Datuk Bandar Kuala Lumpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan Malaysia pada 1 Februari 1971. Bandaraya ini ditadbir oleh Datuk Bandar. Datuk Bandar menjalankan pentadbirannya melalui peruntukan yang terkandung di dalam Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

Gelaran[sunting | sunting sumber]

Menurut peruntukan seksyen 4 (d), Pindaan kepada gelaran, Akta Bandaraya Kuala Lumpur 1971. Pesuruhjaya Ibu Kota Kuala Lumpur, sah untuk dipindakan kepada gelaran baru iaitu Dato Bandar Kuala Lumpur.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Mengikut peruntukan seksyen 4 (2), Pelantikan Datuk Bandar, Akta Ibu Kota Persekutuan 1960. Datuk Bandar yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong boleh mentadbir ibu kota Kuala Lumpur selama tempoh 5 tahun. Yang di-Pertuan Agong juga berkuasa untuk memecat mana-mana orang yang memegang gelaran Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar juga mempunyai kuasa untuk memberikan arahan kepada Datuk Bandar (Seksyen 13 (1) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960). Menurut seksyen 12 akta yang sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur boleh menjalankan segala kuasa yang dipertanggongjawabkan kepada anggota dan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Ibu pejabat DBKL kini terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Berikut ialah senarai Datuk Bandar Kuala Lumpur.

[1]

Tempoh Nama Datuk Bandar Lahir - Mati Parti politik
1 Feb 1972 - 15 Mei 1972 Datuk Lokman bin Yusof Lahir 1910 - Mati 1972) Tidak berparti
Jul 1972 - 1 Feb 1983 Tan Sri Yaacob bin Abdul Latiff Lahir 1918) Tidak berparti
1 Feb 1983 - 17 Nov 1992 Tan Sri Datuk Elyas bin Omar Lahir 1936) Tidak berparti
17 Nov 1992 - 14 Dec 1995 Datuk Mazlan bin Ahmad Lahir 1943) Tidak berparti
14 Dec 1995 - 14 Dec 2001 Tan Sri Datuk Kamaruzzaman Shariff Lahir 1941) Tidak berparti
14 Dec 2001 - 14 Dec 2004 Datuk Mohmad Shaid Mohd Taufek Lahir 1947) Tidak berparti
14 Dec 2004 - 14 Dec 2006 Datuk Ruslin Hasan Lahir 1950) Tidak berparti
14 Dec 2006 - 14 Dec 2008 Datuk Abdul Hakim Borhan Lahir 1951) Tidak berparti
14 Dec 2008 - 15 Julai 2012 Tan Sri Ahmad Fuad Ismail Lahir 1952?) Tidak berparti
18 Julai 2012 - kini Tan Sri Ahmad Phesal Talib Lahir ) Tidak berparti

Sejak pilihan raya kerajaan tempatan di Malaysia telah digantung sejak tahun 1970, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah dilantik oleh Menteri Wilayah Persekutuan. [2]

Notakaki[sunting | sunting sumber]

  1. Lord Mayors (title Datuk Bandar)
  2. "Malaysia’s towns and cities are governed by appointed mayors" (dalam bahasa English). 2006. Diperoleh pada 9 Oktober, 2006. 

Rujukan[sunting | sunting sumber]