Daun
Dalam bidang botani, daun ialah sebuah organ tumbuhan yang bertumbuh di atas tanah dan yang mengkhusus dalam fotosintesis. Untuk tujuan ini, daun biasanya berbentuk leper untuk menghasilkan permukaan yang luas supaya sel-selnya yang mengandungi kloroplas bukan sahaja dapat didedahkan kepada cahaya, tetapi juga untuk membenarkan cahaya melantasi sepenuh tisu-tisunya. Dalam kebanyakan kes, daun-daun juga merupakan bahagian tumbuhan untuk respirasi, transpirasi, dan gutasi. Daun-daun boleh menyimpan makanan dan air, dan diubah suai oleh sebilangan tumbuhan untuk kegunaan lain. Struktur yang sama untuk paku-pakis dirujuk sebagai "pelepah". Daun-daun merupakan sebahagian makanan manusia yang penting sebagai sayur-sayuran berdaun.
Isi kandungan |
Anatomi daun [sunting]
Struktur daun angiosperma yang lengkap terdiri daripada:
- petiol (tangkai daun);
- lamina (biasa dipanggil "daun" dalam bahasa harian); dan
- stipul (struktur yang kecil di kiri kanan pangkal petiol).
- aksil (sudut di antara daun atau batang dengan paksi tempat kemunculannya.)
Bukan setiap spesies tumbuhan mempunyai daun yang terdiri daripada kesemua bahagian struktur tersebut. Dalam sebilangan spesies, stipul tidak ketara atau langsung tidak ada. Kekadang juga, daun tidak mempunyai tangkai atau laminanya tidak leper. Keragaman yang berbagai-bagai yang ditunjukkan oleh struktur daun dari satu spesies ke satu spesies diperihalkan dengan terperinci di bahagian jenis, susunan, dan bentuk daun di bawah.
Sebagai satu organ tumbuhan, daun biasanya terdiri daripada tisu-tisu berikut:
- epidermis yang melitupi permukaan daun atas dan bawah;
- klorenkima dalaman yang digelarkan mesofil; dan
- susunan urat (tisu vaskular).
Morfologi daun [sunting]
Jenis-jenis daun [sunting]
Terdapat beberapa jenis daun iaitu daun tunggal dan daun majmuk.
| Daun tunggal | Keterangan |
|---|---|
| Daun tunggal (single leaf) | Sehelai daun melekat terus ke dahan atau batang pokok. |
| Daun majmuk | Keterangan |
|---|---|
| Palmat (palmate) | Daun-daun bercantum di tengah. |
| Pinat (pinnate) | Daun majmuk yang mempunyai anak-anak daun yang tersusun pada ibu tulang daun. |
| Trifoliate palmat (palmately trifoliate) | Daun majmuk yang mengandung tiga anak daun tersusun secara palmat.[1] |
| Trifoliate pinat (pinnately trifoliate) | Daun majmuk yang mengandung tiga anak daun tersusun secara pinat. |
| Bipinat (bipinnate) | Daun pinat majmuk yang anak daunnya tumbuh secara berpasangan pada batang yang berpasangan. |
| Pinat genap (even pinnate) | Majmuk pinat yang mempunyai dua anak daun terminal atau hujung. |
| Pinat ganjil (odd pinnate) | Majmuk pinat yang mempunyai satu anak daun terminal atau hujung. |
Susunan dan kedudukan daun [sunting]
| Bentuk bilah daun | Keterangan |
|---|---|
| Kordat (cordate) | Berbentuk jantung. |
| Kuneat (cuneate) | Berbentuk baji. |
| Deltoid (deltoid) | |
| Lelembing (hastate) | Merujuk kepada bentuk daun seperti bentuk lembing, mempunyai 3 kelepak, satu ke arah depan dan dua mengarah ke tepi petiol. |
| Lanseolat (lanceolate) | |
| Obkordat (obcordate) | Berbentuk seperti jantung terbalik, merujuk kepada daun-daun berbentuk jantung yang mempunyai tangkai pada apeks jantung tersebut. |
| Oblanseolat (oblanceolate) | |
| Obovat (obovate) | Merujuk kepada bentuk daun yang tirus di bahagian pangkal atau seperti bujur telur terbalik. |
| Ovat (ovate) | Berbentuk bujur telur. |
| Peltat (peltate) | |
| Spatulat (spatulate) | Berbentuk seperti sudip atau sudu |
| Subulat (subulate) |
Bentuk bilah daun [sunting]
| Susunan dan kedudukan daun | Keterangan |
|---|---|
| Dekurun (decurrent) | |
| Sesil (sessile) | Terletak terus pada bahagian pangkal, tanpa penyokong, tangkai, pedisel atau pedunkel. |
| Selang (alternate) | |
| Bertentangan (opposite) | |
| Sekeliling (whorled) | Daun-daun yang teratur sepusar, iaitu daun-daun dikeluarkan pada satu titik.[2] |
| Roset (rosette) |
Tepi daun [sunting]
| Tepi daun | Keterangan |
|---|---|
| Krenat (crenate) | Mempunyai pinggir terbiku. |
| Dentat (dentate) | |
| Sekata (entire) | |
| Gerigi (serrate) | |
| Serulat (serrulate) | Mempunyai gerigi halus. |
| Sinuat (sinuate) | Mempunyai tepi yang berombak atau berlekuk, seperti tepi daun atau insang agarik. |
Hujung daun [sunting]
Terdapat pelbagai jenis hujung daun (leaf apices).[3]
Rujukan [sunting]
Pautan luar [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Daun |