Death Eater

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Persatuan Harry Potter
The Dark Mark of Lord Voldemort
Death Eater
Ibu Pejabat Rumah Keluarga Riddle
Ketua Lord Voldemort
Tujuan Mengekalkan ketulenan darah sihir dan berkkhidmat kepada Lord Voldemort
Musuh Kumpulan Phoenix, Tentera Dumbledore, dan Kementerian Sihir
Kemunculan Pertama Kali pertama digunakan dalam Harry Potter dalam Piala Api, walaupun pengikut Voldemort pernah berjumpa sebelumnya.

Dalam siri Harry Potter, Death Eater merupakan pengikut Lord Voldemort. Death Eater merupakan organisasi pengganas Voldemort dalam peperangannya menentang pentadbiran sihir British iaitu Kementerian Sihir dan kumpulan anti ilmu hitam Dumbledore, Kumpulan Phoenix.

Bio[sunting | sunting sumber]

Tugas mereka termasuklah menentang Kementerian Sihir dan Kumpulan Phoenix, dan mengurangkan tentangan oleh mereka yang menentang Voldemort dengan mengancam, menculik, membunuh, mengugut atau mencederakan keluarga mereka terutamanya kanak-kanak. Selepas menyertai, Death Eater harus menyertakan kesetiaan mereka sehingga mati. Kegagalan berbuat demikian akan membawa kepada hukuman berat, lazimnya berbentuk siksaan atau kematian.

Semua Death Eater dicapkan Tanda Kuasa Jahat di lengan kiri mereka. Tanda Kuasa Jahat, tanda Voldemort (tengkorak dengan ular terjulur dari mulutnya) akan digunakan untuk memanggil Death Eater - apabila Voldemort menyentuh tanda seorang Death Eater, tanda pada yang laini akan membakar, dan Death Eater akan menjelma terus kepada tuan mereka. Pemakaian biasa bagi Death Eater adalah hitam, jubah berhud dan topeng tengkorak putih yang menutup bahagian atas muka.

Versi filem Harry Potter and the Goblet of Fire menunjukkan Death Eater dengan topeng tengkorak dan berjubah hitam bertudung tajam, menyerupai jubah ahli Ku Klux Klan.

Beberapa anak Death Eater turut bersekolah di Sekolah Sihir Hogwarts - sekolah itu sendiri tidak menyebelahi kumpulan atau pihak mana-mana, walaupun beberapa Pengetua sebelumnya berbuat begitu. Menurut J.K. Rowling, walaupun ahli Slytherin sering berkaitan dengan Death Eater, hanya sedikit sahaja dalam populasi Slytherin dan terdapat juga pelajar yang berkaitan dengan Death Eater dalam Gryffindor, Hufflepuff, dan Ravenclaw.

Kejatuhan dan Kebangkitan Kedua Lord Voldemort[sunting | sunting sumber]

Apabila Lord Voldemort telah hilang selepas percubaannya untuk membunuh Harry Potter, Death Eater telah diharamkan dan berpecah secara besar-besaran. Kementerian telah mengumpulkna kebanyakan mereka dan memenjarakan mereka di dalam Azkaban, tetapi sebahagian daripada mereka terlepas dengan mendakwa bahawa mereka dijampi oleh Death Eater yang lain, seperti yang dilakukan oleh Igor Karkaroff; Harry menyakiskan pengakuan Karkaroff dalam Pensieve Dumbledore.

Apabila Lord Voldemort memperoleh kekuatan semula pada penghujung Harry Potter dalam Piala Api, dia memanggil semua pengikutnya dengan menyentuh Tanda Kuasa Jahat Peter Pettigrew. Sesetngah dari mereka yang telah mengkhianatinya agak terlalu takut untuk kembali, dan sesetengah yang lain telah mati atau dipenjarakan, tetapi banyak yang telah kembali kepadanya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]