Darjah kebesaran negeri Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sarawak dikurniakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak kepada mereka yang telah memberikan jasa kepada negeri Sarawak, dan masyarakat keseluruhannya. Upacara Penganugerahan tersebut selalunya diadakan di Astana Negeri (Kediaman Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak).[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sarawak mula diperkenalkan pada tahun 1928, iaitu ketika Sarawak berada di bawah pemerintahan Rajah Brooke. Darjah Kebesaran yang paling tinggi pada ketika itu adalah 'The Most Excellent Order of The Star of Sarawak'. Namun kesemua status darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sarawak dilucutkan taraf apabila Sarawak menjadi Koloni British pada tahun 1946. Hanya pada tahun 1963, iaitu kemerdekaan Sarawak melalui penubuhan Malaysia, Kerajaan Negeri Sarawak yang baru memperkenalkan semula darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri.

Senarai[sunting | sunting sumber]

Kumpulan I : Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak

Kumpulan II : Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak

Kumpulan III : Darjah Jasa Bakti Sarawak

Kumpulan IV : Pingat Pentadbiran Awam

  • Johan Perkhidmatan Cemerlang (J.P.C)
  • Pingat Perkhidmatan Cemerlang (Emas) (P.P.C.)
  • Pingat Perkhidmatan Bakti (Perak) (P.P.B.)
  • Pingat Perkhidmatan Terpuji (Gangsa) (P.P.T.)

Kumpulan V : Pingat Perwira Negeri

  • Pingat Perwira Negeri (Emas)
  • Pingat Perwira Negeri (Perak)
  • Pingat Perwira Negeri (Gangsa)

Pingat lain[sunting | sunting sumber]

  • Pingat Perkhidmatan Setia (P.P.S.) - Dianugerahkan kepada Kakitangan Perkhidmatan Awam yang telah melaksanakan tugas dengan setia dan penuh dedikasi selama 20 tahun ke atas. Penganugerahan Pingat ini kebiasaannya disampaikan oleh Ketua Menteri Sarawak, dengan dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.
  • Pingat Bakti Jubli Perak (1988) - Dianugerahkan bersempena Ulangtahun Jubli Perak Kemerdekaan Sarawak dalam Malaysia ke-25 pada tahun 1988.
  • Pingat Peringatan Delima (2003) - Dianugerahkan bersempena memperingati Jubli Delima Kemerdekaan Sarawak dalam Malaysia ke-40 pada tahun 2003.
  • Pingat Peringatan Jubli Emas (2013) - Dianugerahkan bersempena memperingati Jubli Emas Kemerdekaan Sarawak dalam Malaysia ke-50 pada 2013. Pingat tersebut dibahagikan kepada 4 kategori,iaitu:-
    • Pengasas Pejuang Kemerdekaan (PPK)
    • Pingat Cemerlang Jubli Emas (PCE)
    • Pingat Bakti Jubli Emas (PBE)
    • Pingat Terpuji Jubli Emas (PTE)

Susunan keutamaan[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan susunan keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat negeri Sarawak[2]

  1. Satria Bintang Sarawak (S.B.S.)
  2. Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.)
  3. Datuk Amar Bintang Kenyalang (D.A.)
  4. Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S.)
  5. Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K)
  6. Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S)
  7. Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S.)
  8. Johan Bintang Sarawak (J.B.S.)
  9. Johan Bintang Kenyalang (J.B.K.)
  10. Johan Perkhidmatan Cemerlang (J.P.C)
  11. Pingat Perkhidmatan Cemerlang (Emas) (P.P.C.)
  12. Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S.)
  13. Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K.)
  14. Pingat Perkhidmatan Bakti (Perak) (P.P.B.)
  15. Ahli Bintang Sarawak (A.B.S)
  16. Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K.)
  17. Pingat Perkhidmatan Terpuji (Gangsa) (P.P.T.)
  18. Bentara Bintang Sarawak (B.B.S.)
  19. Jaksa Pendamai (J.P.)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]