Darjah Kebesaran,Bintang dan Pingat Negeri Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Darjah Kebesaran,Bintang dan Pingat Negeri Sarawak dikurniakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak kepada mereka yang telah memberikan jasa kepada Negeri Sarawak,dan masyarakat keseluruhannya.

Upacara Penganugerahan tersebut selalunya diadakan di Astana Negeri (Kediaman Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri).

Darjah Kebesaran,Bintang dan Pingat ini dikategorikan kepada 5 kelas,iaitu:

  • Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak
  • Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak
  • Darjah Jasa Bakti Sarawak
  • Pingat Pentadbiran Awam
  • Pingat Jasa Keberanian

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Darjah Kebesaran,Bintang dan Pingat Negeri Sarawak mulai diperkenalkan pada tahun 1928,iaitu ketika Sarawak dibawah pemerintahan Rajah Brooke.Darjah Kebesaran yang paling tinggi pada ketika itu adalah 'The Most Excellent Order of The Star of Sarawak'.Namun kesemua status Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Sarawak dilucutkan taraf apabila Sarawak menjadi Koloni British pada tahun 1946.Hanya pada tahun 1964,iaitu kemerdekaan Sarawak melalui penubuhan Malaysia,Kerajaan Negeri Sarawak yang baru memperkenalkan semula Anugerah Darjah Kebesaran dan Pingat.

Susunan Keutamaan Pemakaian Anugerah Kebesaran[sunting | sunting sumber]

  • Satria Bintang Sarawak (S.B.S.)
  • Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.)
  • Datuk Amar Bintang Kenyalang (D.A.)
  • Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S.)
  • Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K.)
  • Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S.)
  • Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S.)
  • Johan Bintang Sarawak (J.B.S.)
  • Johan Bintang Kenyalang (J.B.K.)
  • Johan Perkhidmatan Cemerlang (J.P.C.)
  • Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C).
  • Pingat Perwira Negeri (Emas) (P.P.N. (Emas)
  • Pingat Perwira Negeri (Perak) (P.P.N. (Perak)
  • Pingat Perwira Negeri (Gangsa) (P.P.N. (Gangsa)
  • Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S.)
  • Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K.)
  • Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B.)
  • Ahli Bintang Sarawak (A.B.S.)
  • Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K.)
  • Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T.)
  • Bentara Bintang Sarawak (B.B.S.)

Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak[sunting | sunting sumber]

  • Satria Bintang Sarawak (S.B.S.)- membawa gelaran Pehin Sri.
  • Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S.)- membawa gelaran Dato' Sri.
  • Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S.)-membawa gelaran Dato'.
  • Johan Bintang Sarawak (J.B.S.)
  • Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S.)
  • Ahli Bintang Sarawak (A.B.S.)
  • Bentara Bintang Sarawak (B.B.S.)

Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak[sunting | sunting sumber]

  • Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.)- membawa gelaran Datuk Patinggi.
  • Datuk Amar Bintang Kenyalang (D.A.)- membawa gelaran Datuk Amar.
  • Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K.) - membawa gelaran Datuk.
  • Johan Bintang Kenyalang (J.B.K.)
  • Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K.)
  • Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K.)

Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S.)[sunting | sunting sumber]

Anugerah ini dikurniakan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam atau Badan-badan berkanun yang telah melakukan tugas dengan terpuji dan memberikan perkhidmatan cemerlang kepada Negeri Sarawak.Penerima Darjah ini akan membawa gelaran Datu,manakala bagi penerima wanita pula akan membawa gelaran Datin Paduka.

Pingat Perkhidmatan Awam[sunting | sunting sumber]

  • Johan Perkhidmatan Cemerlang (J.P.C.) Anugerah baru.
  • Pingat Perkhidmatan Cemerlang (Emas) (P.P.C.)
  • Pingat Perkhidmatan Bakti (Perak) (P.P.B.)
  • Pingat Perkhidmatan Terpuji (Gangsa) (P.P.T.)

Pingat Jasa Keberanian[sunting | sunting sumber]

  • Pingat Perwira Negeri (Emas) (P.P.N.(E)
  • Pingat Perwira Negeri (Perak) (P.P.N. (P)
  • Pingat Perwira Negeri (Gangsa) (P.P.N.(G)

Pingat lain[sunting | sunting sumber]

  • Pingat Perkhidmatan Setia (P.P.S.)-Dianugerahkan kepada Kakitangan Perkhidmatan Awam yang telah melaksanakan tugas dengan setia dan penuh dedikasi selama 20 tahun ke atas.Penganugerahan Pingat ini biasanya disampaikan oleh Ketua Menteri Sarawak,dengan dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.
  • Pingat Bakti Jubli Perak (1988)-Dianugerahkan bersempena Ulangtahun Jubli Perak Kemerdekaan Sarawak dalam Malaysia ke-25 pada tahun 1988.
  • Pingat Peringatan Delima (2003)-Dianugerahkan bersempena memperingati Jubli Delima Kemerdekaan Sarawak dalam Malaysia ke-40 pada tahun 2003.
  • Pingat Peringatan Jubli Emas (2013)-Dianugerahkan bersempena memperingati Jubli Emas Kemerdekaan Sarawak dalam Malaysia ke-50 pada 2013.Pingat tersebut dibahagikan kepada 4 kategori,iaitu:
    • Pengasas Pejuang Kemerdekaan (PPK)
    • Pingat Cemerlang Jubli Emas (PCE)
    • Pingat Bakti Jubli Emas (PBE)
    • Pingat Terpuji Jubli Emas (PTE)

Rujukan[sunting | sunting sumber]