David Thompson (ahli politik Barbados)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The Honourable
 David Thompson 
QC, MP
David Thompson (ahli politik Barbados)

Tempoh berjawat
16 Januari 2008 – 23 Oktober 2010
Raja Elizabeth II
Gabenor Jeneral Clifford Husbands
Timbalan Freundel Stuart
Didahului oleh Owen Arthur
Digantikan oleh Freundel Stuart

Ahli Parlimen
untuk Saint John
Tempoh berjawat
1987 – 23 Oktober 2010
Didahului oleh Errol Barrow
Digantikan oleh Kosong

Tarikh lahir 25 Disember 1961(1961-12-25)
Tempat lahir London, United Kingdom
Meninggal 23 Oktober 2010 (umur 48)
Mapps, Barbados
Parti politik Parti Buruh Demokratik
Pasangan Marie-Josephine Mara
Anak Misha
Oya
Osa-Marie
Profesion Peguam

David John Howard Thompson, MP (25 Disember 1961[1] – 23 Oktober 2010[2]) merupakan Perdana Menteri keenam Barbados mulai Januari 2008 sehingga kematiannya akibat barah pankreas pada 23 Oktober 2010.

Thompson merupakan Perdana Menteri Barbados ketiga yang meninggal dunia ketika memegang kuasa selepas kematian Tom Adams pada tahun 1985 dan Errol Barrow pada tahun 1987.[3]

Isi kandungan

Kehidupan awal [sunting]

Thompson dilahirkan di London[4] kepada Charles Thompson, seorang porter dan pelukis,[5][6] dan Margaret Knight,[7][8] seorang setiausaha dan jururawat.[6] Kedua-dua ibu bapanya banyak mempengaruhi kehidupan Thompson.[9] Thompson dibesarkan bersama enam adik-beradiknya di Fitts Village, Saint James.[6]

Politik [sunting]

Thompson menceburi bidang politik menerusi pilihan raya kecil berikutan kematian Perdana Menteri Errol Barrow, apabila beliau memenangi kerusi Saint John pada tahun 1987.[4][1] Ketika Erskine Sandiford menjadi Perdana Menteri, Thompson bertugas sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kebudayaan mulai tahun 1991 hingga 1993. Selepas itu, dia dilantik sebagai Menteri Kewangan hingga tahun 1994. Thompson menjadi ketua DLP apabila Sandiford meletak jawatan setelah tewas dalam usul tidak percaya dalam parlimen. Thompson mengetuai kempen Parti Buruh Demokratik dalam pilihan raya 1994 dan 1999, tetapi gagal dalam kedua-duanya. Beliau meletak jawatan ketua parti pada September 2000 berikutan kekalahan ketiga selaku ketua parti pada pilihan raya kecil St. Thomas. Bagaimanapun, apabila ketua parti Clyde Mascoll berpaling tadah ke Parti Buruh Barbados, Thompson sekali lagi menjadi ketua pembangkang pada Januari 2006.[4][1]

Parti Buruh Demokratik memenangi pilihan raya umum pada 15 Januari 2008 dengan meraih 20 kerusi berbanding 10 untuk Parti Buruh Barbados yang diketuai bekas Perdana Menteri Owen Arthur. Thompson mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam pada 16 Januari.[10] Thompson turut mengekalkan kerusinya untuk kawasan parlimen St. John dengan 84% undian.[11] Beliau mengumumkan Jemaah Menterinya pada 19 Januari, termasuk dirinya sebagai Menteri Kewangan, Hal-Ehwal dan Pembangunan Ekonomi, Buruh, Perkhidmatan Awam dan Tenaga; Jemaah tersebut mengangkat sumpah pada hari keesokannya.

Kematian [sunting]

Pada satu taklimat akhbar di kediaman rasminya, Ilaro Court, pada 14 Mei 2010, Thompson yang diiringi tabib peribadinya, Richard Ishmael, mengakui bahawa dirinya mengalami sakit perut sejak awal bulan Mac, dan juga telah menjalani pemeriksaan perubatan yang tidak berhasil di Barbados, kemudian pergi bersama Ishmael ke New York untuk membuat pemeriksaan lanjutan. Disebabkan proses pemeriksaan yang mengambil masa lama, tugas Perdana Menteri diambil alih Peguam Negara dan Timbalan Perdana Menteri Freundel Stuart buat sementara waktu.[12][13]

Pada 30 Ogos, Thompson kembali bertugas sebagai Perdana Menteri sekembalinya di Barbados dua hari sebelumnya. Pada 7 September, sekali lagi beliau ke New York atas sebab-sebab yang tidak diketahui.[14][15] Tidak lama kemudian, Richard Ishmael memaklumkan orang ramai bahawa Perdana Menteri mengalami barah pankreas.[16][17]

Thompson meninggal dunia di rumahnya di Mapps, St. Philip, pada kira-kira jam 2:10 pagi pada 23 Oktober 2010. Isterinya, Mara, dan anak-anak perempuannya Mischa, Oya dan Osa-Marie berada di sisinya.[18] Sebaik sahaja berita kematian Thompson tersebar, para pembesar serantau dan antarabangsa menyampaikan ucapan takziah[19][20] kepada keluarga Thompson dan bangsa Barbados.[21]

Rujukan [sunting]

  1. 1.0 1.1 1.2 Rulers
  2. Barbados in mourning: PM Thompson is dead
  3. Singh, Rickey. "Barbados PM David Thompson is dead - Freundel Stuart sworn in as new leader", Jamaica Observer, 2010-10-24. Dicapai pada 2010-10-25. 
  4. 4.0 4.1 4.2 "Thompson: 'much at stake for Barbados'", BBC Caribbean, 16 Januari 2008.
  5. N.B./B.W.. "Little brother’s death ‘tough’", 24 Oktober 2010. Dicapai pada 25 October 2010. 
  6. 6.0 6.1 6.2 "DAVID JOHN HOWARD THOMPSON – A MAN WHOSE TIME HAS COME" (dalam Bahasa English) DLP 2008 http://www.dlpbarbados.org/cms/index.php?option=com_content&task=view&id=76&Itemid=56. Capaian 17 September 2010 "He is one of seven siblings whose father worked as a porter and painter, and whose mother was a secretary and nurse. He grew up in Fitts Village when most of the area was still a beach tenantry." 
  7. J. R. T.. "Seven Barbadians honoured by DLP", 18 January 2010. Dicapai pada 17 September 2010. (English) 
  8. Site admin. "Mum’s hope". Dicapai pada 17 September 2010. (English) 
  9. G., H.. "PM David Thompson now Queen’s Counsel", 26 May 2009. Dicapai pada 17 September 2010. (English) 
  10. "Thompson sworn in as Barbados PM", Xinhua, 17 Januari 2008.
  11. Election result page for St. John in the 2008 election.
  12. Template error: argument title is required. 
  13. Staff writers. "Breaking News: Cabinet members to be re-confirmed this afternoon", 23 Oktober 2010. Dicapai pada 23 October 2010. (English) “11:56 a.m. – The newly sworn in Prime Minister of Barbados, Freundel Stuart, has announced that in accordance with protocol, Cabinet members will be reconfirmed in their positions during a swearing in ceremony this afternoon at 3 p.m.” 
  14. S., T.. "PM off to New York", 8 September 2010. Dicapai pada 8 September 2010. (English) 
  15. H., J.. "'On top of things'", 9 September 2010. Dicapai pada 9 September 2010. (English) “PRIME Minister David Thompson has assured the nation yesterday, that during his time away he continues to keep abreast of what is happening in the country.” 
  16. David Ellis. "PM Health update", 16 September 2010. Dicapai pada 16 September 2010. (English) 
  17. Audio of Dr Ishmael's Statement
  18. Barbados in mourning: PM Thompson is dead
  19. Staff writer. "UPDATE: CARICOM SG mourns PM's death", 23 October 2010. Dicapai pada 23 Oktober 2010. (English) 
  20. Ingraham, Hubert. "Prime Minister Ingraham's Statement on Death of Barbados PM David Thompson", 23 Oktober 2010. Dicapai pada 23 Oktober 2010. (English) 
  21. Staff writer. "UPDATE: Barbados, region and beyond mourn the passing of Prime Minister David Thompson", 23 October 2010. Dicapai pada 23 Oktober 2010. (English) 

Pautan luar [sunting]

Jawatan politik
Didahului oleh
Owen Arthur
Perdana Menteri Barbados
2008–2010
Diikuti oleh:
Freundel Stuart