Darjah Paduka Mahkota Perak (P.M.P)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Darjah Paduka Mahkota Perak (P.M.P) terhad kepada 175 ahli, adalah dimaksudkan sebagai kurniaan kepada mereka yang telah banyak memberikan jasa kepada Negeri Perak, yang mana walaupun tidak sebegitu tinggi mutunya, sebagai dikehendaki bagi Peringkat Kedua, tetapi boleh dianggap sebagai luar biasa, dengan erti kata telah menjalankan tugas yang amat sukar dengan jayanya ataupun pekerjaan yang berat telah dilakukan semenjak beberapa lama dengan cemerlangnya.

Berkenaan dengan kakitangan kerajaan, maka kurniaan-kurniaan itu boleh diberikan kepada pegawai Bahagian I yang menyandang pangkat tidak kurang dari Tingkatan Tertinggi 'G'.

Darjah Paduka Mahkota Perak merupakan salah satu dari Darjah Kebesaran Negeri Perak.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]