David Archuleta (album)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
David Archuleta
Album studio oleh
Dilancarkan pada10 November 2008
Dirakamkan pada2008
GenreRock pop, R&B
Panjang44:28
BahasaBahasa Inggeris Edit the value on Wikidata
SyarikatJive Records
PenerbitDavid Archuleta, Emanuel Kiriakou, David Hodges, Steve Kipner, Steve McEwan, Wayne Wilkins, Mike Krompass, Matthew Gerrard, Robbie Nevil, Antonina Armato, Tim James, Midi Mafia, Dapo Torimiro, Desmond Child, Andreas Carlsson, JC Chasez, Jimmy Harry, Eric Rosse
Ulasan profesional
Kronologi David Archuleta
tiada nilai Edit the value on Wikidata David Archuleta
(2008)
Christmas from the Heart (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Single daripada David Archuleta
  1. "Crush"
    Dikeluarkan: 12 Ogos 2008
  2. "Angels"
    Dikeluarkan: 27 Ogos 2008
  3. "A Little Too Not Over You"
    Dikeluarkan: 6 Januari 2009
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

David Archuleta adalah album studio pertama oleh David Archuleta yang merupakan naib johan untuk pertandingan American Idol musim ke-7.[1] Album ini dilancarkan di Amerika Syarikat pada 11 November 2008, di bawah syarikat rakaman Jive Records. Album ini menerima anugerah emas (Gold) oleh RIAA pada 29 Januari 2009.[2] Single pertama daripada album ini, "Crush", dilancarkan pada 1 Ogos 2008.

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Album David Archuleta mendapat pujian dan kritikan daripada pelbagai pihak[3]:

  • Majalah Billboard memuji album tersebut.[4]
  • Ken Barnes dari USA Today memberikan ulasan yang positif.
  • Entertainment Weekly memberi ulasan yang sederhana.
  • Los Angeles Times mengkritik album tersebut.

Single[sunting | sunting sumber]

Single pertama daripada album ini, "Crush" dilancarkan ke radio pada 1 Ogos 2008 dan dilancarkan secara komersial pada 12 Ogos 2008. Pada minggu pertama setelah dilancarkan, "Crush" mencatatkan kedudukan #2 di carta Billboard Hot 100 dengan 166,000 buah salinan dijual.[5][6] Nielsen SoundScan menyatakan bahawa salinan single tersebut telah dijual sebanyak 1.04 juta keping.[7]

Trek lagu "Angels" dilancarkan secara tidak rasmi sebagai muat turun digital untuk tempahan di iTunes pada 27 Oktober 2008. Lagu ini mencatatkan kedudukan #89 di Billboard Hot 100 walaupun tidak dilancarkan secara rasmi atau dipromosikan.

Pada 21 November 2008, David mengesahkan bahawa "A Little Too Not Over You" akan menjadi single keduanya selepas "Crush".[8] Single tersebut dilancarkan ke radio pada 6 Januari 2009.[9]

Senarai lagu[sunting | sunting sumber]

  1. "Crush" (3:32)
  2. "Touch My Hand" (4:21)
  3. "Barriers" (3:50)
  4. "My Hands" (4:04)
  5. "A Little Too Not Over You" (3:18)
  6. "You Can" (3:42)
  7. "Running" (3:35)
  8. "Desperate" (3:41)
  9. "To Be with You" (3:25)
  10. "Don't Let Go" (3:47)
  11. "Your Eyes Don't Lie" (3:04)
  12. "Angels" (4:09)

Prestasi[sunting | sunting sumber]

Carta (2008) Kedudukan
teratas
Billboard 200 A.S. 2[10]
Carta Album Kanada 14[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota: Semua rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris.

  1. ^ American Idol News: David Archuleta's Debut Album
  2. ^ David Archuleta Certified Gold
  3. ^ David Archuleta - Metacritic
  4. ^ "David Archuleta Review - Billboard". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-10. Dicapai pada 2008-11-10.
  5. ^ Rihanna Fends Off Archuleta Atop Hot 100 - Billboard
  6. ^ Chart Beat: David Archuleta, Rihanna, Brandy and Monica, Journey, Isaac Hayes - Billboard
  7. ^ "Idol downloads: Cook charts 3 new tracks - USA Today". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-05. Dicapai pada 2008-12-05.
  8. ^ "David Archuleta's MySpace blog". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-04. Dicapai pada 2008-12-12.
  9. ^ "Concerts, AMAs, Macy's Thanksgiving Day Parade and more!". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-04. Dicapai pada 2008-12-12.
  10. ^ Taylor Swift Soars To No. 1 Debut - Billboard
  11. ^ "Top Canadian Albums - Billboard". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-05. Dicapai pada 2008-12-05.