pada beban gantung; dan di satu lagi hujungm dengan tali pada beban yang terapung pada permukaan takungan air yang menyalir pada kadar yang nalar. Pada setiao jam, salah satu pintu terbuka; pada masa yang sama, sebiji bola logam dijatuhkan ke dalam salah satu daripada dua belas mangkuk loyang itu. Kasau-kasau yang menjulur dari bangunan itu di atas pintu (serupa dengan kasau-kasau Madrasah Bu Inania) menyokong sebuah bumbung kecil untuk melindungi pintu dan mangkuk.[3]

Mangkuk-mangkuk berkenaan telah ditanggalkan sejak tahun 2004, sementara mekanisme jamnya[4] sedang dibina semula oleh ADER, sebuah yayasan pembinaan semula tugu di Fes.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Muwaqqit ialah pegawai yang ditugaskan memantau selia dan menyelenggarakan jam dengan menyampaikan waktu solat yang tepat kepada muazin. (Renaud, H. P.-J. "Astronomie et Astrologie marocaine", in: Hesperis XXIX, 1942 pp. 41 -63)
  2. In 1308 Abou al Hassan Ali ibn Ahmed had built (together with Ibn al Fahham) the Tlemcen water clock with its automata and astronomical indication. [1] (third section, retrieved 20 November 2008)
  3. Tazi, Rajae, "L’horloge Hydraulique Bouanania, une énigme enfin perçue par des spécialistes du patrimoine" in Jeunes Du Maroc, Portail des Jeunes, December 16, 2004
  4. Mekanismenya dipercayai serupa dengan Jam Ridwan al-Saati dari Masjid Umayyad di Damsyik, jam air Andalusian (a.o. di Toledo yang diperikan oleh Ibn Khalaf al-Muradi, dibina semula oleh Muzium Sains dan Teknologi Kebangsaan di Madrid pada tahun 1995) dan jam air perian Al-Jazari yang dibina semula oleh Muzium Sains London pada tahun 1976 [2] dan masih dipamerkan di Nationaal Beiaard en Natuurmuseum di Asten, Belanda (rujuk Beiaardcollectie, Astronomische kunstuurwerken).[3]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Ricard P. 1924. "L'Horloge de la Médersa Bou-Anania de Fès" in: Bulletin de la Société de Géographie d'Alger et de l'Afrique du Nord, vol. 25: pp. 248–254.
  • D.J. de Solla Price, "Mechanical Waterclocks of the 14th Century in Fez, Morocco" in: Proceedings of the Tenth International Congress of the History of Science (Ithaca, N.Y, 1962). Paris: Hermann, pp. 599–602.
  • Tazi, Rajae, "L’horloge Hydraulique Bouanania, une énigme enfin perçue par des spécialistes du patrimoine" in Jeunes Du Maroc, Portail des Jeunes, December 16, 2004 [4]
  • Tazi, Abdelhadi 1981-85. "L'horloge hydraulique." In: Le mémorial du Maroc. Rabat: Editions Nord, vol. 3, pp. 53–71.
  • Hill, D.R. 1976. On the Construction of Water Clocks. Kitāb Arshimīdas fī ‘amal al-binkāmāt. London: Turner & Devereaux.
  • Hill, D.R. 1981. Arabic Water-Clocks. Aleppo: Institute for the History of Arabic Science.

Koordinat: 34°03′44″U 4°58′57″B / 34.0622°U 4.9824°B / 34.0622; -4.9824