Deal or No Deal (Malaysia, versi Cina)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Versi bahasa Cina Malaysia bagi rancangan permainan Deal or No Deal (bahasa Cina:一擲千金, pinyin: yī zhí qiān jīn) disiarkan di ntv7 pada pukul tujuh malam setiap Isnin dan Selasa bermula 12 Mac 2007. Rancangan ini diacarakan oleh Goh Wee Ping (musim pertama) dan Owen Yap (musim ke-2). Terdapat 26 hadiah wang tunai dari cuma 10 sen hingga RM100,000 yang tersembunyi dalam 26 buah peti, setiap satunya dipegang oleh seorang "Revlon girl" (maksudnya, kemunculan peragawati tersebut ditaja oleh Revlon).

Dalam setiap episod, enam orang peserta terpilih untuk memasuki satu pusingan permulaan di mana peserta yang terdahulu untuk menjawab dua soalan dengan betul layak ke pusingan utama "Deal or No Deal". Peserta bertuah ini kemudiannya memilih salah sebuah daripada 26 buah peti tersebut dengan harapan bahawa peti yang terpilih itu mengandungi nilai tertinggi yang diidamkan. Sebelum menerima tawaran pertama, peserta itu perlu membuka enam buah peti yang tidak terpilih.

Pihak bank (banker) yang rupanya tidak hadir dalam skrin dan suaranya tidak didengari orang ramai kecuali Goh, mengawasi permainan dan berhubung dengan Goh melalui telefon, dari mana pengacara tersebut memperoleh tawaran si Banker untuk dimaklumkan kepada peserta lalu menyoal peserta tersebut sama ada hendak jual atau tidak (賣或不賣, mài huò bú mài). Seperti biasa, jika peserta memutuskan untuk tidak menjual petinya (dengan menutupi penutup lutsinar bagi sebiji butang merah di atas penel peserta) dia perlu membuka sebilangan tertentu peti yang masih dipegang oleh "Revlon girls" untuk mengenal pasti nilai yang tidak terkandung dalam peti yang dipilihnya.

Jika peserta itu bersetuju untuk menjual petinya (dengan menekan butang merah tersebut), atau menolak tawaran terakhir si Banker di akhir permainan, dia perlu menjawab satu soalan. Jika dia menjawab dengan betul dia memperoleh amaun penuh tunai yang bakal dimenanginya, jika salah dia hanya memperoleh sebahagian hadiah tunai tersebut. (Sebenarnya, bagi versi tempatan ini, peserta hanya membawa balik 80% hadiah tunai tersebut, manakala bakinya dihadiahkan kepada seorang pemenang peraduan SMS bersempena setiap episod rancangan ini.)

Nilai dalam peti[sunting | sunting sumber]

RM0.10
RM0.50
RM1
RM5
RM10
RM20
RM30
RM40
RM50
RM100
RM250
RM500
RM750
RM1,000
RM2,000
RM3,000
RM4,000
RM5,000
RM7,500
RM10,000
RM15,000
RM20,000
RM30,000
RM50,000
RM75,000
RM100,000


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Deal or No Deal Malaysia—Maklumat dalam bahasa Inggeris dan Cina