Lat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Dato' Lat)
Yang Berbahagia Seniman Diraja Dato'

Lat
لت

DPMP (Perak)
Lat pada 2009.
Kelahiran
Mohammad Nor bin Mohd Khalid

(1951-03-05) 5 Mac 1951 (umur 73)
PekerjaanKartunis
Tahun aktif1964–kini
Karya terkenal
Kampung Boy (1979)
Scenes of Malaysian Life (1974– 2014)
Keluarga Si Mamat (1968–1994)
Mat Som (1989)
Town Boy (1981)
Kampung Boy: Yesterday and Today (1993)
PasanganDatin Faezah Ahmad Zanzali (k. 1977)[1]
Anak-anak4
KeluargaMamat Khalid (adik)
AnugerahSenarai anugerah utama
Laman web rasmilathouse.com.my

Seniman Diraja[2] Dato' Mohammad Nor bin Mohd Khalid (Tulisan Jawi: محمد نور بن خالد; lahir 5 Mac 1951), atau lebih dikenali sebagai Lat, ialah seorang kartunis Malaysia. Pemenang Hadiah Budaya Asia Fukuoka pada tahun 2002 ini telah menerbitkan lebih daripada 20 jilid kartun semenjak berusia 13 tahun. Kebanyakan karya-karyanya menggambarkan suasana sosial dan politik Malaysia secara lelucon tanpa berat sebelah. Karya Lat yang paling terkenal ialah Kampung Boy (1979) yang diterbitkan dalam beberapa negara di serata dunia. Pada tahun 1994, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengurniakan gelaran Datuk kepada Lat sebagai pengiktirafan kepada jasa kartunis ini dalam membantu memupuk harmoni dan persefahaman sosial menerusi kartun-kartunnya.

Sebagai anak kelahiran kampung, Lat banyak menghabiskan zaman mudanya di luar bandar sebelum berpindah ke bandar sewaktu berusia 11 tahun. Sewaktu di sekolah, beliau menambah pendapatan keluarganya dengan menyumbangkan jaluran kartun kepada akhbar dan majalah. Beliau hanya berumur 13 tahun apabila beliau menjayakan komik terbitan pertamanya, Tiga Sekawan. Setelah gagal mencapai gred-gred yang memuaskan untuk melanjutkan pelajarannya selepas sekolah menengah, Lat menjadi seorang wartawan akhbar. Pada tahun 1974, beliau bertukar kerjaya menjadi kartunis editorial. Karya-karyanya yang mencerminkan pandangan dirinya terhadap hal-ehwal Malaysia dan dunia, sering disiarkan dalam akhbar kebangsaan seperti New Straits Times dan Berita Minggu. Beliau mengadaptasikan pengalaman hidupnya lalu menerbitkannya dalam bentuk autobiografi, iaitu Kampung Boy dan Town Boy, untuk menceritakan kehidupan di luar bandar dan di bandar dengan menyiratkan perbandingan antara kedua-dua persekitaran hidup itu.

Gaya kartun Lat disifatkan mencerminkan pengaruh-pengaruh awalnya, majalah komik The Beano dan The Dandy dari UK. Walau apapun, beliau mampu membuat cara ilustrasi sendiri dengan melukis orang kebanyakan dengan coretan dakwat yang tebal. Cara beliau melukis watak Melayu dicirikan dengan hidung bergelung tiga. Lat memberi tumpuan kepada kehidupan rumah tangga dan kanak-kanak disebabkan penyanjungannya terhadap Raja Hamzah sejak 1960-an. Rejabhad, seorang lagi kartunis tersanjung, merupakan pembimbing Lat yang memenuhi kartunis muda itu dengan kepekaan terhadap perkara-perkara dalam karyanya. Tumpuan Lat terhadap butir-butiran menjadi faktor beliau menjadi terkenal kerana karya-karyanya yang menarik semua lapisan masyarakat dengan cerita-cerita yang boleh dipercayai dan tidak berat sebelah.

Selain menulis dan menerbitkan kartun, Lat turut menceburi bidang animasi, pembarangan, dan taman tema yang menampilkan karya-karya ciptaannya. Nama dan karya-karyanya turut mendapat pengiktirafan antarabangsa; kartunis luar negara seperti Matt Groening dan Sergio Aragonés mengagumi hasil seninya, manakala ada kerajaan luar negara yang mengundang Lat untuk melawat negaranya demi meluaskan pendedahan negaranya di mata dunia menerusi catatan pengalaman Lat di negara-negara sedemikian dalam bentuk kartun. Selepas 27 tahun menetap dan bekerja di Kuala Lumpur, Lat berpindah balik ke Ipoh untuk menjalani kehidupan separa bersara yang lebih tenang.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Lat membesar di sebuah kampung.

Mohammad Nor bin Mohd Khalid dilahirkan pada jam 10 pagi hari Isnin, 5 Mac 1951 di sebuah kampung di Kota Baharu, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia). Bapanya, Mohd Khalid Mohd Noh ialah seorang kerani kerajaan bersama Tentera Darat Malaysia, manakala ibunya, Nor Azian Said ialah seorang suri rumah.[3] Khalid merupakan kanak-kanak yang bermuka kebulatan, maka beliau diberi nama timangan "Bulat" oleh kaum keluarganya, tetapi kawan-kawannya memendekkan nama itu menjadi "Lat"; maka beliau paling dikenali dengan timangan ini di kampung dan kemudiannya di seluruh dunia.[3][4][5] Lat ialah anak sulung dalam keluarganya.[nb 1] Beliau juga gemar bermain di hutan, dusun dan lombong timah bersama kawan-kawannya.[3][nb 2] Barang mainan mereka biasanya diubah suai dari barang-barang runcit seharian dan bahan-bahan alam.[6] Lat gemar menconteng-conteng dengan bahan-bahan yang diberikan oleh ibu bapanya.[10] Selain itu, beliau juga gemar menghabiskan masa lapang dengan membaca komik dan menonton televisyen; Lat mengidolakan kartunis tempatan Raja Hamzah yang terkenal kerana kisah-kisah kembara perwira Melayu.[11] Pengulas dan sejarawan seni Malaysia, Redza Piyadasa percaya bahawa zaman kanak-kanak Lat di kampung menanamkan rasa bangga dengan asal-usul kampungnya serta pandangannya yang "sangat kemelayuan" dan "lemah-lembut dan berbudi pekerti".[12]

Pendidikan formal Lat bermula di sebuah sekolah kampung yang mengajar dalam bahasa Melayu dan tidak mengharapkan pencapaian akademik.[13] Anak kampung ini bertukar sekolah berkali-kali disebabkan pekerjaan bapanya yang terpaksa berpindah sekeluarga dari satu pangkalan tentera ke pangkalan lain, sehingga mereka menetap di tempat lahirnya pada tahun 1960.[14][15] Setahun kemudian, Lat lulus dalam Peperiksaan Special Malay Class dan layak untuk menghadiri sekolah asrama berpengantar bahasa Inggeris (National Type Primary School) di Ipoh.[3][16] Pencapaian Lat membantu bapanya membuat keputusan supaya menjual estet kampung mereka lalu berpindah sekeluarga ke ibu negeri;[17] masyarakat setempat pada zaman itu memandang tinggi pendidikan berpengantar bahasa Inggeris sebagai batu loncatan ke masa depan yang lebih cerah.[18][19] Lat menyambung pelajarannya di Sekolah Anderson,[20] "sekolah berpengantar bahasa Inggeris bukan mubaligh yang terulung" di Perak.[3][21] Redza menitikberatkan perpindahan Lat ke Ipoh demi pelajaran yang lebih tinggi sebagai detik yang terpenting dalam perkembangan kartunis ini; persekitaran yang berbilang kaum membantu Lat beramah mesra dengan rakan-rakan yang berbilang latar belakang, sekaligus meluaskan perspektif kebudayaannya.[22]

Sewaktu berusia 9 tahun, Lat mulai menamabah pendapatan keluarganya dengan memanfaatkan kemahiran seninya untuk melukis lalu menjual komik kepada rakan-rakannya.[3] Empat tahun kemudian, pada tahun 1964, kartunis muda ini menjayakan karya terbitan sulungnya, Majallah Filem, yang menyiarkan jalur-jaluran komik lukisan beliau, untuk dibayar dalam bentuk tiket wayang.[23] Buku komik terbitan sulung Lat, Tiga Sekawan Menangkap Pencuri, diterbitkan oleh Sinaran Brothers pada tahun itu juga. Syarikat itu menerima bahan-bahan yang diserahkan oleh Lat tanpa menyangkanya sebagai remaja lalu membayarnya $ 25 untuk satu cerita tentang tiga sekawan yang bersatu menangkap pencuri.[24] Pada tahun 1968, sewaktu berusia 17 tahun, Lat mula mengarang siri komik Keluarga Si Mamat untuk akhbar Berita Minggu (edisi Ahad Berita Harian). Siri tersebut tersiar dalam akhbar itu setiap minggu selama 26 tahun.[23] Walaupun masih di bangku sekolah, namun Lat sudah meraih pendapatan $100 sebulan, satu jumlah yang lumayan pada zaman itu, atas rekaan kartun-kartunnya.[23] Pendidikannya berkesudahan di akhir Tingkatan 5 sahaja dua tahun kemudian; Gred Ketiga yang diraihnya dari peperiksaan Senior Cambridge tidak memadai untuk beliau mara ke Tingkatan 6.[25] Sebagai lepasan sekolah menengah sahaja, Lat mula mencari pekerjaan dan meletakkan harapan tinggi untuk menjadi seorang pengilustrasi.[8]

Dari wartawan menjadi kartunis[sunting | sunting sumber]

Selaku wartawan, Lat merayau-rayau di jalan-jalan ibu kota pada 1970-an (bangunan-bangunan dalam gambar ini adalah dari zaman itu), jauh berbeza dengan suasana kampung.

Setelah berpindah ke ibu kota Kuala Lumpur, Lat memohon jawatan kartunis di Berita Harian. Beliau dimaklumkan bahawa kekosongannya tiada, tetapi penyunting akhbar itu, Abdul Samad Ismail, menawarkannya jawatan wartawan jenayah.[6] Lat menerimanya dalam keputusan yang dijelaskannya sebagai tindakan yang terpaksa dibuatnya, bukan keinginannya: "Ini ialah persoalan ikhtiar hidup. Saya terpaksa mencari rezeki untuk membantu menampung keluarga saya."[3] Ketika itu, bapa Lat sudah jatuh sakit tenat dan tidak dapat bekerja, maka terpaksalah Lat menjadi pencari nafkah keluarga.[26] Selain menerima kerja itu, beliau terus menyumbangkan kartun kepada terbitan-terbitan lain.[6] Kemudian, Lat dipindahkan ke terbitan induk Berita Minggu, New Straits Times.[27][nb 3] Kerja bersiar-siar di seluruh kota untuk melaporkan jenayah memberikan peluang kepada Lat untuk memerhati dan berinteraksi dengan beraneka ragam warga kota yang dijadikan ilham dan bahan baru untuk kartun-kartun akan datang di samping meningkatkan pengetahuan dunianya.[6] Walaupun begitu, beliau merasa dirinya tidak memiliki sifat ingin tahu berterusan yang diperlukan untuk berjaya sebagai wartawan jenayah.[29] Lebih-lebih lagi, huraian beliau terhadap kesan jenayah yang "terperinci luar biasa dan mengerikan" acapkali terpaksa dilembutkan oleh orang-orang atasannya.[30] Oleh itu, Lat berasa pasti bahawa beliau gagal menjalankan tugas sebagai wartawan jenayah, sehingga beliau berasa mahu putus asa dan meletak jawatan. Samad menolak surat permohonan letak jawatannya dengan rasa marah kerana percaya bahawa Lat ada masa depan yang cerah dengan akhbarnya.[31]

Nasib Lat berubah pada 10 Februari 1974, apabila majalah Asia Magazine yang bertapak di Hong Kong menyiarkan kartun-kartunnya mengenai Bersunat.[3][32][33] Kartun-kartun itu mengagumkan Tan Sri Lee Siew Yee, ketua penyunting New Straits Times,[34] yang melihat gambaran Lat terhadap upacara itu sebagai kelakar tetapi sensitif, lalu bersungut bahawa akhbarnya sepatutnya mengambil kerja seniman itu. Beliau terkesima apabila diberitahu bahawa Lat sudah pun bekerja dalam pertubuhannya.[14] Lat dipanggil ke pejabat Lee untuk berbual, dan oleh inilahnama beliau makin dijulang dalam syarikat itu. Maka beliau menjadi kartunis ruangan akhbar yang mengisi jawatan yang dibentuk khusus untuknya oleh Samad yang ketika ini menjadi timbalan penyunting New Straits Times.[35][36] Tugas pertamanya adalah merakamkan kebudayaan Malaysia dalam siri kartun Scenes of Malaysian Life.[37] Pihak akhbar juga menghantarnya ke London untuk menelaah di Sekolah Seni St Martin selama empat bulan,[38] di mana beliau mengenali kartun editorial dan akhbar Inggeris. Setelah pulang ke tanah air dengan rasa penuh terpesona dengan pengalamannya, Lat mengubah Scenes of Malaysian Life menjadi siri kartun editorial. Pendekatannya terbukti disambut ramai, maka pada akhir tahun 1975, beliau dilantik sebagai kartunis sepenuh masa yang bebas berkarya sepenuhnya.[39]

Lat menghasilkan kartun-kartun editorial tanpa henti yang menghiburkan masyarakat Malaysia. Pada tahun 1978, dua himpunan karyanya (Lots of Lat dan Lat's Lot) telah dipasarkan kepada orang ramai. Meskipun Lat sudah dikenali warga Malaysia kerana Scenes of Malaysian Life, namun setelah mengeluarkan karya seterusnya barulah beliau mengecapi kesedaran kebangsaan dan pengiktirafan antarabangsa.[23][29] Pada tahun 1979, Berita Publishing Sendirian Berhad menerbitkan Kampung Boy, kartun autobiografi yang dilukis oleh Lat sendiri tentang zaman mudanya. Buku ini mendapat sambutan hangat; menurut Lat sendiri, cetakan pertama sebanyak 60,000–70,000 salinan dijual habis dalam masa empat bulan selepas keluar di pasaran.[6] Para pembaca buku itu tertawan oleh gambaran kehidupan luar bandar yang "mengharukan",[40]dipaparkan dengan "lakaran hitam putih yang kecoreng-corengan" dan disertakan "prosa yang ringkas tetapi penuh makna".[41] Setakat tahun 2009, buku ini telah dicetak semula 16 kali[nb 4] dan diterbitkan di beberapa buah negara lain dalam pelbagai bahasa, termasuk Perancis, Portugis dan Jepun.[24][42] Kejayaan Kampung Boy menjulang nama Lat sebagai "kartunis paling masyhur di Malaysia."[23]

Selepas Kampung Boy[sunting | sunting sumber]

Kampung Boy mengimbau zaman kanak-kanak Lat seperti bermain tarik upih pinang bersama kawan-kawan sebaya.

Pada tahun 1981, Town Boy diterbitkan sebagai kesinambungan cerita Kampung Boy yang menceritakan zaman remaja watak utamanya dalam latar bandar. Dua lagi himpunan kartun editorial Lat (With a Little Bit of Lat dan Lots More Lat) diterbitkan, maka makin ramailah orang yang mengenali beliau.[43] Pada tahun 1984, dengan kehendak untuk berundur dari perhatian ramai antara sebabnya, Lat meletak jawatan dari New Straits Times untuk menjadi pekerja bebas,[6][44] tetapi beliau masih melukis Scenes of Malaysia Life untuk akhbar itu. Beliau mendirikan syarikat sendirinya, Kampung Boy Sendirian Berhad, untuk menyelia pembarangan watak-watak kartunnya dan penerbitan bukunya.[45][46] Pada tahun 2009, Kampung Boy menjalin perkongsian dengan Sanrio dan Hit Entertainment untuk projek taman tema tertutup yang dikenali sebagai Puteri Harbour Family Theme Park di Nusajaya, Johor, pada Ogos 2012.[47] Salah satu tarikan taman ini ialah melihat penghibur yang berpakaian seperti watak Kampung Boy di samping mereka yang memakai kostum Hello Kitty dan Bob the Builder[48][49] dan juga dilaporkan pada Ogos 2012 bahawa terdapat sebuah restoran berinspirasikan Lat yang dinamakan Lat's Place.[47] Ia akan direka bentuk dalam suasana kampung Malaysia, ditambah dengan animasi untuk berinteraksi dengan pelanggan.[47]

Lat telah bereksperimen dengan media selain akhbar. Pada tahun 1993, beliau menerbitkan filem animasi pendek berjudul Mina Smiles untuk kempen celik huruf Unesco.[50] Bersempena dengan ulang tahun ke-30 kerjayanya sebagai kartunis, Lat, menerusi syarikatnya, Kampung Boy Sdn. Bhd. menerbitkan buku bertajuk Lat: 30 Years Later. Dikeluarkan pada November 1994, buku berkulit keras dan berkulit lembut setebal 166 muka surat ini menampilkan lukisan akhbar dan majalah terpilih beliau sejak 1964 serta petikan daripada Kampung Boy dan karya terkenalnya yang lain. Beliau juga menulis biografinya pada bahagian yang bertajuk "Lat on Lat".[51][52][53] Langkah beliau yang seterusnya dalam bidang animasi didorong oleh pandangannya bahawa animasi Barat pada 1980-an dan 1990-an membawa pengaruh negatif, maka beliau ingin menerbitkan siri animasi yang menyemai nilai-nilai murni tempatan di kalangan anak-anak Malaysia.[54] Maka lahirnya siri televisyen Kampung Boy yang diadaptasi dari komik mahakaryanya pada tahun 1997. Siri 26 episod ini menerima pujian kerana keperincian teknik dan isi kandungannya,[55] tetapi juga diulas kerana keserupaannya dengan The Simpsons, serta versi bahasa Inggeris yang tidak berciri tempatan sepenuhnya.[56] Pada tahun 2009, Lat kembali ke persada animasi dengan filem animasi muzikal Lat's Window to the World yang ditayangkan di Dewan Filharmonik Petronas. Khidmat Lat ditempah untuk mereka tiga vignet animasi yang berdasarkan Kampung Boy untuk mengiringi irama muzik Orkestra Filharmonik Malaysia.[14] Skor muzik gubahan Carl Davis mengiringi visual Lat untuk menyerlahkan semangat kehidupan anak-anak kampung pada "zaman silam yang ringkas dan indah".[57]

Pada tahun 1997, selepas 27 tahun menetap di Kuala Lumpur,[58] Lat berpindah balik ke Ipoh bersama keluarganya. Selain mengurangkan penglibatannya dalam bidang kartun, beliau ingin mendekati kampung halamannya serta membenarkan anak-anaknya mengalami kehidupan dalam pekan atau desa;[8][24] beliau berkahwin pada tahun 1977,[59] dan mempunyai empat anak, iaitu dua perempuan dan dua lelaki.[60][61] Lat mengulas bahawa membesarkan anak-anaknya membantunya menangani tekanan sebagai orang terkenal serta menyedarkannya bahawa beliau mungkin akan menyisihkan generasi baru warga Malaysia yang berlainan citarasanya terhadap kartun.[62] Kerja beliau turut bantu oleh isterinya yang mengimbas kartun-kartun yang siap lalu mengemelkannya kepada pihak akhbar di Kuala Lumpur. Lat masih melukis dengan pena dan dakwat serta mengelakkan penggunaan komputer kecuali untuk membaca e-mel.[1] Pada tahun 1999, beliau mewujudkan laman webnya sendiri yang diberi nama Lat House (www.lathouse.com.my),[63][64] bagaimanapun, laman web itu ditutup pada 2004. Dari Ogos sehingga September 2003, Lat mempamerkan 59 karya beliau mengenai penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang, Selangor dalam pameran bernama Lat@KLIA. Objektif pameran itu ialah untuk memberi peluang kepada penumpang dan pelawat KLIA menikmati perspektif uniknya tentang lapangan terbang sejak ia mula beroperasi.[65][66] Pada tahun 2011–12, beliau berganding bahu dengan seniman-seniman lain dari seluruh dunia untuk program Civitella Ranieri Fellowship di Itali selama sebulan, apabila mereka digalakkan berkongsi gagasan dalam suasana yang dirangsang supaya merangsang daya cipta mereka.[67]

Komik editorial baharu Lat, Forever Lat telah dikeluarkan pada Ogos 2014 oleh MPH Publishing. Ia mengandungi kompilasi semua karya beliau yang diterbitkan dalam New Straits Times serta karya yang tidak diterbitkan dan baharu.[68] Memoir autobiografi beliau, Lat: My Life and Cartoons dilancarkan pada 19 November 2016. Diterbitkan oleh Editions Didier Millet (EDM), buku ini ditulis bersama oleh Lat dan bekas penyunting kanan NST, Syed Nadzri Syed Harun.[69][70] Pada tahun 2019, Lat bekerjasama dengan Faber-Castell untuk kempen Grip X Celebrates The Diversity of Malaysia with Lat bagi mempromosikan pen Grip X dan karya seninya yang dilukis menggunakan pen.[71] Pada April 2021, Lat mengumumkan akan menerbitkan kesinambungan untuk Mat Som selepas lebih 3 dekad dengan tumpuannya kepada generasi muda sedang berusaha mencari tujuan hidup mereka.[72][73] Menurut Lat, idea untuk menerbitkan buku kedua Mat Som mula diutarakan pada Mac 2017 semasa beliau berada di Riyadh, Arab Saudi.[74][75] Walaupun buku itu dijangka akan dikeluarkan pada Julai 2021, namun, sehingga pada 2023, penerbitan yang dijangka tidak menjadi kenyataan. Galeri seninya, Galeri Rumah Lat dibuka kepada umum pada 8 Julai 2023 dan dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.[76][77][78]

Gaya seni[sunting | sunting sumber]

Karya-karya Lat meliputi pelbagai genre. Portfolionya juga beraneka ragamnya, sehingga John A. Lent, seorang cendekiawan kartun Asia, mendapatinya sukar untuk menggolongkan kartunis ini ke dalam mana-mana bidang.[79] Dalam siri Keluarga Si Mamat, Lat melukis slapstik dan satira yang membincangkan pertembungan nilai-nilai tradisional dan moden, diisi oleh cerita jenaka kanak-kanak bermain.[80] Jennifer Rodrigo Willmott, penulis untuk Reader's Digest, berkata:

Watak-watak kartun Lat sentiasa terdiri daripada orang-orang keramaian—orang kampung memakai sarung bercorak petak-petak, pengurup wang berdhoti putih, kakitangan kerajaan Melayu yang memakai busjaket dan juga Lat sendiri: watak yang bermuka leper dan bulat itu; hidungnya senget sedikit dari tengah; rambut keriting hitamnya yang tidak kemas; dan wajahnya yang sentiasa tersenyum menyeringai.[3]
Enam bingkai segiempat menggambarkan waktu pendidikan jasmani; selepas memanaskan badan, guru yang terlebih gemuk itu cuba menunjuk cara tekan tubi lalu rebah.
Muliyadi Mahamood, seorang cendekiawan komik, melihat beberapa tahap jenaka dalam karya Lat, terutamanya sedutan komik Keluarga Si Mamat ini.

Dengan menggunakan barisan watak yang besar yang beraneka ragam besar keperibadian dan budaya, Lat boleh mengulas banyak lagi topik berbanding barisan watak yang kecil.[81] Ilmuwan komik Malaysia, Muliyadi Muhamood mengulas bahawa jenaka dalam kartun-kartun Lat dibangkitkan melalui pengertian gambaran dan kata-kata; kata-kata yang terbentuk dari "dialog yang ringkas dan padat" serta mainan kata sementara "riak wajah dan tindak-tanduk" watak-wataknya membantu menonjolkan aspek lucu setiap perkara.[82] Muliyadi berhujah lagi bahawa karya-karya Lat boleh menarik pelbagai tafsiran, yang seorang pembaca akan mentertawakan kartun Lat kerana slapstiknya, manakala seorang lagi akan merasai kelucuannya kerana kritik masyarakatnya yang halus. Sebagai contoh, Muliyadi memetik sejalur komik Keluarga Si Mamat yang diterbitkan pada tahun 1972. Ketika itu, Malaysia berdepan dengan kekurangan guru pendidikan jasmani yang berkelayakan, oleh itu tugas-tugas sebegini diserahkan kepada guru fakulti lain. Lat menggambarkan seorang guru gemuk gedempol yang menjalankan sesi pendidikan jasmani sampai rebah. Muliyadi berpendapat bahawa kartun ini boleh ditafsirkan sebagai usikan terhadap keadaan guru yang menyedihkan itu sebagai gesaan untuk mengkaji semula kurikulum yang diajar (mengubah pendidikan jasmani kepada sesi tak formal), mengulas kekurangan guru, atau lebih-lebih lagi, pembidasan kegagalan kerajaan untuk mengelakkan situasi ini daripada berlaku.[83]

Penceritaan kartun-kartun awal Lat seperti Tiga Sekawan dan Keluarga Si Mamat, dikarang dalam bahasa Melayu.[15] Akan tetapi, karya-karya yang seterusnya dikarang dalam bahasa Inggeris; Scenes of Malaysian Life hanya tersiar dalam akhbar New Straits Times yang berbahasa Inggeris.[84] Laras bahasa Inggeris dalam karyanya mencerminkan penggunaan bahasa campuran "Malglish yang mengandungi sedikit-sedikit perkataan Melayu dan struktur nahu yang lebih ringkas.[85] Setelah menjayakan karya demi karya dalam bahasa Inggeris, Lat khuatir bahawa beliau mungkin menyisihkan rakyat Malaysia yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Maka beliau melukis Mat Som, kisah seorang anak kampung yang berpindah ke kota untuk bekerja sebagai penulis lalu melamar seorang gadis kota yang menawan. Komik berbahasa Melayu itu disambut hangat apabila cetakan pertamanya sebanyak 30,000 salinan habis dijual selepas tiga bulan. Wartawan Far Eastern Economic Review, Suhaini Aznam mengulas bahawa kekuatan Lat ialah keupayaannya untuk menggambarkan liku-liku kehidupan seorang lelaki biasa secara satira tanpa apa jua kecenderungan yang ketara.[86]

Gaya awal[sunting | sunting sumber]

Kemahiran seni Lat dipupuk dan diasah sendiri sejak muda lagi. Kartunis ini percaya bahawa beliau mewarisi bakat dan minatnya dari bapanya yang gemar menconteng-conteng serta digeruni kerana sifatnya yang suka berjenaka di kampung.[24][87] Lat berkata bahawa adik-adiknya juga berbakat dalam melukis, tetapi mereka semua tidak berminat untuk mengembangkan bakat mereka.[14] Ibu bapanya giat menggalakkannya supaya mengembangkan kemahiran seninya, namun kadang-kadang bapanya menasihatinya supaya tidak menceburi seni lukis sebagai kerjaya.[88] Beliau juga menerima galakan dari luar keluarganya; guru sekolah rendah Lat, Moira Hew (ilham kepada salah seorang wataknya, Wanita Bercermin Mata Rama-rama),[16] membantu memupuk bakatnya dengan acapkali memintanya suapay melukiskan pelajaran dalam kelas.[15] Ajaran Puan Hew meluaskan minda Lat supaya beliau menjadi lebih peka kepada idea-idea yang berada di luar batas kampung.[89]

Enam bingkai segiempat, berserta pengisahan, menggambarkan persediaan untuk perkahwinan tradisional Melayu: the bride's beauty regime of grinding her teeth even with a stone and the groom's religious ceremonies.
Perak Wedding oleh Lat: tema kehidupan sekeluarga dan perincian-perincian di kelilingnya merupakan aspek-aspek penting dalam karyanya; ini juga karya pertamanya dalam Scenes of Malaysian Life.

Gaya seninya mendapat pengaruh awal dari Barat. Begitu juga dengan ramai kanak-kanak Malaysia pada 1960-an, Lat gemar menonton kartun Hanna-Barbera (seperti The Flintstones dan The Jetsons) di kaca TV serta membaca komik yang diimport dari UK seperti The Dandy dan The Beano. Beliau mengkaji dan menggunakan gaya-gaya dan tema-tema dalam bahan-bahan tersebut dalam conteng-contengannya yang terdahulu.[10][23] Selepas pengaruh luar negara dalam hasil kerjanya diperhatikan oleh seorang sahabat keluarga, Lat dipesan oleh bapanya supaya memerhati dan mencari idea dari keadaan sekelilingnya pula. Atas nasihat itu, kartunis muda itu mendekatkan dirinya dengan peristiwa setempat.[23][90] Tiga Sekawan dibayangkan sebagai kisah pembasmian jenayah yang lucu dan berciri tempatan.[45] Keluarga Si Mamat dan watak utamanya dinamakan sempena adik bongsunya, Mamat,[8] dan kisah-kisahnya berasaskan pemerhatian Lat terhadap rakan-rakan sekampung dan sekolahnya.[91] Kartun Bersunat mendapat ilhamnya apabila beliau ditugaskan ke sebuah hospital. Sewaktu berehat daripada menyiasat jenazah-jenazah mangsa jenayah yang dibawa masuk ke bilik mayat, Lat bertembung dengan sesi berkhatan yang dilakukan pada kanak-kanak lelaki Melayu dalam hospital itu. Beliau mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak itu agak klinikal, tanpa ciri adat-istiadat yang menyambut upacara kedewasaannya di kampung. Maka Lat terpanggil untuk menggambarkan perbezaan antara kehidupan dalam kampung dan bandar.[92]

Apabila Lat secara rasminya memasuki bidang kartun, beliau memang tidak asing lagi dengan pekerjaan ini. Beliau mendapat manfaat daripada bimbingan Rejabhad, seorang kartunis politik yang berpengalaman. Rejabhad diseganai ramai orang tempatan yang menggelarnya "penghulu kartunis Melayu".[3] Setelah perasan hasil kerja Lat dalam akhbar dan majalah, beliau mula berhubungan dengan kartunis muda itu.[3] Rejabhad menerima permintaan ibu Lat untuk menjaga anaknya yang berusia 15 tahun dalam industri kartun.[45] Beliau sempat memberi tunjuk ajar dan mempengaruhi kebangkitan Lat sebagi kartunis. Maka Lat menyanjung tinggi pembimbingnya Rejabhad sebagai tokoh misali.[93] Mereka saling menaruh kasih sayang dan rasa kagum. 36 tahun selepas membimbing Lat, Rejabhad mengimbau kembali hubungan dengan Lat seperti berikut:

Biarpun berjauhan, namun kita tetap saling dekat di hati. Sewaktu saya berjumpa dengannya, saya berasa kelu lidah. Kerana kasih sayang yang begitu rapat, mulut sudah bisu dan tidak boleh berkata-kata. Lat berada di puncak gunung, tetapi beliau tidak lupa akan rumput di hilir gunung. Ke mana sahaja dia pergi, beliau sentiasa mengaku saya gurunya.[45]

Rejabhad bukan tokoh tempatan pertama yang kuat mempengaruhi Lat. Raja Hamzah yang terkenal dengan komik aksi dan cerita hantunya merupakan "wira" Lat sewaktu cilik.[94] Cerita kartun pengembaraan perwira tempatan Raja Hamzahlah yang mengilhamkan Lat supaya menjadi kartunis.[11] Maka hasrat itu tercapai dengan Tiga Sekawan, kejayaan yang tercapai setelah cubaan gagal berkali-kali serta keazaman Lat bahawa beliau akan menjadi seorang kartunis seperti idolanya.[95] Raja Hamzah juga menjayakan komik kehidupan rumah tangga seperti Keluarga Mat Jambul dan Dol Keropok dan Wak Tempeh. Kartun-kartun ini menguatkan rasa terpesona Lat terhadap kehidupan sekeluarga serta gelagat kanak-kanak yang banyak membantunya dalam karya-karya seterusnya.[96] Lat berminat untuk mengkaji persekitarannya secara terperinci untuk dirakamkan dalam karya-karyanya. Keluarga Si Mamat dan Kampung Boy menggambarkan wajah dan perilaku watak-wataknya setepat-tepatnya. Penceritaannya ditulis dalam gaya yang amat natural bagi orang tempatan. Oleh itu, Lat mampu membuat para pembacanya mempercayai cerita-cerita dan watak-wataknya sebagai cukup "kemelayuan".[97]

Gaya kemudian[sunting | sunting sumber]

Setelah lawatan sambil belajar di London pada tahun 1975, karya-karya Lat menunjukkan kesan pengaruh kartunis editorial seperti Frank Dickens, Ralph Steadman, dan Gerald Scarfe.[98] Pada tahun 1997, Ron Provencher, seorang profesor emeritus di Universiti Northern Illinois, melaporkan bahawa gaya Lat mengingatkan para informannya mengenai persada perkartunan Malaysia akan The Beano.[99] Muliyadi menjelaskan bahawa "tema dunia kanak-kanak" seperti dalam The Beano dan The Dandy nyata dalam Keluarga Si Mamat.[100] Yang lain pula mengulas bahawa seni Lat menonjol dengan sendirinya. Kartunis Singapura, percaya bahawa Lat "berupaya mencipta gaya tempatan yang mengagumkan sambil mengekalkan keaslian",[33] manakala sejarawan komik, Isao Shimizu mendapati sungguhpun gaya lukis Lat ini "agak kasar", namun karya-karyanya "amat original" dan "penuh dengan kehidupan".[101] Redza menilai bahawa The Beano dan The Dandy merupakan pengaruh "pembentuk awal" kepada Lat sebelum beliau menemukan gaya sendiri.[102] Pada tahun 1999, Lent menyatakan penilaiannya:

Seni lukis Lat amat membangkitkan perasaan, umpama kehidupan sebenar, meskipun berlebih-lebihan herot-benyotnya. Watak-watak Malaysia ciptaan Lat ini dibezakan dengan perkaitan etnik mereka (contohnya, watak-watak Melayunya ada hidung bergelung tiga), yang sendirinya bukan perkara kecil. Lukisannya bercoret tebal, dialognya yang penuh perasaan dalam bahasa Inggeris mahupun Malaysia, serta apa yang kelihatan sebagai bahasa Cina, Tamil, dan latar belakang menghiburkan yang menyampaikan kisah-kisah tersendiri.[6]

Lukisan pena dakwat Lat ini begitu mengagumkan Larry Gonick sehingga kartunis berbangsa Amerika itu terasa macam hendak menguji kaji bahantara ini dalam bukunya, The Cartoon History of the Universe. Gonick cuba menggunakan bahantara tersebut seperti mana dengan berus yang biasa digunakannya, namun hasilnya tidak memuaskan.[103] Kadang-kadang, Lat mewarnai karya-karya, misalnya dalam Kampong Boy: Yesterday and Today (1993) dengan menggunakan cat air atau pen penanda.[1] Menurut Lent, Redza menilai bahawa Lat telah "mengangkat bidang perkartunan kepada tahap 'kesenian visual tinggi' dengan membuat komentar sosial dan 'pembinaan landskap'".[45] Bukan sahaja pengkritik seni itu yang memandang tinggi karya Lat. Jaafar Taib, kartunis dan penyunting majalah Gila-Gila, mendapati bahawa kartun-kartun Lat mengekalkan kelucuan dan kerelevannya sepanjang zaman. Jelasnya, sifat ini timbul dari gubahan karya Lat yang difikirkan dengan teliti yang membantu menyampaikan buah fikiran di sebalik kartun dengan jelas.[45]

Empat bingkai segiempat menggambarkan acara-acara perkahwinan Sikh; para hadirin duduk bersilang kaki ketika mempelai lelaki menunggu kedatangan bakal isterinya. Apabila pengantin wanita tiba, mereka bersumpah di hadapan pendeta.
Karya-karya Lat menunjukkan pemahaman dan kepekaan beliau akan kaum-kaum bukan Melayu; At a Sikh Wedding dipuji sebagai pemerian majlis perkahwinan yang tepat oleh golongan Sikh.

Topik sensitif[sunting | sunting sumber]

Sewaktu Lat mula melukis untuk New Straits Times, para kartunis politik tempatan mengambil jalan berlembut ketika melayan ahli-ahli politik Malaysia; rencana-rencana ahli politik itu dicipta kembali setepat-tepatnya manakala sebarang kritikan disuarakan dalam bentuk puisi yang halus. Bagaimanapun, Lat pula melampaui batas-batas itu; walaupun ahli-ahli politik tetap dilukiskan dengan rasa hormat, namun beliau membesar-besarkan sifat-sifat paras rupa dan perilaku mereka yang terkenal.[104] Lat mengingati pada tahun 1974, beliau disuruh supaya mengubah salah satu hasil lukisannya yang memperlihatkan belakang tubuh Perdana Menteri Tun Abdul Razak.[105] Lee enggan membenarkan kartun itu disiarkan tanpa dibuat perubahan, lalu menyoal kartunis itu "Kamu nak masuk penjarakah?!"[106] Apapun, pada tahun 1975, satu lagi cubaan Lat membuat kartun politik mendapat kelulusan daripada Lee.[107] Satiranya kali ini menampilkan karikatur pengganti Tun Razak, iaitu Tun Hussein Onn, menunggang seekor unta untuk berjalan kembali ke Kuala Lumpur dari Arab Saudi; apa yang melucukan adalah apabila Hussein memanggil untanya supaya perlahan sebaik sahaja membaca berita bahawa kakitangan awam bakal menerima kenaikan gaji apabila pemimpin negara itu pulang ke tanah air.[39]

Seorang lelaki berpakaian igal dan jubah menunggang unta, sambil memegang surat khabar yang mengumumkan bakal kenaikan gaji di Malaysia. Dalam gelembung kata, di menyuruh untanya supaya berjalan perlahan-lahan kerana haiwan itu terlalu laju tadi.
Kartun politik terbitan sulung Lat ini merupakan ulasan yang "licik, tersirat, dan simbolik" terhadap Perdana Menteri negara.

Kelas politik Malaysia berasa makin selesa dengan karikatur Lat; mereka sama terhibur seperti seluruh masyarakat negara.[108] Muliyadi menyifatkan gaya Lat sebagai "licik, tersirat, dan simbolik", mengikuti bentuk-bentuk humor Malaysia yang tradisional dari segi etika dan estetika. Beliau dihormati oleh seluruh negara kerana patuh kepada tradisi dalam hasil seninya.[109] Apabila Lat ingin membidas ahli politik, beliau menggambarkannya dalam situasi yang "luar biasa atau di luar jangkaan" kepada status atau keperibadiannya dengan menggunakan kontras untuk menjadikan karyanya lucu.[110] Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri keempat Malaysia, acapkali menjadi sasaran Lat sepanjang kerjaya politiknya, sehingga segala rakaman Dr. Mahathir oleh pelukis ini selama 20 tahun menjadi cukup untuk dijadikan buku himpunan setebal 146 muka surat yang bertajuk Dr Who?! (2004).[111] Kepintaran siasah Lat bukan sahaja menyasarkan ahli politik tempatan, bahkan juga tindakan Israel di Timur Tengah dan tokoh-tokoh antarabangsa seperti pembesar utama Singapura, Lee Kwan Yew.[112] Sungguhpun banyaknya karya-karya yang berunsur politik, namun Lat tidak menganggap dirinya sebagai kartunis politik[113], serta mengakui terang-terang bahawa ada orang lain yang lebih hebat daripadanya dalam bidang kartun politik.[114]

Lat gemar menyampaikan buah-buah fikirannya dengan unsur berantagonis yang sedikit-dikitnya. Beliau mengendahkan nasihat pembimbingnya, Rejabhad, dan menunjukkan kesedarannya terhadap kepekaan masyarakat, terutamanya kaum, kebudayaan dan agama.[3] Apabila mencipta konsep kartunnya, beliau menghapuskan segala yang dipercayainya sebagai berniat jahat atau tidak peka.[115] Di Pameran Kartun Asia Keempat di Tokyo, Lat menjelaskan bahawa apabila membuat ulasan keagamaan dalam kerja-kerjanya, beliau mengulas agama Islam sahaja.[116] Dalam hal ini, Lat memanfaatkan bakat seninya untuk mendidik anak muda mengenai agamanya.[117] Lat mempercayai penyuntingnya untuk menyempurnakan tugas dan menggugurkan apa yang tidak boleh diterima secara sosial untuk dicetak. Dalam satu temu ramah, beliau meluahkan ketakselesaanya akan konsep penerbitan sendiri, atas pandangan bahawa pelukisan kartun yang tidak lancung dan tanpa pengawasan boleh menghasilkan kerja "sampah". Beliau lebih gemar bertegas dalam bidang-bidang yang mana beliau selesa atau cekap.[118] Lat tetap enggan mengubah apa-apa yang sudah dilukisnya; ada beberapa kerja kartunnya yang tidak dapat diterbitkan kerana penyunting enggan membenarkan pencetakannya tanpa perubahan.[119] Apabila perkara sebegitu terjadi, penyunting memaku ruangan kartunnya dalam surat khabar. Akui Lat tentang kerja-kerjanya yang tidak tercetak: "Baiklah, mungkin saya melampaui batas sedikit, namun saya tak pernah mendapat susah; terus-terang, hanya sebilangan kecil kartun saya yang dipaku."[33]

Minat dan kepercayaan[sunting | sunting sumber]

Datuk Lat sering memasang lagu gamelan apabila melukiskan perincian-perincian yang rumit dalam kartunnya.

Muzik memainkan peranan penting dalam hidup Datuk Lat sejak muda lagi; beliau menjawab penemu ramah bahawa penguasaan bahasa Inggerisnya dibantu oleh lagu-lagu seperti "I Will Follow Him" oleh Peggy Mac dan "Hey Paula" oleh Paul & Paula.[15] Mendengar muzik juga menjadi amalan penting dalam kerjanya kerana ia membekalkan ilham kepada seninya. Ketika melakar "gadis berfesyen", beliau memainkan lagu Paul McCartney, tetapi beralih ke muzik gamelan Indonesia apabila beliau hendak melukis perincian-perincian yang rumit.[3] Beliau menggemari muzik pop, khususnya muzik rock dari 1950-an dan 1960-an,[33] seperti The Beatles, Bob Dylan, dan Elvis Presley.[14] Lat juga menyukai muzik country, dan seniman-seniman Hank Williams dan Roy Rogers yang berlagu "sederhana" kepadanya.[120] Keseronokan mendengar muzik bukan sekadar minat yang pasif; beliau juga mahir bermain gitar dan piano, dan boleh memainkan alat-alat itu mengikut keadaan.[3]

Masyarakat Malaysia dahulunya memandang rendah kartunis atas tanggapan bahawa sesiapa yang menceburi bidang ini lebih rendah cendekianya berbanding penulis, ataupun pelukis murahan;[121][122] Lat bukan satu-satunya kartunis yang dibayar dengan tiket wayang pada 1950-an; Rejabhad pernah menerima sekeping tiket untuk sepuluh kartun, dan ramai lagi yang mendapat pampasan sebegini,[123][124] jika tidak pun dibayar sejumlah wang yang kecil sahaja.[102] Sungguhpun maruah kartunis begitu rendah pada zaman itu, namun Lat berbangga dengan kerjaya pilihannya; beliau pernah sekali kecil hati apabila teman wanita seorang kawan mengulas bahawa kata-kata dan buah-buah fikiran dalam kartunnya bukan kepunyaan beliau.[121] Melukis kartun bukan sekadar kerjaya untuknya:

Jika saya buat kartun ini sebagai satu pekerjaan, kenapalah saya berbuat demikian selama 33 tahun, sejak kecil dahulu hingga sekarang? Pekerjaan ialah sesuatu yang anda lakukan pada masa yang tertentu. Kita buat kerja, siapkan kerja, selepas itu bersara. Jika ini pekerjaan namanya, sepatutnya saya sudah bersara sekarang, tetapi saya masih melukis. Bagi saya, ini bukan pekerjaan, tetapi sesuatu yang diharapkan daripada saya.
—Lat (2007)[24]

Huruf "L" yang dipanjangkan dalam tandatangan Lat dilahirkan daripada keriangan beliau setelah menyiapkan kerja.[120] Beliau mengakui bahawa matlamat utama beliau melukis kartun adalah mencuit hati rakyat jelata; peranannya selaku kartunis adalah "menterjemahkan reaksi orang kepada kartun yang melucukan".[8] Beliau tidak berniat untuk menganjurkan kepercayaannya menerusi seninya, atas pendapat bahawa orang ramai sepatutnya bebas membuat penilaian sendiri sedangkan beliau terdaya membuat pembaca merenungkan erti mendalam yang tersirat di sebalik adegan yang lucu.[125] Ganjaran yang dicari-carinya daripada bidang seni lukis sejak muda lagi ringkas sahaja:

Melukis ini menyeronokkan apabila orang terhibur oleh lukisan yang lucu, terutamanya kanak-kanak. Saya berasa macam seorang penghibur apabila hasil seni lukis saya ditunjukkan kepada sanak-saudara dan sahabat handai; mereka juga tertawa ataupun tersenyum-senyum.[8]

Kebanggaan Lat dalam perkartunan memanggilnya untuk mempromosikan seninya sebagai kerjaya yang dihormati. Pada tahun 1991, beliau bersatu dengan rakan kartunis seperjuangannya, Zunar, Rejabhad, dan Muliyadi untuk menubuhkan Persatuan Kartunis Selangor dan Kuala Lumpur (Pekartun). Persatuan ini mengadakan pameran dan forum untuk meningkatkan kesedaran orang awam akan bidang perkartunan serta menjalin hubungan silaturahim sesama ahli. Pekartun juga membantu menjelaskan permasalahan undang-undang seperti hak cipta kepada ahli-ahlinya, serta bertindak sebagai pengantara antara mereka dan kerajaan.[126][127] Setahun sebelum itu, syarikat Lat, Kampung Boy, menganjurkan Perjumpaan Kartunis Antarabangsa Malaysia yang pertama untuk menghimpunkan para kartunis dari beberapa negara di serata dunia untuk mempamerkan hasil seni mereka sambil menyertai persidangan untuk saling mendidik dalam karya-karya mereka.[128] Pada pendapat Redza, Lat memainkan peranan besar dalam menaikkan martabat bidang kartun di mata rakyat Malaysia.[122]

Selain mempromosikan hak kartunis-kartunis lain, Lat juga berminat untuk memupuk pemuliharaan alam sekitar. Sesetengah karyanya mengkarikaturkan akibat pencemaran dan pengeksploitan sumber alam secara berlebihan.[129] Diundang untuk berucap di Simposium Tamadun Antarabangsa Osaka ke-9 pada tahun 1988, Lat membincangkan masalah persekitaran yang dikaitkan dengan kependudukan berlebihan dan perindustrian berat. Beliau mengenang-ngenangkan lagi zaman kanak-kanak yang lebih ringkas dan bersih dalam persekitaran kampung.[130] Pada tahun 1977, apabila dianjurkan pembantahan aktiviti membalak di Rizab Endau-Rompin, Lat membantu meraih sokongan kepada pergerakan itu dengan melukis kartun yang menekankan isu ini dalam akhbar.[131] Lat juga agak bimbang akan apa yang dilihatnya sebagai keburukan pembangunan bandar. Beliau percaya bahawa pembangunan-pembangunan sedemikian telah menyebabkan kehilangan cara hidup tradisional, kerana orang ramai meminggirkan budaya dan nilai-nilai lama apabila mereka bersepadu dengan kepesatan dan kecanggihan gaya hidup bandar. Pembelaan dan rasa sayangnya terhadap cara-cara lama jelas ditunjukkan dalam karya-karyanya, Kampung Boy, Town Boy, Mat Som, dan Kampung Boy: Yesterday and Today, yang memperjuangkan gaya hidup lama sebagai unggul secara rohani.[132]

Pengaruh dan pusaka[sunting | sunting sumber]

Sergio Aragonés adalah antara yang mengagumi Lat dan membuat penghormatan kepadanya dalam Groo the Wanderer.

Datuk Lat yang menyambut sanjungan tinggi di dalam dan luar negara, dipuji sebagai "wira budaya",[133] "suara hati negaranya dalam bentuk kartun"[134] dan "ikon Malaysia"[135] antara lainnya.[54][136] Institut Akhbar Malaysia berpendapat bahawa Lat "sendiri telah menjadi sebuah institusi" apabila menghadiahkan Anugerah Khas Juri kepadanya pada tahun 2005.[137] Para seniman kartun di rantau Asia Tenggara seperti Muliyadi, Chua dan Rejabhad, turut menyanjung tinggi Lat,[33][45] di samping pengkarya-pengkarya dari luar negara seperti Matt Groening dan Eddie Campbell di Amerika Utara.[5][138] Groening, pencipta The Simpsons, mengisikan testimonial untuk Kampung Boy versi Amerika Syarikat, yang mana beliau memuji maha karya Lat ini sebagai "salah sebuah buku kartun terunggul sepanjang zaman".[139] Sergio Aragonés, pencipta Groo the Wanderer, ialah seorang lagi peminat Lat dari Amerika. Selepas mengunjungi Malaysia pada tahun 1987, Aragonés memanfaatkan pengalamannya untuk mereka cerita seorang pemedang cemerkap bernama Groo bertualang di pulau Felicidad yang latar masyarakat dan alamnya berasaskan persekitaran di Malaysia. Aragonés melukis hidung pribumi pulau itu mengikut gaya tersendiri Lat, di samping menamakan seorang watak pribumi utama—seorang kanak-kanak lelaki yang suka ingin tahu—sempena kartunis Malaysia ini.[140][nb 5]

Lent (2003) dan Shimizu (1996) berpendapat bahawa industri komik Malaysia mulai berkembang pesat setelah Lat menjadi kartunis sepenuh masa pada tahun 1974.[141][142] Lent berhujah lagi bahawa profesion kartunis makin dihormati di Malaysia apabila Lat menerima gelaran Datuk pada tahun 1994.[126][143] Darjah kebesaran daripada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ini merupakan penghormatan tertinggi negara kepada pengaruh seniman kartun ini terhadap rakyat jelata serta jasanya kepada negara.[60] Sebelum kebangkitan Lat, kartunis Malaysia kurang disanjungi oleh orang awam walaupun karya-karya Raja Hamzah dan Rejabhad mendapat perhatian ramai.[144] Kejayaan demi kejayaan Lat ini membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka mampu berkembang maju dan berjaya sebagai kartunis, serta mengilhamkan mereka supaya memandang berat profesion kartun sebagai kerjaya yang berpotensi.[126] Beberapa artis muda meniru gaya Lat dengan harapan meraih ganjaran yang seumpama beliau.[45] Zambriabu dan Rasyid Asmawi meniru gaya hidung bergelung tiga dan gaya rambut watak-watak Lat, manakala yang lain seperti Reggie Lee dan Nan, menerapkan "pendekatan tema dan gaya terperinci" yang diamalkan oleh Lat dalam karya masing-masing.[145] Muliyadi menggelar Lat sebagai "Bapa Kartun Malaysia Kontemporari" kerana menjadi kartunis Malaysia pertama yang mencapai pengiktirafan sedunia serta membantu menaikkan martabat industri perkartunan negara.[146]

Kesan pengaruh karya Lat tidak terhad kepada sektor kesenian. Sebelum beliau bangkit dalam persada seni, para kartunis Malaysia menyahut seruan demi perpaduan negara. Watak-watak dalam kartun ketika itu selalunya hanya terdiri daripada satu kaum, lebih-lebih lagi anasir tumpuan negatif pada kelemahan kaum-kaum tertentu meresap ke dalam arus perdana.[147][148] Kartun-kartun sebegini tidak membantu meringankan persengketaan sesama kaum yang berbahang ketika itu. Situasi ini memuncak dengan rusuhan kaum pada tahun 1969, dan selama beberapa tahun selepas itu, hubungan sesama kaum agak dingin dan goyah.[149][150] Menurut Redza, Lat menenangkan ketegangan perkauman negara dengan karyanya.[150] Dengan melukis masyarakat pelbagai kaum dalam babak beramai-ramai, tak lupa interaksi sesama mereka, Lat mencerminkan masyarakat Malaysia dengan cara yang lembut dan tanpa kecenderungan.[33] Redza berhujah bahawa, walaupun ada yang mendakwa bahawa Lat terpaksa memainkan peranan pengantara sesama kaum dan budaya (kerana beliau menyertai "akhbar bahasa Inggeris terulung di negara yang dibaca oleh masyarakat berbilang kaum"), namun beliau memiliki sifat-sifat yang diperlukan, iaitu pengetahuan intim tentang pelbagai kaum dan budaya, untuk berjaya dalam tugas ini.[151] Para peminat Lat mengecam ciri utama karyanya sebagai "humor yang selamat dan menarik yang melahirkan rasa seronok dan nostalgia semua orang dengan menarik perhatian sifat baik mereka daripada mengejek sifat buruk mereka".[152] Formulanya ternyata berjaya; lebih 850,000 salinan buku-bukunya terjual dalam 12 tahun selepas himpunan pertama kartun editorialnya mulai dijual pada tahun 1977.[3] Keselesaan yang dicari-cari oleh pembaca dalam karya-karyanya begitu mendalam sehingga pada September 2008, Lat menyimpang dari gaya kebiasaannya untuk melukis satu kartun tentang main-main politik perkauman dalam negara, sehingga mengejutkan wartawan Kalimullah Hassan, yang merasai kepiluan yang mendalam dalam lukisan sekumpulan rakyat Malaysia berhimpit-himpit di bawah payung untuk berteduh dari dihujani ungkapan xenofobia.[153]

AirAsia menghiasi dua buah kapal terbangnya dengan karya-karya Lat sebagai penghormatan.

Karya-karya Lat telah digunakan dalam kajian akademik yang berbagai-bagai bidangnya, baik undang-undang,[154] perancangan bandar,[155] mahupun pemakanan.[156] Para ahli akademik menggunakan hasil lukisannya untuk menggambarkan hujah-hujah mereka secara humor tetapi mendidik.[130] Para pegawai kedutaan negara luas pernah meminta Lat supaya membuat wawasan terhadap budaya masyarakat masing-masing, dengan mengundangnya untuk menjelajahi negara-negara mereka dengan harapan supaya beliau dapat merakamkan pengalamannya dalam bentuk kartun untuk dikongsikan dengan seluruh dunia.[3][113] Negara pertama yang berbuat demikian ialah Amerika Syarikat, diikuti oleh Australia, Jerman, Jepun dan lain-lain.[113][157] Pada tahun 1998, Lat menjadi kartunis pertama yang menjadi Eisenhower Fellow dan sekali lagi mengunjungi AS;[60] program penyelidikannya ini merupakan kajian hubungan sesama kaum dalam masyarakat AS.[6][158] Pada tahun 2007, Universiti Kebangsaan Malaysia mengurniakan Kedoktoran Kehormat dalam Antropologi dan Sosiologi kepada beliau.[159] Karya Lat diiktiraf sebagai catatan visual tentang sejarah kebudayaan Malaysia;[160] pada tahun 2002, beliau dianugerahkan Hadiah Budaya Asia Fukuoka kerana memelihara kebudayaan Melayu luar bandar dalam karya-karyanya.[60]

Pada tahun 1986, Lat menjadi kartunis pertama yang mempamerkan karya-karyanya di Muzium Negara, Kuala Lumpur; acara itu menarik seramai 600,000 pengunjung dalam masa dua bulan.[3] Beliau mendapat layanan selebriti,[14][161] manakala watak-watak kartun ciptaannya menghiasi setem,[162] buku panduan kewangan,[163] dan kapal terbang.[164] Apabila majalah Reader's Digest meminta pembacanya di Malaysia untuk menyenaraikan yang mana antara 50 orang ternama tempatan yang paling dipercayai mereka pada tahun 2010, Lat menduduki tangga keempat.[165] Menurut Jaafar, "100% rakyat Malaysia menghormati dan mengagumi Datuk Lat, dan melihat sentuhan kemalaysiaan sama ada beliau melukis anggota polis, guru mahupun pelacur."[166]

Senarai penghargaan utama[sunting | sunting sumber]

  • 1994 – Gelaran Datuk
  • 1998 – Eisenhower Fellowship
  • 2002 – Hadiah Kebudayaan Asia Fukuoka
  • 2005 – Anugerah Kewartawanan Petronas (Anugerah Khas Juri)
  • 2007 – Kedoktoran Kehormat dalam Antropologi dan Sosiologi
  • 2010 – Civitella Ranieri Visual Arts Fellowship
  • 2014 – Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Masyarakat
  • 2018 – Tokoh Maal Hijrah
  • 2019 – Ijazah Kehormat Kedoktoran dalam bidang Seni dari Taylor's University
  • 2023 – Anugerah Hari Wartawan Nasional
  • 2023 – Seniman Diraja

Senarai karya pilihan[sunting | sunting sumber]

Ini merupakan senarai sebahagian daripada buku-buku Lat (cetakan pertama) yang tidak termasuk karya-karya bertauliah dan terjemahan seperti Latitudes (1986) untuk Penerbangan Malaysia[3] dan panduan pengurusan kewangan peribadi (sejak 1999) untuk Bank Negara Malaysia.[163]

  • Tiga Sekawan: Menangkap Penchuri. Pulau Pinang, Malaysia: Sinaran Brothers. 1964.
  • Lots of Lat [Banyaknya Lat] (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Publishing. Februari 1977.
  • Lat's Lot [Lat Banyak] (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Publishing. Jun 1978.
  • The Kampung Boy [Budak Kampung] (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Publishing. 1979.
  • Keluarga Si Mamat. Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Publishing. 1979.
  • With a Little Bit of Lat [Dengan Sedikit Lat] (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Publishing. 1980.
  • Town Boy [Budak Bandar] (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Publishing. Ogos 1981.
  • Lots More Lat [Lebih Banyak Lat] (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Publishing. 1980.
  • Lat and His Lot Again! [Lat dan Banyaknya Lagi!] (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Publishing. 1983. ISBN 967-969-404-6.
  • Entahlah Mak...!. Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Publishing. 1985. ISBN 967-969-076-8.
  • It's a Lat Lat Lat Lat World [Ia Adalah Dunia Lat Lat Lat Lat] (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Publishing. 1985. ISBN 967-969-075-X.
  • Lat and Gang [Lat dan Geng] (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Publishing. 1987. ISBN 967-969-157-8.
  • Lat with a Punch [Lat dengan Satu Pukulan] (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Publishing. 1988. ISBN 967-969-180-2.
  • Better Lat than Never [Lebih Baik Lat Daripada Tidak Pernah] (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Publishing. 1989. ISBN 978-967-969-211-2.
  • Mat Som. Selangor, Malaysia: Kampung Boy. 1989. ISBN 967-969-075-X.
  • Lat as Usual [Lat Seperti Biasa] (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Publishing. 1990. ISBN 967-969-262-0.
  • Be Serious Lat [Jadi Serius Lat] (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Publishing. 1992. ISBN 967-969-398-8.
  • Kampung Boy: Yesterday and Today [Budak Kampung: Semalam dan Hari Ini] (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Publishing. Januari 1993. ISBN 967-969-307-4.
  • Lat: 30 Years Later [Lat: 30 Tahun Kemudian] (dalam bahasa Inggeris). Selangor, Malaysia: Kampung Boy. 1994. ISBN 983-99617-4-8.
  • Lat Was Here [Lat Ada di Sini] (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Publishing. 1995. ISBN 967-969-347-3.
  • Lat Gets Lost [Lat dalam Kesesatan] (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Publishing. 1996. ISBN 967-969-455-0.
  • The Portable Lat [Lat yang Mudah Alih] (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Publishing. 1998. ISBN 967-969-500-X.
  • Lat at Large [Lat yang Besar] (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Publishing. 1999. ISBN 967-969-508-5.
  • Dr Who?!: Capturing the Life and Times of a Leader in Cartoons [Dr Siapa?!: Menawan Hayat dan Waktu Seorang Ketua dalam Kartun] (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Publishing. 2004. ISBN 967-969-528-X.
  • Lat: The Early Series [Lat: Siri Awal] (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur, Malaysia: New Straits Times Publishing. 2009. ISBN 978-983-871-037-4.
  • Forever Lat [Lat Selamanya] (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur, Malaysia: MPH Publishing Sdn Bhd. 2014. ISBN 978-967-415-246-8.

Catatan dan rujukan[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lat ada seorang adik perempuan dan dua orang adik lelaki. Willmott menyatakan bahawa sebelum Lat meninggalkan kampungnya, beliau cuma ada seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki.[3] Adik bongsunya, seniman filem Mamat Khalid, lahir apabila Lat berumur 12 tahun, ketika beliau baru berpindah ke kota.[6][7][8]
  2. ^ Sumber timah Perak adalah kebanyakannya penempat deposit, yang telah dilombong terutamanya dengan kapal korek baldi besar.[9]
  3. ^ Pada tahun 1972, cabang pelaburan UMNO, sebuah lembaga siasah yang dilabur sebagai kerajaan Malaysia, membeli operasi Malaysia Straits Times Press, termasuk Berita Harian. Terbitan-terbitan yang baru dibelinya itu diletakkan di bawah pengurusan New Straits Times Press, yang membawa nama akhbar terbitan utamanya.[3][28]
  4. ^ Spesifik cetakan semula: The Kampung Boy (ed. cetakan semula ke-16). Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Publishing. 2009 [1979]. ISBN 967-969-410-9
  5. ^ Edisi yang berkenaan ialah Groo the Wanderer #55, "The Island of Felicidad", New York, Amerika Syarikat: Marvel-Epic Comics, September 1989.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Campbell 2007c.
  2. ^ Amirrul Rabbani (8 Julai 2023). "Datuk Lat syukur terima gelaran Seniman Diraja". Astro Awani. Dicapai pada 3 Ogos 2023.
  3. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t Willmott 1989.
  4. ^ Campbell 2007a.
  5. ^ a b Cha 2007.
  6. ^ a b c d e f g h i Lent 1999.
  7. ^ Azhariah 2005.
  8. ^ a b c d e f More than a Cartoonist 2007, m/s. 258.
  9. ^ Salma & Abdur-Razzaq 2005, m/s. 95–98.
  10. ^ a b Lent 2003, m/s. 258.
  11. ^ a b Crossings: Datuk Lat 2003, 9:45–9:59.
  12. ^ Redza 2003, m/s. 85–87.
  13. ^ Ungku 1956, m/s. 15.
  14. ^ a b c d e f Gopinath 2009.
  15. ^ a b c d Martin 2006.
  16. ^ a b The Lat Story 2000.
  17. ^ Chin 1998, m/s. 51.
  18. ^ Rudner 1994, m/s. 334.
  19. ^ Thompson 2007, m/s. 77–78.
  20. ^ Sager 2003.
  21. ^ Anderson School 2005.
  22. ^ Redza 2003, m/s. 87.
  23. ^ a b c d e f g Rohani 2005, m/s. 390.
  24. ^ a b c d e Chua 2007.
  25. ^ Chin 1998, m/s. 53.
  26. ^ Crossings: Datuk Lat 2003, 20:27–20:45.
  27. ^ Pameran Retrospektif Lat 2003, m/s. 100.
  28. ^ Edge 2004, m/s. 185.
  29. ^ a b Bissme 2009.
  30. ^ Redza 2003, m/s. 90.
  31. ^ Crossings: Datuk Lat 2003, 21:54–22:39.
  32. ^ Pameran Retrospektif Lat 2003, m/s. 118.
  33. ^ a b c d e f Jayasankaran 1999, m/s. 36.
  34. ^ History of New Straits Times 2007.
  35. ^ Nor-Afidah 2002.
  36. ^ Crossings: Datuk Lat 2003, 27:05–27:23.
  37. ^ Muliyadi 2004, m/s. 213.
  38. ^ Crossings: Datuk Lat 2003, 30:35–31:15.
  39. ^ a b Muliyadi 2004, m/s. 214.
  40. ^ Chan 1999.
  41. ^ Goldsmith 2006.
  42. ^ Haslina 2008, m/s. 537–538.
  43. ^ Chin 1998, m/s. 58–59.
  44. ^ Crossings: Datuk Lat 2003, 38:45–39:35.
  45. ^ a b c d e f g h Lent 2003, m/s. 261.
  46. ^ Chin 1998, m/s. 60.
  47. ^ a b c Lee, Liz (1 Ogos 2012). "Khazanah invests RM115mil in theme park in Nusajaya". The Star. Malaysia. Dicapai pada 23 September 2012.
  48. ^ Satiman & Chuah 2009.
  49. ^ Zazali 2009.
  50. ^ Pameran Retrospektif Lat 2003, m/s. 101.
  51. ^ Haliza Ahmad (29 November 1994). "Lat launches latest comic book". The Malay Mail. Dicapai pada 23 Mei 2020.
  52. ^ "Lat's latest compilation on sale now at book stores". New Straits Times. 29 November 1994. Dicapai pada 23 Mei 2020.
  53. ^ Redza Piyadasa (3 Disember 1994). "Lat and his cartoons, 30 years later...". Business Times. Dicapai pada 23 Mei 2020.
  54. ^ a b Muliyadi 2001, m/s. 146.
  55. ^ Muliyadi 2001, m/s. 147–148.
  56. ^ Rohani 2005, m/s. 391.
  57. ^ Yoong 2009.
  58. ^ Crossings: Datuk Lat 2003, 43:41–43:49.
  59. ^ Chin 1998, m/s. 59.
  60. ^ a b c d Rohani 2005, m/s. 400.
  61. ^ Pameran Retrospektif Lat 2003, m/s. 103.
  62. ^ Crossings: Datuk Lat 2003, 39:35–40:07.
  63. ^ Francis Dass (11 Mac 1999). "Connecting with Lat". New Straits Times. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  64. ^ Marina Abdul Ghani (19 Mac 1999). "Lat sets up website". The Malay Mail. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  65. ^ "Kartun Lat dipamer di KLIA". Berita Harian. 14 Ogos 2003. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  66. ^ "A whole lot of Lat". Malaysian Businesses. 16 September 2003. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  67. ^ Civitella Ranieri Foundation 2010.
  68. ^ "Lat's latest compilation now out as 'Forever Lat'". The Star Online. 31 Ogos 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 September 2014. Dicapai pada 20 Mei 2019.
  69. ^ Aqalili Azizan (19 November 2016). "Kenali Datuk Lat Menerusi Autobiografi 'Lat: My Life And Cartoons'". mStar Online. Dicapai pada 18 Mei 2021.
  70. ^ "Lat's first autobiography launched". Astro Awani. 20 November 2016. Dicapai pada 18 Mei 2021.
  71. ^ "Bila saya melukis, saya lukis semua orang - Lat". Berita Harian. 29 Ogos 2019. Dicapai pada 17 Julai 2020.
  72. ^ Muhammad Zulsyamini Sufian Suri (10 April 2021). "Komik Mat Som 2 akan terbit tahun ini". Berita Harian. Dicapai pada 20 Mei 2021.
  73. ^ "After a 32-year gap, Malaysian cartoonist Lat to publish a second 'Mat Som' book". The Malay Mail. 16 April 2021. Dicapai pada 20 Mei 2021.
  74. ^ "Terbit Mat Som 2 selepas 30 tahun". Harian Metro. 16 Mac 2017. Dicapai pada 20 Mei 2021.
  75. ^ Nazmi Yaakub (15 Mac 2017). "Mat Som 2 akan terbit tahun ini". Berita Harian. Dicapai pada 5 Jun 2017.
  76. ^ "Lat teruja Galeri Rumah Lat dibuka, sifatkan anugerah satu penghormatan". SelangorKini. 8 Julai 2023. Dicapai pada 13 Julai 2023.
  77. ^ "Sultan Nazrin berkenan rasmi Galeri Rumah Lat". Sinar Harian. 8 Julai 2023. Dicapai pada 20 Julai 2023.
  78. ^ Ain Safre Bidin (11 Julai 2023). "Galeri Rumah Lat jadi tumpuan pengunjung". Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 Julai 2023.
  79. ^ Lent 2004, m/s. xiv.
  80. ^ Muliyadi 2004, m/s. 163–170.
  81. ^ Muliyadi 2004, m/s. 270.
  82. ^ Muliyadi 2003a, m/s. 74.
  83. ^ Muliyadi 2004, m/s. 163–164, 270–275.
  84. ^ Muliyadi 2004, m/s. 216.
  85. ^ Lockard 1998, m/s. 240–241.
  86. ^ Suhaini 1989, m/s. 42.
  87. ^ Crossings: Datuk Lat 2003, 3:34–4:29.
  88. ^ Chin 1998, m/s. 50.
  89. ^ Crossings: Datuk Lat 2003, 14:15–15:00.
  90. ^ Chin 1998, m/s. 52.
  91. ^ Crossings: Datuk Lat 2003, 16:51–17:01.
  92. ^ Crossings: Datuk Lat 2003, 22:53–24:00.
  93. ^ Muliyadi 2004, m/s. 208.
  94. ^ Muliyadi 2004, m/s. 133.
  95. ^ Crossings: Datuk Lat 2003, 10:40–11:08, 11:57–12:01.
  96. ^ Muliyadi 2004, m/s. 133–162.
  97. ^ Muliyadi 2004, m/s. 161–162, 170–171.
  98. ^ Ooi 2003.
  99. ^ Lent 2003, m/s. 285.
  100. ^ Muliyaid 2003a, m/s. 57.
  101. ^ Shimizu 1996, m/s. 29.
  102. ^ a b Redza 2003, m/s. 85.
  103. ^ Surridge 2000, m/s. 66.
  104. ^ Muliyadi 2004, m/s. 285–286.
  105. ^ Lent 2003, m/s. 266.
  106. ^ Crossings: Datuk Lat 2003, 32:35–32:55.
  107. ^ Crossings: Datuk Lat 2003, 33:45–35:13.
  108. ^ Zaini 2009, m/s. 205.
  109. ^ Muliyadi 2003a, m/s. 68.
  110. ^ Muliyadi 2003a, m/s. 72.
  111. ^ Tribute to 'Dr Who?' 2004.
  112. ^ Lent 2003, m/s. 262.
  113. ^ a b c Campbell 2007b.
  114. ^ Chin 1998, m/s. 57.
  115. ^ Chin 1998, m/s. 56.
  116. ^ International Dateline 1999.
  117. ^ Muliyadi 2003a, m/s. 53–54.
  118. ^ Telling Stories Through Cartoons 2009.
  119. ^ Lent 2003, m/s. 270.
  120. ^ a b Krich 2004, m/s. 50.
  121. ^ a b Chin 1998, m/s. 48.
  122. ^ a b Redza 2003, m/s. 98.
  123. ^ Muliyadi 2004, m/s. 131.
  124. ^ Lent 1994, m/s. 118.
  125. ^ Chin 1998, m/s. 55–56.
  126. ^ a b c Lent 2003, m/s. 271.
  127. ^ Muliyadi 2003b, m/s. 294.
  128. ^ Muliyadi 2003b, m/s. 294–295.
  129. ^ Zaini 2009, m/s. 205–206.
  130. ^ a b Zaini 2009, m/s. 207.
  131. ^ Kathirithamby-Wells 2005, m/s. 321.
  132. ^ Redza 2003, m/s. 96, 98.
  133. ^ Rohani 2005, m/s. 389.
  134. ^ Krich 2004, m/s. 48.
  135. ^ Jayasankaran 1999, m/s. 35.
  136. ^ More than a Cartoonist 2007, m/s. 257.
  137. ^ Pakiam 2005.
  138. ^ Azura & Foo 2006.
  139. ^ Haslina 2008, m/s. 539.
  140. ^ Barlow 1997.
  141. ^ Lent 2003, m/s. 260.
  142. ^ Shimizu 1996, m/s. 30.
  143. ^ Crossings: Datuk Lat 2003, 42:31–42:43.
  144. ^ Redza 2003, m/s. 84.
  145. ^ Muliyadi 2003a, m/s. 63–66.
  146. ^ Muliyadi 2003a, m/s. 79.
  147. ^ Muliyadi 2004, m/s. 96.
  148. ^ Muliyadi 2003b, m/s. 297.
  149. ^ Muliyadi 2004, m/s. 110–115.
  150. ^ a b Crossings: Datuk Lat 2003, 28:41–29:35.
  151. ^ Redza 2003, m/s. 93.
  152. ^ Chin 1998, m/s. 58.
  153. ^ Kalimullah 2008.
  154. ^ Foong 1994, m/s. 100.
  155. ^ Bunnell 2004, m/s. 82.
  156. ^ Candlish 1990, m/s. 13.
  157. ^ Smith 2001, m/s. 349.
  158. ^ Chin 1998, m/s. 61.
  159. ^ Goh 2007.
  160. ^ Chin 1998, m/s. 57–58.
  161. ^ Top 10 Influential Celebrities 2009.
  162. ^ Kampung Boy Graces 2008.
  163. ^ a b Bank Negara Malaysia 2005.
  164. ^ Pillay 2004.
  165. ^ Malaysians Trust Nicol 2010.
  166. ^ Krich 2004, m/s. 49.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Wawancara/introspektif diri
Buku
Sumber akademik
Sumber kewartawanan
Tapak Internet

Pautan luar[sunting | sunting sumber]