Dayabumi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kompleks Dayabumi
Bangunan Dayabumi
Maklumat
Lokasi Kuala Lumpur, Malaysia
Status Siap dibina
Tempoh pembinaan 19821984
Kegunaan Pejabat
Dibuka
Musnah
Ketinggian
Antena/Puncak
Bumbung 157 m (515 kaki)
Tingkat atas
Maklumat teknikal
Bilangan tingkat 39
Keluasan tingkat
Bilangan lif
Kos
Syarikat-syarikat
Arkitek
Jurutera
Kontraktor
Pemaju
Pemilik UDA
[1][2]

Kompleks Dayabumi merupakan salah satu bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur. Ia terletak berhampiran Masjid Negara, stesen kereta api lama dan Rumah Persekutuan di Jalan Sultan Hishamuddin. Dayabumi menjadi salah satu mercu tanda di Kuala Lumpur. Menara ini terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur. Terdapat pelbagai bangunan di sekitar kawasan ini dan menjadi tumpuan pelbagai aktiviti sukan, kebudayaan dan politik. Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad hanya 200 meter dari sini.

Reka bentuknya berteraskan seni bina Islam iaitu corak bintang segi lapan, pintu gerbang dan bawah menara. Bangunan setinggi 35 tingkat ini siap dibina pada 1984 dan menempatkan pejabat syarikat multinasional Petronas. Di sebelahnya ialah Pejabat Pos Besar, stesen komuter KTM dan kompleks beli-belah Point.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dahulunya, menara Dayabumi ini adalah tapak bengkel dan depot Keretapi Tanah Melayu dari 1900 hingga 1981. Beberapa bangunan lama disekitarnya diruntuhkan atau diubah suai bagi menggambarkan dimensi baru bandar raya Kuala Lumpur. Pasar besar Kuala Lumpur di sebelah Sungai Klang ditukar wajah menjadi Pasar Seni.

Kompleks Dayabumi telah direka oleh Arkitek MAA dan Arkitek BEP Landskap luar dana dalaman direka oleh Peter Verity manakala bangunan ini telah dibina oleh syarikat Kumagai Gumi Malaysia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dayabumi di Emporis
  2. ^ "Dayabumi". SkyscraperPage.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Media berkenaan Dayabumi di Wikimedia Commons