Dasar Australia Putih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lencana ini dari 1906 menunjukkan kegunaan penjelasan "White Australia" (Australia Putih) pada waktu itu

Dasar Australia Putih (Bahasa Inggeris: White Australia policy) terdiri dari dasar-dasar kerajaan Australia yang dilaksanakan untuk menyekat dan membataskan penghijrahan "orang bukan berkulit putih" ke Australia dari tahun 1901 ke 1973. Dasar ini ditamatkan pada tahun 1975.

Persaingan di lombong-lombong emas, pertikaian buruh dan semangat kebangsaan Australia mencipta suatu penentangan bersifat perkauman pada suku kedua kurun ke-19 yang membawa kepada penggubalan Akta Pembatasan Imigresen pada 1901, salah satu dari Akta yang pertama digubal oleh parlimen negara dalam Persekutuan Australia yang baru. Kelulusan rang undang-undang ini dianggapkan permulaan Dasar Australia Putih sebagai dasar kerajaan Australia. Tindakan selanjutnya lebih menguatkan dasar ini hingga bermulanya Perang Dunia II.

Dasar ini telah dimansuhkan secara bertahap oleh kerajaan-kerajaan pengganti yang memerintah Australia selepas tamatnya Perang Dunia II, pada mulanya berikutan dorongan daripada orang bukan-British dan pendatang bukan berkulit putih. Dari tahun 1973 seterusnya, dasar Australia Putih secara amalan tidak digunapakai lagi, dan pada tahun 1975 kerajaan Australia meluluskan Akta Perselisihan Perkauman, yang menjadikan sebarang pemilihan berasaskan perkauman tidak sah dari segi undang-undang.

Polisi imigresen sebelum Persekutuan[sunting | sunting sumber]

Era Pemburuan Emas[sunting | sunting sumber]

Penemuan emas di Australia pada tahun 1851 menyebabkan kemasukan pendatang-pendatang dari seluruh dunia. Selama lebih daripada 20 tahun, 40,000 lelaki dan lebih 9,000 wanita Cina (kebanyakan Kantonis) berhijrah ke lombong-lombong emas untuk mencari kemakmuran.[1] Persaingan di lombong emas membawa pada keganasan antara kumpulan-kumpulan ini.

Persaingan di lombong emas membawakan pertembungan dan akhirnya satu siri tunjuk perasaan dan rusuhan, termasuk Rusuhan Lambing Flat di antara tahun 1860 dan 1861. Pada 16 November 1854,Governor Hotham telah melantik Suruhanjaya Diraja untuk menangani masalah dan rungutan berkenaan lombong emas Victoria. Ini membawa kepada had yang diletakkan pada pendatang Cina dan cukai tempat kediaman dikenakan pada penduduk Cina di Victoria dari 1855. Langkah ini diikuti oleh New South Wales pada 1861. Pembatasan ini ditetapkan hingga awal 1870an.[2]

Sokongan dari gerakan buruh Australia[sunting | sunting sumber]

Perkembangan industri gula di Queensland pada 1870an membawakan mencari pekerja buruh disediakan untuk bekerja dalam suatu alam sekitar tropika. Sewaktu ini, beribu-ribu "Kanakas" (ornag Pulau Pasifik) telah dibawa ke dalam Australia sebagai pekerja ikatan kontrak.[3] Ini dan amalan berkaitan membawa masuk pekerja buruh bukan berkulit putih dijadikan pekerja dibayar murah sering diistilahkan "blackbirding" dan merujukkan pada pengambilan kerja orang melalui tipu helah dan penculikan untuk bekerja di ladang, khususnya ladang tebu Queensland (Australia) dan Fiji.[4] Pada 1870an dan 1880an, gerakan kesatuan sekerja memulakan suatu turutan tunjuk perasaan terhadap pekerja buruh asing. Perdebatan mereka adalah bahawa orang Asia dan Cina mengambil pekerjaan dari orang putih, bekerja untuk gaji "subpiawai", mengurangkan keadaan bekerja dan menolak kepenyatuanan.[1]

Bantahan pada nyatanya bahawa ia membolehkan orang bukan berkulit putih datang kebanyakannya dari para pemilik tanah kaya di kawasan luar bandar.[1] Ia telah didebatkan bahawa tanpa orang Asia bekerja dalam kawasan torpika Wilayah Utara dan Queensland, kawasan tersebut akan ditinggalkan.[3] Sungguhpun bantahan ini pada membataskan imigresen, di antara 1875-1888 semua tanah jajahan Australia menggubalkan legislasi yang mengecualikan semua pendatang Cina selanjutnya.[3] Para pendatang Asia yang sudah menetap di tanah-tanah jajahan Australia tidak dibuang negeri dan mengekalkan hak yang sama seperti rakan Inggeris dan Selatan mereka.

Perjanjian telah dibuatkan untuk lebih menambah pembatasan ini pada 1895 berikutnya suatu Persidangan Perdana Inter-colonial di mana semua tanah jajahan bersetuju untuk memanjangkan pembatasan kemasukan pada semua bangsa bukan berkulit putih. Meskipun, dalam percubaan untuk menggubal legislasi ini, Gabenor New South Wales, Australia Selatan dan Tasmania menyimpan bil-bil, oleh kerana perjanjian dengan Jepun, dan mereka tidak menjadi undang-undang. Daripada itu, Akta Natal 1897 telah diperkenalkan, membataskan "orang-orang tidak dimahukan" daripada mana-mana bangsa yang khusus.[1]

Kerajaan British di London tidak senang hati dengan legislasi yang menyelisihkan terhadap sesetengah taklukan Empayarnya, tetapi berkeputusan tidak melarangkan undang-undang yang telah diluluskan. Setiausaha Kolonial Joseph Chamberlain menjelaskan pada:

"Kami agak bersimpati dengan penentuan...tanah-tanah jajahan ini...yang bahawa tidak seharusnya ada kemasukan ramai orang yang asing pada tamadun, asing pada agama, asing pada adat, yang kemasukan ramainya, lebih lagi, akan secara serius bercampur tangan dengan hak sah penduduk keburuhan yang wujud."[5]

Dari Persekutuan hingga ke Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Konvensyen Persekutuan dan kerajaan pertama Australia[sunting | sunting sumber]

Imigresen adalah topik berpengaruh membawakan ke Persekutuan Australia. Di Konvensyen Persekutuan, ketua menteri Australia Barat dan ahli kabinet persekutuan masa hadapan, John Forrest, meringkaskan perasaan yang lazim:[4]

[Ianya] tidak berguna untuk memejam mata kita pada nyatanya bahawa ada rasa hebat di seluruh Australia terhadap pengenalan orang yang bukan berkulit putih. Ia goes without saying that we do not like to talk about it, but it is so.

Kerajaan berikut Persekutuan di 1901 telah dibentuk oleh Protectionist Party dengan sokongan Parti Buruh Australia. Sokongan Parti Buruh adalah contingent ke atas membataskan imigresen bukan berkulit putih, mencerminkan sikap Australian Worker's Union dan pertubuhan buruh lain pada waktu itu, ke atas yang menyokong Parti Buruh telah ditubuhkan.

Akta Pembatasan Imigresen 1901[sunting | sunting sumber]

Parlimen Persekutuan baru, salah satu kepingan pertama legislasi, meluluskan Akta Pembatasan Imigresen 1901 untuk "meletakkan sesetengah pembatasan pada imigresen dan... untuk pengalihan... para pendatang yang dilarang". Akta ini drew on legislasi mirip di Afrika Selatan. Edmund Barton, perdana menteri, berdebat dengan sokongan Bil dengan penyataan berikut: "Doktrin kesamaan manusia tidak pernah ditujukan pada kesamaan orang Inggeris dan orang Cina."

Arkitek utama polisi, Alfred Deakin, mempercayai bahawa orang Jepun dan orang Cina[6] mungkin suatu ugutan pada persekutuan baru dibentuk dan ia adalah kepercayaan ini yang membawa ke legislasi untuk memastikan mereka dapat dikecualikan:

"Ia bukanlah ciri-ciri buruk, tetapi ciri-ciri baik bangsa-bangsa asing ini yang membuat mereka membahayakan pada kita. Ia adalah tenaga yang tidak kenal penat, kuasa mereka menggunakan diri mereka pada tugas baru, daya ketahanan mereka dan piawai taraf hidup yang membuat mereka sebarang para pesaing." [7]

Draf-draf awal Akta secara jelas melarang orang bukan-Eropah dari berhijrah ke Australia tetapi bantahan dari kerajaan British, yang bahawa sebarang ukuran akan memarahi taklukan British di India dan persekutu Britain di Jepun, menyebabkan kerajaan Barton untuk mengalihkan kata-kata ini. Selain itu, "ujian perencanaan" telah diperkenalkan sebagai suatu alat untuk mengecualikan para penghijrah yang tidak dimahukan. Para pegawai Imigresen diberikan kuasa untuk mengecualikan mana-mana orang yang gagal untuk lulus ujian perencanaan 50 kata-kata. Pada mulanya ini diadakan dalam mana-mana bahasa Eropah, tetapu kemudian diubah untuk memasuki mana-mana bahasa.

Pada 1902 parlimen Australia meluluskan Akta Buruh Pulau Pasifik. Akibat legislasi ini adalah bahawa 7,500 orang Pulau Pasifik (digelar "Kanakas") bekerja kebanyakannya di ladang-ladang di Queensland diusir dan kemasukan ke dalam Australia oleh orang Pulau Pasifik selepas 1904 dilarang.

Persidangan Damai Paris[sunting | sunting sumber]

Di Persidangan Keamanan Paris 1919 selepas Perang Dunia I, Jepun ingin menyertakan fasal kesamarataan kaun dalam Perjanjian Liga Bangsa. Dasar Jepun mencerminkan niatnya untuk memansuhkan atau melonggarkan sekatan penghijrahan terhadap orang Jepun (khususnya di AS dan Kanada), yang dianggap oleh Jepun sebagai pengaiban dan penghinaan martabatnya.

Australia adalah salah sebuah negara yang menjadikan perkauman sebagai ideologi politik yang dominan ketika itu. Oleh itu, Perdana Menteri Australia Billy Hughes sekuat hati menentang usul kesamarataan kaum oleh Jepun, dengan dakyah bahawa fasal sebegitu boleh mengancam dasar Australia Putih, lalu memperjelaskan Perdana Menteri UK David Lloyd George bahawa beliau akan meninggalkan persidangan jika fasal itu diterima. Setelah gagalnya usul itu, Hughes melaporkan di parlimen Australia:

"Australia Putih kalian punya. Suka hatilah pendapat kalian, tetapi apapun, askar-askar sudah mencapai kemenangan, dan saya dan rakan-rakan saya telah mengembalikan prinsip hebat ini kepada kalian dari persidangan itu, masih elok seperti ketika julung kali digunakan."[8]

Stanley Bruce[sunting | sunting sumber]

Perdana Menteri Stanley Bruce menyokong Dasar Australia Putih, lalu menjadikannya isu dalam kempennya untuk pilihan raya Persekutuan Australia 1925.[9]

Adalah wajar untuk kita menentukan cita-cita apa yang ingin diusahakan oleh setiap rakyat. Saya berasa bahawa cita-cita itu sewajarnya adalah menjamin keselamatan negara, serta memastikan kekalnya Dasar Australia Putih sebagai sebahagian Empayar British yang penting.[9] We intend to keep this country white and not allow its peoples to be faced with the problems that at present are practically insoluble in many parts of the world."[10]

—Prime Minister Stanley Bruce during his 1925 election campaign speech

Pemansuhan dasar[sunting | sunting sumber]

Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Di antara Kemelesetan Hebat bermula pada 1929 dan akhir Perang Dunia II pada 1945, keadaan global membuatkan imigresen pada taraf yang sangat rendah.[11] Pada mulanya perang, Perdana Menteri John Curtin (ALP) memperkukuh mesej Dasar Australia Putih dengan berkata: "Negara ini akan sentiasa tetap menjadi rumah pada keturunan orang yang datang sini dalam kedamaian unutk menubuh di Laut Selatan sebuah outpost bangsa British."[12]

Meskipun, pada penghabisan Perang Dunia II, mudah diserang Australia sewaktu perang di Pasifik dan penduduk kecil membawakan ada polisi diringkaskan oleh cogan kata, "Populate or Perish" (Diduduki atau Terkorban), suatu cogan kata etnosentris yang bermakna "Dipenuhi dengan orang berkulit putih, kalau-kalau dipenuhi oleh orang berkulit kuning".[13] Sewaktu perang ini, banyak pelarian bukan berkulit putih, termasuk orang Melayu, Indonesia, dan Filipina, telah menetap di Australia, tetapi Menteri Imigresen Arthur Calwell secara berkontroversi ingin mendapatkan mereka semua diusir. Pada 1948, Bahá'í Iran ingin berhijrah ke Australia telah diklasifikasikan sebagai "Asiatik" oleh polisi dan dinafikan kemasukan.[14] Pada 1949, pengganti Calwell Harold Holt membenarkan peninggalan 800 pelarian bukan berkulit putih untuk memohonkan kediawan pegawai, dan juga membenarkan "pengantin perempuan perang" Jepun untuk menetap di Australia.[12]

Pengenduran sekatan[sunting | sunting sumber]

Dasar Australia mula beranjak ke arah penambahan kemasukan penghijrah secara besar-besaran. Perubahan dasar sepanjang berpuluh-puluh tahun berikutnya membuka pintu kepada penghijrah ke Australia tanpa henti.[11]

  • 1947 Kerajaan Australia mengendurkan Akta Sekatan Imigresen yang membenarkan orang bukan Eropah berhak untuk bermastautin di Australia untuk tujuan berniaga.
  • 1950 Rancangan Colombo, pelajar dari negara Asia dibenarkan mengkaji di universiti Australia.
  • 1957 Orang bukan Eropah yang tinggal di Australia selama 15 tahun dibenarkan menjadi warganegara.
  • 1958 Akta Penghijrahan Semakan 1958 memansuhkan ujian pengimlakan sambil memperkenalkan sistem kemasukan yang lebih mudah.
  • 1959 Rakyat Australia dibenarkan menaja pasangan berbangsa Asia untuk memperoleh kerakyatan.
  • 1964 Syarat-syarat kemasukan orang berketurunan bukan Eropah dikendurkan.

Setelah dasar Eropah dikaji semula pada Mac 1966, Menteri Imigresen Hubert Opperman mengumumkan bahawa permohonan untuk penghijrahan akan diterima dari golongan yang berkelayakan secukupnya berdasarkan kesesuaian mereka sebagai penetap, keupayaan mereka sedia berintegrasi dan pemilikan kelayakan yang amat berguna untuk Australia. Sambil itu, kerajaan Liberal pimpinan Harold Holt memutuskan agar sebilangan "penduduk sementara" bukan sementara yang tidak dikehendaki meninggalkan Australia, boleh menjadi penduduk tetap dan warganegara selepas lima tahun, sama dengan bangsa Eropah.

Kesannya, ketibaan penghuni bukan Eropah meningkat dari 746 pada tahun 1966 kepada 2,696 pada tahun 1971, manakala ketibaan penghuni separa Eropah juga naik dari 1,498 kepada 6,054.[12]

Penamatan Dasar Australia Putih[sunting | sunting sumber]

Penamatan dasar Australia Putih secara sah dikatakan berlaku pada tahun 1973, ketika kerajaan Buruh pimpinan Gough Whitlam melaksanakan pindaan berturut-turut yang mengelakkan penguatkuasaan aspek-aspek undang-undang imigresen yang berbaur perkauman, antaranya:[12]

  • Memperundangkan bahawa semua pendatang tanpa kira asal-usulnya, layak menerima kewarganegaraan setelah menjadi penduduk tetap selama tiga tahun.
  • Meratifikasi semua perjanjian antarabangsa yang berkenaan imigresen dan kaum.
  • Mengeluarkan dasar yang mengabaikan kaum sepebuhnya sebagai faktor pemilihan pendatang.

Akta Diskriminasi Kaum 1975 mnegharamkan penggunaan kriteria kaum untuk mana-mana tujuan rasmo.

Ketika kerajaan Liberal pimpinan Malcolm Fraser mengkaji semula undang-undang imigresen pada tahun 1978, barulah segala pemilihan bakal pendatang berdasarkan negara asal digugurkan sepenuhnya dari dasar rasmi. Kini, sebahagian besar pendatang ke Australia adalah dari China dan India, namun United Kingdom dan New Zealand masing-masing kekal sebagai dua sumber pendatang besar.

Pada tahun 1981, Menteri Imigresen mengumumkan Rancangan Bantuan Kemanusiaan Khas (Special Humanitarian Assistance Program, SHP) untuk rakyat Iran yang berlindung di Australia; menjelang tahun 1988, lebih kurang 2500 penganut Bahá'í dan ramai lagi tiba di melalui SHP atau Rancangan Pelarian.[14] Dasar imigresen berpilih terakir yang menawarkan bantuan perpindahan kepada warga British, dimansuhkan pada tahun 1982.[15]

Kesan[sunting | sunting sumber]

Demografi sezaman[sunting | sunting sumber]

Banci Australia 2001 menunjukkan bahawa banyak orang Australia mendakwa sesetengah warisan Eropah: Inggeris 37%, Ireland 11%, Itali 5%, Jerman 4.3%, Scotland 3%, Greek 2%, Belanda 1.5%, Poland 0.9%. orang Australia dari sesetengah asal-usul bukan Eropah membentukkan suatu bahagian yang penting tetapi masih secara relatif bahagian kecil dari penduduk Australia: Cina 3.2%, India 0.9%, Lubnan 0.9%, Vietnam 0.9%. Lebih kurang 2.2% mengenalkan diri mereka sebagai Orang Asli Australia. 39% dari penduduk memberikan nenek moyang mereka sebagai "Australia". Banci Australia tidak menggolongkan rakyat mengikut kaum, sebaliknya hanya keturunan etnik yang diambil kira. (Diingatkan bahawa para penjawab dibenarkan memilih lebih dari satu jawapan untuk soalan banci ini.)[16]

15% penduduk Australia bertutur dalam bahasa selain Inggeris di rumah.[17] Antara bahasa-bahasa pendatang yang paling laris dituturkan adalah bahasa Itali, Greek, Kantonis dan Arab.

Kesan politik dan sosial[sunting | sunting sumber]

Diskriminasi berasaskan kaum atau etnik menikmati isbat undang-undang sehingga tahun 1975. Dasar baru Australia mengenai kepelbagaian kaum adalah: "membina kejayaan kia sebagai masyarakat yang berbilang budaya, menerima dan terbuka, yang disatukan melalui masa depan yang dikongsi bersmaa".[18] Dasar Australia Putih masih disebut-sebut dalam konteks moden, biarpun hanya dilontarkan oleh ahli politik yang membidas pembangkangnya. Sebagai Ketua Pembangkang, John Howard yang berhujah agar penghijrahan orang Asia disekat pada tahun 1988, sebagai sebahagian dasar Satu Australia, kemudian mengakui kata-katanya itu menyebabkan beliau kehilangan jawatan ketika itu:

Saya tidak suka dasar Australia Putih dikembalikan. Saya mempercayai bahawa jika ianya -- dalam mata0mata sesetengah dalam masyarakat -- bahawa ia terlalu besar, ia akan berada dalam kepentingan tempoh lanjut dan menyokong kepaduan sosial jika ia (kehijrahan Asia) diperlahankan sedikit, supaya ruang masyarakat untuk menyerapnya adalah lebih besar.[19]

John Howard speaking on ABC Radio PM, 1 August 1988

Di puncaknya, parti One Nation Pauline Hanson menerima 9% dari undian negara.[20] Pauline Hanson telah dituduh kerana cuba mengembalikan Australia kepada zaman Dasar Australia Putih, khususnya dengan memetik Arthur Calwell, salah seorang penyokong kuat dasar itu:

Saya dan ramai lagi mahu dasar imigresen kita dikaji semula secara radikal dan bahawa kepelbagaian budaya dimansuhkan. Saya percaya bahawa kita berada dalam kebahayaan dengan dibanjiri oleh orang Asia. Di antara 1984 dan 1995, 40 peratus dari semua pendatang datang ke negara ini mempunyai asal usul Asia. Mereka mempunyai budaya dan agama sendiri, membentukkan kawasan sesak orang miskin dan tidak mengasimilasi.[21]

Pauline Hanson in her maiden speech to parliament

Pada 24 Mei 2007, Pauline Hanson, dengan Pauline's United Australia Party barunya, melanjutkan panggilannya untuk membekukan imigresen, berdebat bahawa para pendatang Afrika membawa penyakit ke dalam Australia[22]. Topik berkaitan dengan perkauman dan imigresen di Australia masih secara sering dikaitkan dengan media ke Polisi Australia Putih. Sesetengah contoh dan peristiwa di mana perkaitan ini telah dilakukan termasuk: pendamaian dengan Orang Asli; tahanan wajib dan "Jawapan Pasifik"; Rusuhan Cronulla 2005, dan Serangan terhadap orang India di Australia 2009. Bekas pembangkang pemimpin parti Buruh Mark Latham, dalam bukunya The Latham Diaries, menjelaskan perikatan ANZUS sebagai suatu legasi polisi Australia Putih.

Pada 2007, Kerajaan Howard memperkenalkan ujian kerakyatan untuk memasuki ujian bahasa Inggeris yang lebih sukar[petikan diperlukan], dan sebuah ujian pada nilai-nilai "Australia"[petikan diperlukan]. Soalan-soalan sebenarnya sebarang kerakyatan tidak dikeluarkan secara am[petikan diperlukan], dan masa hadapannya berada dalam soalan diberikan kejayaan ALP dalam pilihan raya 2007. 2007 juga melihat Kerajaan Howard menghentikan permohonan dari para pelarian joka mereka datang dari Afrika.[petikan diperlukan]

Polisi kerajaan Australia dari tahun-tahun terdahulu telah mendakwakan dorongan asal untuk sistem aparteid di Afrika Selatan.[23]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 Markey, Raymond (1996-01-01). "Race and organized labor in Australia, 1850-1901". Highbeam Research. http://www.highbeam.com/library/docfree.asp?DOCID=1G1:18167215&ctrlInfo=Round20%3AMode20c%3ADocG%3AResult&ao=. Capaian 2006-06-14. 
  2. R. Lockwood, "British Imperial Influences in the Foundation of the White Australia Policy," Labour History, No. 7 (Nov., 1964), pp. 23-33 in JSTOR
  3. 3.0 3.1 3.2 Griffiths, Phil (2002-07-04). "Towards White Australia: The shadow of Mill and the spectre of slavery in the 1880s debates on Chinese immigration" (RTF). 11th Biennial National Conference of the Australian Historical Association. http://members.optusnet.com.au/~griff52/Shadow%20of%20mill.rtf. Capaian 2006-06-14. 
  4. 4.0 4.1 Willoughby, Emma. "Our Federation Journey 1901 - 2001" (PDF). Museum Victoria. http://www.museum.vic.gov.au/federation/pdfs/multiw.pdf. Capaian 2006-06-14. 
  5. Speech to Colonial Conference of 1897, quoted in J. Holland Rose et al., eds. The Cambridge History of the British Empire: Volume VII: Part I: Australia (1933) p 411; full text
  6. Culture and Customs of Australia http://books.google.com.au/books?id=REN8gTardCUC&pg=PA12&lpg=PA12&dq=Japanese+Chinese+good+qualities&source=web&ots=rB6nr4eQIJ&sig=R5jyD7v_5CNrT_yHpRCe5QI_SpM&hl=en&sa=X&oi=book_result&resnum=3&ct=result
  7. Kay Schaffer Manne's Generation: White Nation Responses to the Stolen Generation Report Australian Humanities Review http://www.lib.latrobe.edu.au/AHR/archive/Issue-June-2001/schaffer.html
  8. "100 Years: The Australia Story. Episode 2: Rise And Fall Of White Australia". Australian Broadcasting Commission. 21 March 2001. http://www.abc.net.au/100years/EP2_3.htm. Capaian 2007-01-29. 
  9. 9.0 9.1 "Policy Launch Speech: Stanley Bruce, Prime Minister" (PDF). The Age. 1925-10-26. pp. 11. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006. http://soapbox.unimelb.edu.au/media/Transcripts/Speech_PolicyLaunch/1925_PolicyLaunchSpeech_NAT_T.pdf. Capaian 2008-01-24. 
  10. Bowen, James; Bowen, Margarita (2002). The Great Barrier Reef: History, Science, Heritage. Cambridge University Press. m/s. 301. ISBN 0521824303. http://books.google.com/?id=ywV16n6mOUUC&pg=PA301&lpg=PA301&dq=%22stanley+bruce%22. Capaian 2008-01-24. 
  11. 11.0 11.1 "Immigration to Australia During the 20th Century" (PDF). Australian Department of Immigration. http://www.immi.gov.au/statistics/publications/federation/timeline1.pdf. Capaian 2006-06-14. 
  12. 12.0 12.1 12.2 12.3 "Abolition of the 'White Australia' Policy". Australian Department of Immigration. http://www.immi.gov.au/media/fact-sheets/08abolition.htm. Capaian 2006-06-14. 
  13. Western Australia, "Populate or perish"
  14. 14.0 14.1 Hassall, Graham; (ed.) Ata, Abe (1989). Religion and Ethnic Identity, An Australian Study. Melbourne: Victoria College & Spectrum. Chapter "Persian Bahá'ís in Australia". http://bahai-library.com/file.php5?file=hassall_persian_bahais_australia&language=All 
  15. Jupp, Dr James. "Immigration and Citizenship" (PDF). University of Melbourne. http://www.law.unimelb.edu.au/events/citizen/jupp.pdf. Capaian 2006-06-14. 
  16. "Population characteristics: Ancestry of Australia's population". Australian Bureau of Statistics. http://www.abs.gov.au/ausstats/abs@.nsf/7d12b0f6763c78caca257061001cc588/af5129cb50e07099ca2570eb0082e462!OpenDocument. Capaian 2006-06-14. 
  17. Inglis, Christine (2002-12-01). "Australia's Increasing Ethnic and Religious Diversity". Migration Policy Institute. http://www.migrationinformation.org/Feature/display.cfm?ID=72. Capaian 2006-06-14. 
  18. "MULTICULTURAL AUSTRALIA: UNITED IN DIVERSITY (SOCIAL ENGINEERING AND THE ENFORCEMENT OF DIVERSITY)" (PDF). The Australian Department of Immigration and Multicultural and Indigenous Affairs. http://www.immi.gov.au/multicultural/_inc/pdf_doc/united_diversity/united_diversity.pdf. Capaian 2006-06-14. 
  19. Megalogenis, George (2006-02-20). "Howard hits out at 'jihad' Muslims". The Australian. http://www.migrationinformation.org/Feature/display.cfm?ID=72. Capaian 2006-06-14. 
  20. Carr, Adam. "Federal Election of 3 October 1998". http://psephos.adam-carr.net/countries/a/australia/index1998.shtml. Capaian 2006-06-14. 
  21. Hanson, Pauline (1996-09-01). "Maiden Speech". http://www.theaustralian.news.com.au/story/0,20867,18204301-601,00.html. Capaian 2006-06-14. 
  22. Hanson launches campaign song - Breaking News - National - Breaking News
  23. The Electronic Journal of Australian and New Zealand History:

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • John Bailey (2001). The White Divers of Broome. Sydney, MacMillan. ISBN 0-7329-1078-1. 
  • Wulf D. Hund (2006): White Australia oder der Krieg der Historiker. In: Blätter für deutsche und internationale Politik, 3.
  • Laksiri Jayasuriya, David Walker, Jan Gothard (Eds.) (2003): Legacies of White Australia. Crawley, University of Western Australia Press.
  • James Jupp and Maria Kabala (1993). The Politics of Australian Immigration. Australian Government Publishing Service. 
  • Myra Willard (1923). History of the White Australia Policy to 1920. Melbourne University Press.  (old but still very useful)
  • Gwenda Tavan (2005). The Long, Slow Death of White Australia. Scribe. 
  • Ian Duffield (1993). Skilled Workers or Marginalised Poor? The African Population of the United Kingdom, 1812-1852. Immigrants and Minorities Vol. 12, No. 3; Frank Cass. 
  • Keith Windschuttle (2004). The White Australia Policy. Macleay Press. 
  • Jane Doulman and David Lee (2008). Every Assistance & Protection: a History of the Australian Passport. Australian Government, Department of Foreign Affairs and Trade / Federation Press. 
  • John Fitzgerald (2007). Big White Lie: Chinese Australians in White Australia. Sydney. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Segregation by type Templat:European Australian