Dayana Amerda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dayana Amerda
Kelahiran
Siti Amirah Dayana binti Mohd Amerullah

(1999-12-04) 4 Disember 1999 (umur 24)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif2009–kini
PasanganHadi Mazlan (k. 2019)
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal

Siti Amirah Dayana binti Mohd Amerullah (lahir 4 Disember 1999) atau lebih dikenali sebagai Dayana Amerda merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau mula dikenali sejak menjadi antara peserta sepuluh teratas dalam program realiti kanak-kanak, Idola Kecil Musim ke-2. Beliau telah berjaya menjadi juara dalam pertandingan tersebut dan sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM 10 000. Selain itu, beliau juga membawa pulang RM 5,000 kerana beliau dianugerahkan "Idola Popular Dutch Lady 2009".[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 4 Disember 1999 di Wakaf Bharu, Kelantan dan mempunyai tiga orang adik. Dua orang adik perempuan dan seorang adik lelaki. Adik yang pertama bernama Dayini, yang kedua bernama Dalili dan yang ketiga bernama Dayyan. Beliau merupakan anak sulung dalam keluarga mereka. Beliau juga turut membuat persembahan amal untuk menghiburkan anak-anak yatim dari Mahat Tahfiz al-Quran dan Rumah Anak-Anak Yatim Al-Sagaff, Selayang, Selangor pada 2011.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2011, beliau telah mencapai impian beliau, iaitu mempunyai album sendiri yang dinamakan Impian Yang Satu. Di dalam album mini ini, ada tiga lagu antaranya Satu Impian, Impian Yang Satu dan Fahamilah. Beliau juga pernah berlakon dalam beberapa drama dan filem seperti "Idola Kecil 2: The Series", "Misteri Rumah Tua", "Qaseh Bunian", "Pondok Plastik Tepi Kubur" dan "Pengancam Perkahwinan". Beliau juga pernah menjadi hos/pengacara dalam beberapa rancangan televisyen seperti "Berita Adik TV9" yang disiarkan di TV9, "V Squad" yang disiarkan di ntv7 dan "Cutipedia" yang disiarkan di Astro TVIQ. Pada tahun 2012, beliau telah berlakon dalam drama "Elly dan Epit" yang disiarkan di Astro Ceria. Beliau memegang watak sebagai "Diana" dalam drama tersebut. Pada tahun 2013, beliau turut berlakon dalam drama "Elly dan Epit 2". Beliau juga memegang watak sebagai Amalina dalam drama Ariana Rose yang disiarkan di Slot Akasia TV3 mulai 30 Disember 2013.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Bapanya, Mohd. Amerullah meninggal pada 23 Julai 2016. Setelah bapanya meninggal dunia, beliau telah memperlahankan kerjaya seninya dan memutuskan untuk mengundur diri dari dunia seni pada tahun 2018 (sewaktu beliau berusia 19 tahun) untuk berdakwah ke jalan Allah SWT. Pada awal 2019, beliau telah dilantik menjadi Ikon Pertubuhan Kebajikan Aurat Malaysia atau panggilan yang lebih mesra bagi pertubuhan ini, MOCA (Malaysian On Covering Aurah).

Kini beliau aktif menerima undangan forum berkenaan penghijrahan beliau dan hal-hal seputar agama.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

EP[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

  • Idola Kecil 2: The Series
  • Misteri Rumah Tua
  • Qaseh Bunian
  • Pondok Plastik Tepi Kubur
  • Pengancam Perkahwinan
  • Berita Adik TV9
  • V Squad
  • Cutipedia
  • Elly & Epit
  • Ariana Rose
  • Selamat Pagi Cikgu Tutor TV

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Metra Syahril Mohamed (6 Januari 2010). "Sukar mencari juara Idola Kecil 2". Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 April 2012.
  2. ^ Nur Azhari Zainooddin (15 Ogos 2011). "Dayana hiburkan anak yatim". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-22. Dicapai pada 14 April 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]