David Miller

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
David Miller

David Miller dalam konsert Il Divo World Tour 2007
Latar belakang
Nama lahir David Miller
Genre Pop Opera
Pekerjaan Penyanyi, pelakon
Tahun aktif 2004–kini
Label Sony BMG
Kegiatan berkait Il Divo

David Miller berasal dari Amerika Syarikat (lahir April 14, 1973) merupakan penyanyi tenor berpengalaman dan juga ahli kumpulan pop opera 4 penyanyi, Il Divo.

Beliau dilahirkan di San Diego tetapi dibesarkan di Littlelon, Colorado. Beliau menamatkan sekolah menengah pada tahun 1991 dari sekolah menengah Heritage. Beliau mula menyanyi dari sekolah lagi, berlakon sebagai Rooster untuk drama Annie dan Noah dalam Two by Two.

Beliau kemudiannya menamatkan pengajian ijazah Persembahan vokal dan teater opera dengan cemerlang dari Oberlin Conservatory yang menamatkan harapan bapanya agar beliau memasuki angkatan tentera.

David telah berkerja dengan beberapa syarikat opera terkemuka, termasuk memegang peranan Des Grieux untuk Manon, Romeo untuk Romeo et Juliette, Werther, Alfredo untuk La traviata and Tamino untuk The Magic Flute bersama Pacific Opera. Pada 6 Mei 1998, beliau membuat persembahan bersama penyanyi – penyanyi opera untuk Presiden Bill Clinton di Rumah Putih. Pada 1999, beliau muncul bersama "Los Angeles opera" di Teatro Municipal de Santiago (Chile) melakonkan peranan Tybalt di dalam opera gubahan penggubah Bellini, Capulets and Montagues di Fiesta de Savonlinna.

Pada tahun 2000, beliau membuat persembahan sulungnya yang mendapat sambutan dan liputan meluas bersama "Opera Australia" di Teatro alla Scala, Milan, memegang peranan Tony di dalam West Side Story.

David membuat satu lagi persembahan debut bersama "Flemish opera" sebagai Cassio pada tahun 2001 dan 2002. Beliau juga melakonkan peranan Trieste di dalam Daniel Oren’s Manon. Di Amerika Syarikat, beliau juga melakonkan peranan untuk opera The Tales of Hoffman di Hartford, Connecticut. Beliau juga memegang peranan Percy di dalam opera gubahan penggubah Donizetti, Anne Bolene di Pittsburgh bersama John Mauceri sepanjang sessi 2000/2001. Beliau mempersembahkan opera pembukaan Marco Tuttino Vita di Teatro alla Scala pada sessi 2002 / 2003.

Lakonan terbaik beliau sehingga hari ini ialah peranannya sebagai Rodolfo untuk versi moden La bohème yang diadaptasi oleh Baz Luhrmann pada pada tahun 2002. Versi moden teater opera ini dibuat untuk menarik minat penonton – penonton muda bercorakkan lakonan ala Broadway. Luhrmann mementaskan permentasan yang bertaraf dunia seperti yang dibuat olehnya sebelum ini seperti Moulin Rouge! dan Romeo et Juliette. La bohème mula – mula dipersembahkan di Sydney, Australia tetapi David hanya melakonkanya ketika ia diadakan di New York.

Peranan-peranan lain yang dilakonkan oleh David termasuklah sebagai Don Ottavio dalam opera gubahan Mozart berjudul Don Giovanni, sebagai Belmonte dalam Die Entführung aus dem Serail dan sebagai Tom Rakewell dalam The Rake’s Progress.

David menganggotai Il Divo, pada bulan Disember 2003, bersama Urs Bühler (Switzerland), Sébastien Izambard (Perancis), dan Carlos Marín (Sepanyol). Sila pergi ke Il Divo untuk maklumat lanjut.