Dasar satu anak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"For a prosperous, powerful nation and a happy family, please use birth planning." Government sign in Nanchang.

Dasar satu anak dilaksanakan oleh kerajaan China mulai 1978 sebagai dasar perancangan keluarga. Kira-kira 35.9% penduduk termasuk kepada sekatan kelahiran anak kedua ini. 76 % penduduk menyokong dasar ini. Dianggarkan 250 dan 300 juta kelahiran disekat dari 1978 hingga tahun 2000 dan 400 juta kelahiran dari 1979 hingga 2010.

Dasar ini diperkenalkan oleh Presiden China Deng Xiaoping pada 1979 untuk mengurangkan populasi penduduk China. [1][2] Dasar ini bertentangan dengan dasar Mao Zedong pada 1949 'Dalam semua benda di dunia, manusia adalah paling utama'. Lebih besar penduduk , bermakna lebih banyak tenaga kerja.

Isi kandungan

Kekecualian [sunting]

Dasar satu anak ini dikecuali di Hong Kong ,Macau dan Tibet .

Kes tertentu dikecualikan bagi kes pasangan pedesaan, etnik minoriti, dan orang tua tanpa saudara sendiri. Di desa, setiap keluarga dibenarkan mendapatkan anak kedua jika anak pertama adalah perempuan. Ini keana anak lelaki diperlukan untuk mengerjakan kawasan pertanian. Selain itu jika anak cacat fizikal , penyakit mental dan mental lambat. Jarak anak mestilah 3 atau 4 tahun.

Anak yang lahir di luar negara dan tidak mendapat kerakyatan China tidak diambil kira. Warga negara China yang balik dari luar negara dibenarkan memiliki anak kwedua.

Pecat jika anak lebih [sunting]

Kakitangan kerajaan akan dipecat jika lebih anak. Pekerja swasta akan didenda. Nsmun awal 2010 ramai orang kaya yang melanggar dasar ini dan membayar denda. Mereka yang mampu akan berkahwin dengan orang asing seperti di Thailand dan meninggalkan anak dan anakanak di Thailand .Penduduk yahg berhadapan masalah gempa bumi dan banjir akan kematian anak tunggal atau cucu tunggal mereka. Contohnya Gempa bumi Sichuan 2008.

Banyak wilayah seperti Henan dan Beijing melonggarkan syarat dan boleh memiliki dua anak tunggal. Alasannya si ayah sendiri cacat atau kedua-dua orang tua adalah anak-anak tunggal.

Saiz rumah [sunting]

Oleh kerana saiz keluarga kecil iaitu ibu, ayah dan anak, maka setiap keluarga tidak perlu rumah yang besar. Anak atau cucu terlalu dimanjakan. anak akan menjadi 'maharaja kecil', kurang komunikasi sosial dan kemahiran kerana mereka tidak mempunyai adik kandung di rumah. Anak-anak akan bermain dengan orang tua sahaja dan tidak bermain denan adik kakak atau abang.

Mereka hanya tinggal di apartmen moden bernilai 1 juta di Beijing mempunyai sebuah bilik dan sebuah ruang tamu sahaja. Keluarga ini tidak memerlukan orang gaji dan tukang kebun. Di Beijing tidak ada bas sekolah kerana ibu , ayah atau datuk menghantar sendiri anak atau sesatunya cucu ke sekolah.

China menyediakan sekolah percuma sehingga berumur 15 tahun. Apabila di sekolah tinggi (16-18 tahun ), mereka perlu membayar yuran lebih.

Kesan dasar ini [sunting]

Akibatnya kadar kelahiran jatuh dari lebih daripada lima kelahiran per wanita pada awal tahun 1970) menjadi sekitar 1,8 kelahiran pada tahun 2008. Kerajaan China menganggap dasar itu sebagai kejayaan besar untuk mengatasi masalah kependudukan seperti kemiskinan , kelaparan , kebuluran , kesihatan , kadar celik huruf dan pelbagai masalah sosial lain.

Bunuh diri [sunting]

Banyak kes ibu bapa yang beunuh diri sekiranya mendapat anak perempuan. Kes sebegini berlaku di bandar-bandar kecil. Biasanya mereka mengharapkan anak lelaki. Persatuan hak asasi manusia menentang dasar ini . Wujud kegiatan rasuah, pemaksanaan , sterilisasi wajib , dipaksa aborsi, dan mungkin infantisida , dengan sebahagian besar laporan berasal dari kawasan luar bandar. Pada tahun 2002, China melarang penggunaan kekuatan fizikal untuk membuat wanita menggugurkan anak.

Presiden AS George W. Bush mengunakan alasan hak asasi manusia untuk menghentikan US $ 40 juta bayaran kepada UNFPA (China) pada awal tahun 2002.

Rujukan [sunting]