Debut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Debut
Album studio oleh
Dilancarkan pada13 Julai 1993
26 Oktober 1993 (UK)[1]
Dirakamkan padaAwal 1993
TempatUnited Kingdom Edit the value on Wikidata
GenreElektronik, house, tribal house,
Panjang48:19 (Versi antarabangsa)
52:15 (Edisi UK)
55:30 (Edisi Jepun)
BahasaBahasa Inggeris Edit the value on Wikidata
SyarikatOne Little Indian (UK)
Elektra (U.S.)
PenerbitNellee Hooper, Björk
Ulasan profesional
Kronologi Björk
Björk
(1977)
Debut
(1993)
The Best Mixes From The Album-Debut For All The People Who Don't Buy White Labels
(1994)
Single daripada Debut
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Debut ialah album studio Bahasa Inggeris sulung oleh penyanyi yang berasal dari Iceland, Björk. Album ini merupakan projek solo pertama bagi Björk selepas meninggalkan kumpulan The Sugarcubes, namun bukanlah album sulung yang sebenarnya, kerana Björk telah merakam dan melancarkan album studio pertamanya, Björk pada tahun 1977. Album ini telah diterbitkan oleh Nellee Hooper dan berjaya melonjakkan nama Björk di persada antarabangsa, di mana beliau telah berjaya mendapat pendengar-pendengar di luar Iceland serta peminat tersendiri di Amerika Syarikat, United Kingdom dan tempat-tempat lain.

Dari segi gaya, album ini terdiri daripada pelbagai gaya muzik. Antara bentuk muzik yang terdapat dalam album ini ialah pop tari berentak ("Violently Happy", "There's More To Life Than This" dan "Big Time Sensuality"), muzik zaman baru bercirikan tradisi ("Human Behaviour", "One Day", "Aeroplane" dan "The Anchor Song") serta lagu yang menggoda dan berlandaskan ritma ("Venus As A Boy" dan "Come To Me").

Debut merupakan sebuah kejayaan yang mengejutkan pada waktu album tersebut dilancarkan. Björk sendiri telah menyatakan kejayaan album ini bukanlah sesuatu disangka oleh beliau[2].

Saya amat terkejut dengan kejayaan album ini. Saya merasakan bahawa album tersebut lebih kurang bersifat 'bersendiri', sedikit 'berundur'.

Sebelum album ini dilancarkan, label rakaman Björk telah memberi amaran tentang pelancaran album kerana khuatir Debut tidak mendapat sambutan[3].

Syarikat rakaman saya telah memberi amaran kepada saya. Mereka rasa Debut adalah terlalu pelik yang album tersebut hanya akan terjual sebanyak satu pertiga daripada apa yang telah Sugarcubes jual.

Berikutan itu, Debut telah diperakukan Platinum oleh RIAA di Amerika Syarikat[4] dan dimasukkan ke dalam buku 1001 Albums You Must Hear Before You Die (1001 Album Anda Mesti Dengar Sebelum Mati).

Pada 1994, sebuah album remix bertajuk The Best Mixes From The Album-Debut For All The People Who Don't Buy White Labels telah dipasarkan. Album yang berupakan EP ini mengandungi 6 remix bagi 4 lagu yang terdapat dalam album Debut. 4 lagu tersebut ialah "Human Behaviour", "One Day", Come To Me" dan "The Anchor Song".

Pada tahun 1998, pembaca-pembaca Q Magazine telah mengundi Debut sebagai album terbaik ke-74 sepanjang masa. Album ini telah terjual sebanyak lebih 3 juta salinan di seluruh dunia. Menurut SoundScan, Debut telah terjual sebanyak kira-kira 921,000 salinan di Amerika Syarikat [5].

Pada 2002, Q Magazine telah menamakan Debut sebagai Album Kelima Terbaik Sepanjang Masa oleh Artis Wanita[6].

Senarai lagu[sunting | sunting sumber]

Keluaran piawai[sunting | sunting sumber]

  1. "Human Behaviour" - 4:10
  2. "Crying" - 4:52
  3. "Venus As A Boy" - 4:42
  4. "There's More to Life Than This" - 3:21*
  5. "Like Someone In Love" - 4:33
  6. "Big Time Sensuality" - 3:57
  7. "One Day" - 5:24
  8. "Aeroplane" - 3:54
  9. "Come To Me" - 4:55
  10. "Violently Happy" - 4:59
  11. "The Anchor Song" - 3:32

* Lagu "There's More To Life Than This" telah dirakam secara langsung di tandas The Milk Bar.

Keluaran Jepun[sunting | sunting sumber]

  1. "Human Behaviour" - 4:10
  2. "Crying" - 4:52
  3. "Venus As A Boy" - 4:42
  4. "There's More To Life Than This" - 3:21
  5. "Like Someone In Love" - 4:33
  6. "Big Time Sensuality" - 3:57
  7. "One Day" - 5:24
  8. "Aeroplane" - 3:54
  9. "Come To Me" - 4:55
  10. "Violently Happy" - 4:59
  11. "The Anchor Song" - 3:32
  12. "Atlantic" - 3:15
  13. "Play Dead" - 3:56

Keluaran Pelancaran Semula UK[sunting | sunting sumber]

  1. "Human Behaviour" - 4:10
  2. "Crying" - 4:52
  3. "Venus As A Boy" - 4:42
  4. "There's More To Life Than This" - 3:21
  5. "Like Someone In Love" - 4:33
  6. "Big Time Sensuality" - 3:57
  7. "One Day" - 5:24
  8. "Aeroplane" - 3:54
  9. "Come To Me" - 4:55
  10. "Violently Happy" - 4:59
  11. "The Anchor Song" - 3:32
  12. "Play Dead" - 3:56

Keluaran ini telah dipasarkan dengan sebuah lagu, "Play Dead", dimuatkan sebagai lagu bonus penutup. Lagu ini merupakan sebuah usaha sama antara Björk dengan David Arnold. "Play Dead" ditambah ke dalam senarai lagu Debut keluaran pelancaran semula UK sebaik sahaja lagu ini memasuki top 10 di dalam Carta Single UK.

Kejayaan dalam carta[sunting | sunting sumber]

Debut telah merangkul juara di carta album Billboard Top Heatseekers dan mencapai nombor 61 di Amerika Syarikat. Di Carta Single UK pula, lagu berjaya mencapai kedudukan ketiga.

Negara Kedudukan tertinggi Perakuan Jualan
Australia 10
Austria 27
Kanada Emas 50,000+
Perancis 25
Jerman 24
Ireland 10
Jepun 64
Norway 9
Sweden 2 Platinum 60,000+
Switzerland 18
UK 3 2x Platinum 600,000+
Amerika Syarikat 61 Platinum 1,000,000+

Kakitangan[sunting | sunting sumber]

  • Garry Hughes – alat kekunci, organ Hammond, pengaturcaraan
  • Oliver Lake – penggubah, pancaragam
  • Corky Hale – hap
  • Björk – penggubah, alat kekunci, penerbit
  • Gary Barnacle – pancaragam
  • Paul Corkett – kejuruteraan
  • Marius De Vries - alat kekunci, pengaturcaraan
  • Nellee Hooper – alat palu, dram, penerbit, kejuruteraan
  • Howie B – kejuruteraan
  • Luis Jardim – bes, alat palu, dram
  • Hugoth Nicolson – kejuruteraan
  • Brian Pugsley – kejuruteraan
  • Talvin Singh – pengarah, tabla
  • Bruce Willie Smith – alat palu, dram
  • Al Stone – kejuruteraan
  • Martin Virgo – alat kekunci, pengaturcaraan
  • Mark Warner – kejuruteraan bantuan
  • Paul Wertheimer – kejuruteraan
  • Goetz Botzenhardt – kejuruteraan bantuan
  • Jim Abbiss – kejuruteraan
  • Dave Burnham – kejuruteraan
  • Jean Baptiste Mondino – penggambaran
  • Pete Lewis – kejuruteraan bantuan
  • Paul Waller – alat kekunci, pengaturcaraan
  • Jon Mallison – gitar, kejuruteraan bantuan
  • Mike Marsh – pengarah muzik
  • Mike Mower – pancaragam
  • Tim Dickenson – kejuruteraan bantuan
  • Jhelisa Anderson – suara latar
  • Andy Bradford – kejuruteraan bantuan
  • Oggy – kejuruteraan bantuan
  • H. Shalleh – kejuruteraan

Debut Singles Box[sunting | sunting sumber]

Sebuah set kotak yang mengandungi single-single daripada album Debut telah dipasarkan pada September 1994[7].

Kandungan set kotak[sunting | sunting sumber]

  1. "Human Behaviour"
  2. "Human Behaviour" (Mix Close To Human)
  3. "Human Behaviour" (Mix Underworld)
  4. "Human Behaviour" (Mix Dom T)
  5. "Human Behaviour" (Suntingan Bassheads)
  1. "Venus As A Boy" (Suntingan)
  2. "Venus As A Boy" (Mix Mykaell Riley)
  3. "There's More To Life Than This" ("Nyah Tandas")
  4. "Violently Happy" (Mix Domestik)
  1. "Big Time Sensuality"
  2. "Siðasta Eg"
  3. "Glora"
  4. "Come To Me" (Mix Black Dog)
  • Cakera padat single UK 2 "Big Time Sensuality" (Nombor katalog: 132TP7CDL)[11]
  1. "Big Time Sensuality" (Minimix Fluke)
  2. "Big Time Sensuality" (Mix kelab Dom T Big Time)
  3. "Big Time Sensuality" (Justin Robertson Lionrock Wigout Vox)
  4. "Big Time Sensuality" (Mix radio Morales Def)
  5. "Big Time Sensuality" (Magimix Fluke)
  6. "Big Time Sensuality" (Justin Robertson Pranksters Joyride)
  7. "Big Time Sensuality" (Moulimix Fluke)
  1. "Violently Happy" (Suntingan 7-inci)
  2. "Anchor Song" (Akustik)
  3. "Come To Me" (Akustik)
  4. "Human Behaviour" (Akustik)
  • Cakera padat single UK 2 "Violently Happy" (Nombor katalog: 142TP7CDL) [13]
  1. "Violently Happy" (Fluke Even Tempered)
  2. "Violently Happy" (Mix panjang Massey)
  3. "Violently Happy" (12 inci Masters At Work)
  4. "Violently Happy" (12 inci dengan vokal Nellee Hooper)
  5. "Violently Happy" (Fluke Well Tempered)
  6. "Violently Happy" (Mix Laim Massey)
  7. "Violently Happy" (Dabing Vox)
  1. "Human Behaviour" (Mix Underworld)
  2. "One Day" (Mix Endorphin)
  3. "Come To Me" (Mix Black Dog)
  4. "Come To Me" (Sabres of Paradise)
  5. "Anchor Song" (Mix Black Dog)
  6. "One Day" (Mix Springs Eternal)

Senarai rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ hmv.com: albums: Debut (1993)
  2. ^ Kejayaan "Debut" tidak disangka-sangka
  3. ^ "Her label warning her"
  4. ^ [1]
  5. ^ "One Little Indian". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-05. Dicapai pada 2009-01-20.
  6. ^ http://www.rocklistmusic.co.uk/qlistspage2.html#Women
  7. ^ "Debut Singles Box". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-24. Dicapai pada 2009-01-21.
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-23. Dicapai pada 2009-01-21.
  9. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-06. Dicapai pada 2009-01-21.
  10. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-11. Dicapai pada 2009-01-21.
  11. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-11. Dicapai pada 2009-01-21.
  12. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-20. Dicapai pada 2009-01-23.
  13. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-20. Dicapai pada 2009-01-23.
  14. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-23. Dicapai pada 2009-01-23.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]