David Palmer (pemain skuasy)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

David Palmer (lahir 28 Jun, 1976 di Lithgow, New South Wales) ialah seorang pemain skuasy profesional dari Australia. Dia adalah diantara pemain skuasy yang paling berjaya dengan memenangi Terbuka Dunia pada tahun 2002 dan 2006. Dia juga menjadi juara Terbuka British pada tahun 2001, 2003 dan 2004. Disamping itu beliau juga johan Siri Super PSA pada tahun 2002. Dia menduduki ranking No. 1 dunia buat pertama kali pada bulan September 2001. Dia juga kembali menjadi pemain No. 1 dunia selama sebulan pada bulan Februari 2006.

Palmer juga diketahui ramai sebagai seorang yang panas baran sewaktu berlangsungnya perlawanan. Semasa Kejohanan Skuasy Beregu Dunia 2004 di Chennai, India, Palmer ditegah daripada bermain disebarang kejohanan Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) selama 13 bulan selepas sebuah lembaga disiplin mendapati dia bersalah menentang pengadil dan merosakkan peralatn.

Pada Sukan Komanwel 2006, Palmer mengutip pingat perak dalam perseorangan lelaki selepas tumpas kepada Peter Nicol dari England.

Permainan di peringkat akhir Terbuka Dunia[sunting | sunting sumber]

Menang (2)
Tahun Lawan Mata
2002 John White 13-15, 12-15, 15-6, 15-14, 15-11
2006 Gregory Gaultier 9-11, 9-11, 11-9, 11-10 (6-4), 11-2
Naib Juara (1)
Tahun Lawan Mata
2005 Amr Shabana 11-6, 11-7, 11-8

Permainan di peringkat akhir Terbuka British[sunting | sunting sumber]

Menang (3)
Tahun Lawan Mata
2001 Chris Walker 12-15, 13-15, 15-2, 15-9, 15-5
2003 Peter Nicol 15-13, 15-13, 15-8
2004 Amr Shabana 10-11 (4-6), 11-7, 11-10 (3-1), 11-7

Permainan di peringkat akhir Sukan Komanwel[sunting | sunting sumber]

Naib Juara (1)
Tahun Lawan Mata
2006 Peter Nicol 9-5, 10-8, 4-9, 9-2

Pautan luar[sunting | sunting sumber]