Deal or No Deal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Deal or No Deal merupakan format rancangan permainan televisyen yang dimiliki Endemol, syarikat penerbitan televisyen Belanda yang dikenali dengan judul-judul seperti Big Brother dan Fear Factor. Versi pertama rancangan ini disiarkan di Belanda sebagai Miljoenenjacht ("memburu jutaan" dalam bahasa Belanda), diikuti satu versi Australia yang merupakan versi pertama yang memakai nama Deal or No Deal.

Kini, format Deal or No Deal boleh dinikmati oleh penonton Malaysia dalam dua versi berlainan: versi bahasa Mandarin (di siarkan pada setiap hari isnin dan selasa pada pukul 07:00 malam) dan bahasa Inggeris (di siarkan pada setiap hari sabtu dan ahad pada pukul 08:30 malam).

Format[sunting | sunting sumber]

Format asas Deal or No Deal merangkumi sebilangan peti (lazimnya 26 buah, namun berbeza bilangannya di beberapa negara). Setiap buah peti itu mengandungi amaun wang yang berbeza dengan peti-peti yang lain. Tanpa mengetahui jumlah wang dalam setiap peti itu, peserta memilih sebuah peti yang mungkin mengandungi hadiah untuknya. Si peserta itu kemudian membuka peti-peti yang tinggal, satu demi satu, bagi mendedahkan jumlah wang yang terkandung. Pada saat yang ditentukan si peserta menerima tawaran daripada bank (yang dikenali "Banker") untuk membeli peti yang dipilih daripada si peserta itu. Tawaran itu berdasarkan nilai yang berkemungkinan dalam peti si peserta. Kemudian, si peserta perlu memutuskan sama ada hendak menerima tawaran dari bank itu, atau terus membuka peti. Sekiranya si peserta enggan menerima tawaran tersebut lalu mendedahkan peti-peti yang rendah nilai wangnya, maka tawaran bank seterusnya berkemungkinan besar dinaikkan nilainya (memandangkan peti si peserta tersbut terbukti tidak mengandungi nilai-nilai tersebut).

Sebaliknya, terdapat risiko mendedahkan nilai yang lebih tinggi, menjatuhkan nilai tawaran seterusnya dari bank. Tujuan sistem ini adalah untuk cuba menghasilkan permainan yang menyeronokkan dan berunsur suspens. Setiap tawaran bank lazimnya jauh kurang berbanding nilai jangkaan peti si peserta itu, khususnya pada awal permainan. Bagaimanapun tidaklah jarang sangat apabila tawaran bank melebihi nilai jangkaan tersebut setelah memasuki waktu lanjut dalam permainan, apabila bank kelihatan makin kurang berani mengambil risiko.

Terdapat variasi antara negara-negara yang membeli format Deal or No Deal. Dalam versi UK, sebagai contoh, para peserta memilih datu daripada 22 buah peti, bukannya 26, yang dibuka peserta masa akan datang[1]. Konsep mencabar seseorang menghadapi seorang antagonis (si Banker) agak jarang, namun tidak unik, di kalangan rancangan permainan.

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Negara Tajuk Pengacara Saluran Bahasa Mulai Laman Web
Afrika Selatan Afrika Selatan Deal or No Deal Ed Jordan M-Net Inggeris 2007 Pautan
Amerika Syarikat Amerika Syarikat Deal or No Deal Howie Mandel NBC Inggeris 2005 Pautan
Vas o No Vas Héctor Sandarti Telemundo Sepanyol 2006 Pautan
Argentina Argentina Trato Hecho Julian Weich Telefé Sepanyol 2004 Pautan
Australia Australia Deal or No Deal Andrew O'Keefe Channel Seven Inggeris 2003 Pautan
Belanda Belanda Miljoenenjacht
(versi asal)
Linda de Mol TROS, Tien Belanda 2001 Pautan
Deal or No Deal
(versi langsung)
Beau van Erven Dorens Tien Belanda 2006 Pautan
Belgium Belgium Te Nemen of Te Laten Felice VijfTV Belanda 2007 Pautan
Brazil Brazil Topa ou Não Topa Silvio Santos SBT Portugis 2006 Pautan
Bulgaria Bulgaria Сделка или не Rumen Lukanov Nova Television Bulgaria 2005 Pautan
Chile Chile Trato Hecho Don Francisco Canal 13 Sepanyol 2004 -
¡Allá Tú! Julián Elfenbein Chilevision Sepanyol 2007 Pautan
Croatia Croatia Uzmi ili Ostavi Mirko Fodor Croatian Radiotelevision Croatia 2006 Pautan
Denmark Denmark Deal No Deal Casper Christensen TV 2 Denmark 2006 Pautan
Estonia Estonia Võta või jäta Sepo Seeman TV3 Estonia 2007 Pautan
Filipina Filipina Kapamilya, Deal or No Deal Kris Aquino ABS-CBN Filipina dan Inggeris 2006 Pautan
Finland Finland Ota tai jätä Pauli Aalto-Setälä Nelonen Finland 2007 Pautan
Greece Greece Deal (hari biasa) Christos Ferendinos ANT1 Greek 2006 Deal
Super Deal (hujung minggu) Super Deal
Hong Kong Hong Kong Deal or No Deal/一擲千金 Michael Hui (Musim 1) TVB Jade Kantonis 2006 Pautan
Alfred Cheung (Musim 2) 2007
Hungary Hungary Áll az alku Gábor Gundel Takács TV2 Magyar 2004 Pautan
India India Deal Ya No Deal Rajeev Khandelwal Sony Entertainment Television Hindi dan Inggeris 2005 Pautan
Indonesia Indonesia Deal Or No Deal Indonesia Tantowi Yahya RCTI Indonesia 2007
Israel Israel דיל או לא דיל Moran Atias Israel 10 Ibrani - Pautan
Itali Itali Affari Tuoi Flavio Insinna Rai Uno Itali 2003 Pautan
Jepun Jepun The Deal Shinsuke Shimada TBS Jepun 2006 Pautan
Jerman Jerman Deal or No Deal - Die Show der GlücksSpirale Guido Cantz Sat.1 Jerman 2004 Pautan
Kanada Kanada Deal or No Deal Canada Howie Mandel Global Television Network Inggeris 2007 Pautan
Le Banquier Julie Snyder TVA Perancis 2007 Pautan
CHTV biasanya pertama sekali menyiarkan episod-episod versi AS, namun episod-episod itu juga disiarkan di Global. Siaran ulangan juga didapati di TVtropolis.
Korea Selatan Korea Selatan Yes or no Shin Dong-Yeob Total Variety Network Korea 2006 Pautan
Lithuania Lithuania Taip arba Ne Marijonas Mikutavičius TV3 Lithuania Lithuania 2007 Pautan
Malaysia Malaysia Deal or No Deal Malaysia Aanont Wathanasin ntv7 Inggeris 2007 Pautan
一擲千金 Deal or No Deal Goh Wee Ping ntv7 Mandarin 2007 Pautan
Mexico Mexico Vas o No Vas Héctor Sandarti Televisa Sepanyol 2005 Pautan
Negara-negara Arab Deal or No Deal Michel Sanan Lebanese Broadcasting Corporation Arab 2005 Pautan
New Zealand New Zealand Deal or No Deal Jeremy Corbett TV3 Inggeris 2007 Pautan
Prime TV menyiarkan versi Australia permainan ini di New Zealand.
Nigeria Nigeria Deal or No Deal Nigeria - M-Net Africa Inggeris 2007 Pautan
Norway Norway Deal or No Deal Sturla Berg-Johansen TV2 Norway 2006 Pautan
Perancis Perancis À prendre ou à laisser "Arthur" TF1 Perancis 2004 Pautan
Poland Poland Grasz czy nie grasz Zygmunt Chajzer Polsat Poland 2005 Pautan
Republik Czech Republik Czech Ber nebo neber Pavel Zuna TV Prima Czech 2007 Pautan
Romania Romania Da sau nu Mihai Dobrovolschi Prima TV Romania - -
Rusia Rusia Сделка Alexei Veselkin REN TV Rusia 2006 Pautan
Sepanyol Sepanyol ¡Allá tú! Jesús Vázquez Telecinco Sepanyol 2004 Pautan
Serbia Serbia Uzmi ili ostavi Milorad Mandić Manda B92 Serbia 2007 Pautan
Singapura Singapura Deal or No Deal Adrian Pang MediaCorp TV Channel 5 Inggeris 2007 Pautan.
Slovakia Slovakia Ruku na to Dijangka muncul di Slovak Television pada tahun 2007.
Slovenia Slovenia Vzemi ali pusti Bojan Emeršič POP TV Slovenia - Pautan
Sweden Sweden Deal or No Deal Martin Timell TV4 Sweden 2006 Pautan
Switzerland Switzerland Deal or No Deal - Das Risiko Roman Kilchsperger SF 1 Jerman 2004 Pautan
Thailand Thailand Deal or No Deal - เอาหรือไม่เอา Dom Hetrakul ThaiTV 3 Thai 2004 Pautan
Tunisia Tunisia Deal or No Deal - Dlilek Mlek Sami El Fihri Tunis 7 Arab 2004 -
Turki Turki Büyük Teklif Halit Ergenç Kanal D Turki 2005 Pautan
United Kingdom United Kingdom Deal or No Deal Noel Edmonds Channel 4 Inggeris 2005 Channel 4
Endemol
Zimbabwe Zimbabwe Saka Kana Aa Saka Tande Newton dan Isaac Smith TVZim01, ZBC, TeleZim Shona, Ndebele, Inggeris 2007 Pautan
Pautan
Pautan

Strategi permainan[sunting | sunting sumber]

Deal or No Deal dan formatnya yang mudah namun penuh muslihat ini telah menarik perhatian pakar matematik, statistik dan ekonomi sebagai kajian mengenai perihal mengambil keputusan ketika dalam keadaan tertekan. Sepasukan pakar ekonomi telah menganalisa keputusan yang diambil oleh peserta yang mengambil bahagian dalam episod-episod Deal or No Deal di Eropah dan Amerika Syarikat lalu mendapati, antara yang lain, bahawa peserta-peserta tersebut lebih sanggup mengambil risiko meskipun nilai hadiah jangkaan mereka makin berkurangan.[1] Kajian ini menerima perhatian media yang hebat, lalu muncul pada muka hadapan The Wall Street Journal pada 12 Januari 2006 serta juga diwar-warkan oleh National Public Radio di Amerika Syarikat pada 3 Mac 2006.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Post, Van den Assem, Baltussen, and Thaler (December 2004). "Deal or No Deal? Decision Making Under Risk in a Large-payoff Game Show".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]