Datuk (gelaran)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk, Datuk Seri, Datuk Seri Utama, Dato', Dato' Seri, Datu, merupakan gelaran kehormat di rantau Nusantara merangkumi Indonesia, Malaysia dan Brunei; di Malaysia ia boleh dianugerahkan melalui warisan mahupun secara rasmi oleh ketua negara atau negeri seperti Yang di-Pertuan Agong, Sultan, dan Yang di-Pertua Negeri kepada orang dikurniakan darjah kebesaran tertentu sebagai penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kepada negara.[1] Di Brunei, terdapat juga gelaran Dato atas penganugerahan gelaran Pembesar diraja Brunei dalam golongan Wazir, Cheteria dan Manteri.

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Terdapat perbezaan dari segi ejaan dalam penggunaan gelaran ini serata Nusantara. Secara amnya, gelaran dengan ejaan "Datuk" didapati di kedua-dua Malaysia dan Indonesia, "Dato'" dengan tanda ' khusus digunakan di Malaysia sementara "Dato" dan "Datu" digunakan di Brunei dan di Sarawak. Walau bagaimanapun, isteri kepada penerima mana-mana gelaran tersebut diberi gelaran "Datin".

Indonesia[sunting | sunting sumber]

Gelaran ini didapati dalam budaya Minangkabau melalui pelafalan ia dalam dialek bahasa suku tersebut iaitu "Datuak", ia adalah gelar adat dalam Adat Minangkabau yang diberikan kepada seseorang melalui kesepakatan suatu kaum atau suku yang ada di wilayah Minangkabau (provinsi Sumatra Barat sekarang) dan selanjutnya disetujui sampai ke tingkat rapat adat oleh para tokoh pemuka adat setempat (Kerapatan Adat Nagari, biasa disingkat dengan KAN).

Sebelum gelar ini disandang seseorang, mesti dilakukan suatu upacara adat atau malewakan gala (Bahasa Minang), dengan sekurangnya menyembelih seekor kerbau dan kemudian diadakan jamuan makan. Dan jika calon Datuk tersebut tidak mampu untuk mengadakan acara tersebut, maka dia tidak berhak untuk menyandang gelar Datuk tersebut.

Pewarisan gelar Datuk dalam tradisi Minangkabau, berbeda dengan tradisi Melayu yang lain, gelar datuk dapat diwariskan menurut sistem matrilineal. Bila seorang Datuk meninggal dunia, gelar Datuk tersebut dapat diberikan kepada saudara laki-lakinya, atau keponakan (kemenakan) yang paling dekat hubungan kekerabatannya dari garis ibu.

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Gelaran dengan ejaan 'Datuk' diberikan kepada individu yang telah dianugerahi pingat oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Yang di-Pertua Negeri Sabah, gelaran dengan ejaan Dato' dikurniakan oleh Sultan, Raja, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan gelaran dengan ejaan Datu dan Dato dikurniakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Penggunaan gelaran 'Dato' / Datuk' di Malaysia
Pemberi darjah Nama darjah kebesaran Singkatan Gelaran dipakai
Lelaki Wanita Isteri
Malaysia Panglima Jasa Negara PJN Datuk Datin
Panglima Setia Diraja PSD Datuk Datin
Perlis Darjah Dato' Bendahara Seri Jamalullail DBSJ Dato’ Bendahara Seri Diraja Negara Tiada
Darjah Setia Tuanku Syed Putra Jamalullail SSPJ [[Dato’ Seri Diraja Datin Seri Diraja]]
Darjah Seri Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail SSSJ Dato’ Seri Diraja Datin Seri Diraja
Darjah Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail SPSJ Dato’ Seri Setia Diraja Datin Seri Setia Diraja
Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis SPMP Dato' Seri Datin Seri
Darjah Dato' Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail DSSJ Dato' Paduka Datin Paduka
Darjah Dato' Wira Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail DWSJ Dato' Wira Datin Wira
Darjah Dato' Paduka Mahkota Perlis DPMP Dato' Datin
Darjah Dato' Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail DSPJ Dato' Datin
Darjah Dato’ Panglima Putra Jamalullail DPPJ Dato' Datin
Darjah Dato' Panglima Sirajuddin Jamalullail DPSJ Dato' Datin
Kedah Darjah Utama Seri Mahawangsa Yang Amat Dihormati DMK Dato' Seri Utama To' Puan Seri Utama
Darjah Utama Seri Maharaja Bintang Darul Aman Kedah SMDK Dato' Seri Utama To' Puan Seri Utama
Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Yang Amat Dihormati SSSK Dato' Seri Diraja To' Puan Seri Diraja
Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah SHMS Dato' Seri Diraja Datin Seri Diraja
Darjah Seri Wira Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati SGMK Dato' Seri Wira Datin Seri Wira
Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah SPMK Dato' Seri To' Puan
Darjah Seri Setia Diraja Kedah SSDK Dato' Seri Datin Seri
Darjah Paduka Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati DPSS Dato' Paduka Datin Paduka
Darjah Dato’ Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah DHMS Dato' Paduka Datin Paduka
Darjah Maharaja Bintang Darul Aman Kedah DMDK Dato' Diraja Datin Diraja
Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati DGMK Dato' Wira Datin Wira
Darjah Dato' Setia Pahlawan Negeri Kedah Yang Amat Dihormati DSPK Dato' Pahlawan Datin Pahlawan
Darjah Datuk Setia Sultan Sallehuddin Kedah DSSS Dato' Datin
Dato' Paduka Mahkota Kedah DPMK Dato' Datin
Darjah Dato' Setia Diraja Kedah DSDK Dato' Datin
Darjah Dato' Setia Pahlawan DDSP Dato' Datin
Perak Darjah Paduka Sultan Azlan Shah SPSA [[Dato' Seri Diraja Datin Seri Diraja]]
Darjah Seri Paduka Sultan Nazrin Shah SPSN Dato' Seri Diraja Datin Seri Diraja
Darjah Dato' Seri Azlanii DSA Dato' Seri Datin Seri
Darjah Dato' Seri Paduka Cura Si Manja Kini SPCM Dato' Seri Datin Seri
Darjah Seri Paduka Mahkota Perak SPMP Dato' Seri Datin Seri
Darjah Dato’ Seri Panglima Taming Sari SPTS Dato' Seri Panglima Datin Seri Panglima
Darjah Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini DPCM Dato' Datin
Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak DPMP Dato' Datin
Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari DPTS Dato' Pahlawan Datin Pahlawan
Kelantan Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi I) SPMK Dato' Datin
Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili I) SJMK Dato' Datin
Darjah Seri Paduka Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (Al-Yahyawi I) SPKK Dato' Datin
Darjah Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi I) SPSK Dato' Datin
Darjah Seri Paduka Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (Al-Petrawi I) SPJK Dato' Datin
Darjah Dato' Paduka Mahkota Kelantan (Al-Muhammadi II) DPMK Dato' Datin
Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (Al-Ismaili II) DJMK Dato' Datin
Darjah Dato' Paduka Kesateria Mahkota Kelantan (Al-Yahyawi II) DPKK Dato' Datin
Darjah Dato' Paduka Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi II) DPSK Dato' Datin
Darjah Dato' Paduka Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (Al-Petrawi II) DPJK Dato' Datin
Terengganu Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu SUMZ Dato' Seri Utama To' Puan Seri Utama
Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu SSMZ Dato' Seri To' Puan Seri
Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu SSMT Dato' Seri To' Puan Seri
Darjah Seri Paduka Mahkota Terengganu SPMT Dato' Seri To' Puan Seri
Darjah Dato' Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu DSMZ Dato' To' Puan
Darjah Dato’ Setia Sultan Mahmud Terengganu DSMT Dato' To' Puan
Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu DPMT Dato' To' Puan
Pahang Sri Diraja Sultan Ahmad Shah Pahang SDSA Dato’ Sri Diraja Datin Sri Diraja
Sri Sultan Ahmad Shah Pahang SSAP Dato' Sri Datin Sri
Darjah Sri Indera Mahkota Pahang SIMP Dato' Indera Datin Indera
Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang DSAP Dato’ Datin
Darjah Indera Mahkota Pahang DIMP Dato' Datin
Selangor Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor SPMS Dato' Seri Datin Paduka Seri Datin Seri
Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah SSSA Dato' Seri Datin Paduka Seri Datin Seri
Darjah Kebesaran Dato' Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah SSIS Dato' Setia Datin Paduka Setia Datin Seri
Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor DPMS Dato' Datin Paduka Datin
Darjah Kebesaran Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah DSSA Dato' Datin Paduka Datin
Darjah Kebesaran Dato' Sultan Sharafuddin Idris Shah DSIS Dato' Datin Paduka Datin
Negeri Sembilan Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan SPNS Dato' Seri Utama Datin Seri Utama
Darjah Seri Utama Negeri Sembilan SUNS Dato' Seri Utama Datin Seri Utama
Darjah Seri Paduka Tuanku Ja’afar Yang Amat Terpuji SPTJ Dato' Seri Datin Seri
Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang SSTM Dato' Seri Datin Seri
Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang SSNS Dato' Seri Datin Seri
Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan DSNS Dato' Datin
Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan DPNS Dato' Datin
Darjah Dato' Paduka Tuanku Ja'afar DPTJ Dato' Datin
Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang DSTM Dato' Datin
Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan DBNS Dato' Datin
Johor Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor SPMJ Dato' Datin Paduka Datin Dato' (nama suami)
Dato' Sri Setia Sultan Ismail Johor SSIJ Dato' Datin Paduka Datin Dato' (nama suami)
Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor SMIJ Dato' Datin Paduka Datin Dato' (nama suami)
Dato’ Paduka Mahkota Johor DPMJ Dato' Datin Paduka Datin Dato' (nama suami)
Dato’ Setia Sultan Ismail Johor DSIJ Dato' Datin Paduka Datin Dato' (nama suami)
Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor DMIJ Dato' Datin Paduka Datin Dato' (nama suami)
Pulau Pinang Darjah Utama Pangkuan Negeri DUPN Dato' Seri Utama Datin Seri Utama
Darjah Panglima Pangkuan Negeri DPPN Dato' Seri Datin Seri
Darjah Gemilang Pangkuan Negeri DGPN Dato' Seri Datin Seri
Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri DMPN Dato' Datin
Darjah Setia Pangkuan Negeri DSPN Dato' Datin
Melaka Darjah Utama Negeri Melaka DUNM Datuk Seri Utama Datin Seri Utama
Darjah Gemilang Seri Melaka DGSM Datuk Seri Datin Seri
Darjah Cemerlang Seri Melaka DCSM Datuk Wira Datin Wira
Darjah Mulia Seri Melaka DMSM Datuk Datin
Darjah Pangkuan Seri Melaka DPSM Datuk Datin
Sabah Seri Panglima Darjah Kinabalu SPDK Datuk Seri Panglima Datin Seri Panglima
Panglima Gemilang Darjah Kinabalu PGDK Datuk Datin
Sarawak Datuk Patinggi Bintang Kenyalang DP Datuk Patinggi Datin Patinggi
Datuk Amar Bintang Kenyalang DA Datuk Amar Datin Amar
Panglima Negara Bintang Sarawak PNBS Dato Sri Datin Sri
Panglima Gemilang Bintang Kenyalang PGBK Datuk Datin
Darjah Jasa Bakti Sarawak DJBS Datu Datin Paduka Datin
Panglima Setia Bintang Sarawak PSBS Dato Datin
Wilayah Persekutuan Seri Utama Mahkota Wilayah SUMW Datuk Seri Utama Datin Seri Utama
Seri Mahkota Wilayah SMW Datuk Seri Datin Seri
Panglima Mahkota Wilayah PMW Datuk Datin

Brunei[sunting | sunting sumber]

Dato

"Dato" ialah pangkal gelaran yang dianugerahkan oleh Sultan kepada individu yang telah dianugerahkan bintang-bintang kebesaran tertentu. Gelaran sebenar adalah "Dato" sentiasa diikuti dengan frasa tambahan mengikut bintang kebesaran dan darjahnya. Contoh gelaran Dato adalah "Dato Seri Setia", "Dato Laila Utama", "Dato Hamzah Pahlawan" dan "Dato Paduka".[2] Bagi penerima perempuan, "Dato" adalah digantikan dengan "Datin". Tidak semua orang yang telah dianugerahkan bintang kebesaran diberi gelaran Dato.

Penggunaan gelaran Dato di Brunei
Nama Darjah Singkatan Gelaran
Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati - DK Dato Laila Utama
Darjah Kerabat Seri Utama Yang Amat Dihormati - DK Dato Seri Utama
Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Pertama PSSUB Dato Paduka Seri Setia
Darjah Kedua DSSUB Dato Seri Setia
Darjah Paduka Laila Jasa Keberanian Gemilang Yang Amat Cemerlang Darjah Pertama DPKG Dato Paduka Seri
Darjah Kedua DLKG Dato Laila
Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama DPKT Dato Paduka Seri
Darjah Kedua DKLT Dato Laila
Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa Darjah Pertama PSPNB Dato Seri Pahlawan
Darjah Kedua DHPNB Dato Hamzah Pahlawan
Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Pertama PSNB Dato Seri Setia
Darjah Kedua DSNB Dato Setia
Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Pertama PSLJ Dato Paduka Seri Laila Jasa
Darjah Kedua DSLJ Dato Seri Laila Jasa
Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Pertama SPMB Dato Seri Paduka
Darjah Kedua DPMB Dato Paduka

Datu

Dalam sistem gelaran pembesar diraja Brunei, "Datu" adalah pangkal gelaran bagi beberapa gelaran Manteri iaitu golongan pembesar selepas Cheteria dan yang terbawah sekali dalam hierarki tersebut. Gelaran sebenar adalah "Datu" sentiasa diikuti dengan frasa tambahan, contohnya "Datu Mahawangsa", "Datu Laila Diraja" dan "Datu Ratna".[3] Walau bagaimanapun, "Datu" juga wujud sebagai sebahagian daripada gelaran berpangkal "Pehin", juga dalam golongan Manteri, seperti "Pehin Datu Singamanteri", "Pehin Datu Amar Setia Diraja" dan "Pehin Datu Imam".[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Datuk", Pusat Rujukan Persuratan Melayu: Kamus Bahasa Melayu, DBP. Diambil pada 12-04-2011
  2. ^ "Senarai Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam" (PDF). www.adat-istiadat.gov.bn. Dicapai pada 2018-01-31. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ a b Al-Sufri, Mohd. Jamil (2002). Adat Istiadat Diraja Brunei. Bandar Seri Begawan: Jabatan Adat Istiadat Negara. m/s. 579–592. ISBN 9991734228.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.