Das Experiment

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Das Experiment
Pengarah Oliver Hirschbiegel
Penerbit Marc Conrad
Pengarang Mario Giordano,
Don Bohlinger,
Christoper Darnstadt
Lakonan Moritz Bleibtreu
Christian Berkel
Muzik Alexander Bubenheim
Sinematografi Rainer Klausmann
Penyuntingan Hans Funck
Pengedar Senator Film
Mula ditayang 7 Mac 2001
Tempoh ditayang 119 minit
Negara Jerman
Bahasa Bahasa Jerman
Rujukan IMDb

Das Experiment (Bahasa Inggeris: The Experiment) ialah sebuah filem Jerman yang diarahkan oleh Oliver Hirschbiegel dan diterbitkan pada tahun 2001. Filem ini diilhamkan daripada peristiwa Eksperimen Penjara Stanford di Amerika Syarikat. Ia berdasarkan sebuah novel oleh Mario Giordano yang bertajuk Black Box'.

Plot[sunting | sunting sumber]

Tarek Fahd (Moritz Bleibtreu) menyertai 19 calon-calon lain dalam satu kajian simulasi sebuah penjara untuk tempoh dua minggu. Calon-calon dipilih oleh sebuah komputer dan diberi peranan sebagai banduan ataupun pegawai penjara, Kajian ini bermula dengan lancar, tetapi bertukar buruk dalam sekelip mata apabila pegawai-pegawai penjara menjadi cenderung untuk "meggunakan kuasa" mereka. Prof. Klaus Thon (Edgar Selge), yang menganggap bahawa keadaan itu sebagai tindak balas biasa psikologi, enggan menghentikan kajian tersebut, meskipun dibantah oleh pembant, Dr. Jutta Grimm (Andrea Sawatzki). Sementara masa terus berlalu, pegawai-pegwai penjara mencuba sedaya upaya menyembunyikan tindakan-tindakan mereka daripada Prof. Thon, manakala banduan-banduan menahan diri sedaya upaya mereka.

Persamaan dengan peristiwa sebenar[sunting | sunting sumber]

Walaupun di permulaan filem ini dinyatakan sebagai tidak berasaskan mana-mana peristiwa, adalah sangat jelas bahawa Eksperimen Penjara Stanford dijadikan panduan untuk plot filem ini. Namun, tempoh di dalam filem dipanjangkan dan beberapa kejadian direka berbanding peristiwa sebenar, bagi memberikan jalan cerita yang lebih sesuai. Eksperimen di Stanford dihentikan hanya selepas enam hari berikutan kebimbangan ahli-ahli sains yang terlibat bahawa pegawai-pegawai penjara telah menyalahguna kuasa dan menyeksa banduan, sementara banduan-banduan pula mengalami trauma psikologi dan mula menyendiri. Kebimbangan ini ditekankan oleh Dr. Grimm di dalam filem, tetapi Prof. Thon memutuskan untuk tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap kebimbangan itu, lalu membentuk asas bagi jalan cerita yang lebih panjang dan kemuncak yang lebih dramatik. Meskipun begitu, beberapa kejadian daripada eksperimen sebenar dimasukkan ke dalam filem. Banduan-banduan disembur dengan tong pemadam api dan juga dipaksa mencuci tandas dengan hanya menggunakan tangan (Di dalam kejadian sebenar beberapa banduan dipaksa melakukannya, tetapi di dalam filem hanya Tarek yang dipaksa).

External links[sunting | sunting sumber]