Decorate (album Yuna)
|
|
Rencana ini memerlukan rujukan tambahan untuk pengesahan. |
| Decorate | ||||
|---|---|---|---|---|
| Album studio oleh Yuna Zarai | ||||
| Dikeluarkan pada | Julai 23, 2010 | |||
| Genre | Pop | |||
| Masa | 43:00 | |||
| Label | Yuna Room Records | |||
| Penerbit | AG Coco, Nic Nac, Yuna Zarai | |||
| Ulasan profesional | ||||
|
|
||||
| Kronologi Yuna Zarai | ||||
|
||||
| Single dari album Decorate | ||||
|
||||
Decorate (Makna harfiah: "Menghiasi") merupakan album Yuna Zarai yang dikeluarkan pada tahun 2010. Album ini juga merupakan album studio pertama beliau. Majlis pelancaran album ini diadakan di KLPac pada 23 Julai 2010, yang mana beliau turut mengadakan showcase selama 2 hari pada 23 & 24 Julai 2010 bagi mempromosikan album ini.
Isi kandungan |
Promosi [sunting]
Yuna memulakan promosi album studio pertamanya ini dengan mengedarkan lagu Cinta Sempurna seawal tahun ini kepada stesen-stesen radio tempatan. Mulai dari situ, ia mula meraih populariti dan dengan perlahan mula menguasai carta-carta muzik radio. Cinta Sempurna adalah lanjutan daripada single Dan Sebenarnya yang dikeluarkan olehnya tahun lalu, yang mana menyaksikan Yuna diterima baik dalam industri muzik mainstream di Malaysia.
Tidak mahu hanya bergantung kepada muzik melankolik yang mulai sinonim dengan dirinya, Yuna kemudian memilih lagu Gadis Semasa sebagai single kedua. Secara khusus, Gadis Semasa merupakan single pertama dari album Decorate (lagu Cinta Sempurna sebelum ini turut didapati dalam EP terdahulu), yang mana mengukuhkan lagi penguasaan Yuna dalam arena muzik tempatan.
Selepas kejayaan Gadis Semasa menguasai carta-carta muzik tempatan, Yuna mengeluarkan single seterusnya berjudul Penakut, untuk membantu promosi album debutnya itu.
Dalam pada dirinya sibuk mempromosikan single terbarunya itu, Yuna juga turut mengedarkan lagu Decorate dan Rocket kepada stesen-stesen radio bahasa Inggeris tempatan bagi mempromosikan albumnya kepada pendengar dan peminat muzik inggeris tempatan.
Lagu Super Something digubah dan digunakan untuk satu iklan tuala wanita.
Semasa sidang media Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) pada 14 September 2011, Yuna menerima 3 pencalonan menerusi karyanya ini. Album Decorate disenaraipendek untuk kategori Kulit Album Terbaik. Manakala lagu Penakut dicalonkan dalam dua kategori utama iaitu Lagu Pop Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita). Yuna membawa pulang anugerah Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) yang mana malam penganugerahan itu juga turut menyaksikan Yuna diberi pengiktirafan Anugerah Kembara.
Decorate untuk pasaran Amerika Syarikat [sunting]
Setelah dilamar Fader Label, Yuna dan penerbitnya Rob Stone menerbitkan rakaman demo berbentuk EP dengan judul sama untuk pasaran Amerika Syarikat sementara menanti pelancaran album studio sulung Yuna bersama Fader. Single Someone Out of Town dikeluarkan dan sebelum itu lagu saduran daripada kumpulan Nirvana berjudul Come As You Are dikeluarkan sebagai non-album single. EP ini mengandungi 5 lagu yang sebahagiannya dimuatkan dalam album studio kedua Yuna untuk pasaran Malaysia.
Senarai Runut [sunting]
| No. | Tajuk | Masa |
|---|---|---|
| 1. | "Gadis Semasa" | 4:46 |
| 2. | "These Streets" | 3:54 |
| 3. | "Penakut" | 5:07 |
| 4. | "Fireworks" | 3:49 |
| 5. | "Rocket" | 3:54 |
| 6. | "Random Awesome" | 3:35 |
| 7. | "Permission" | 3:31 |
| 8. | "Cinta Sempurna" | 4:05 |
| 9. | "Decorate" | 1:42 |
| 10. | "Super Something" | 4:04 |
| 11. | "Dan Sebenarnya" (runut tersembunyi dalam runut Super Something) | 4:32 |
Versi EP Amerika Syarikat
| No. | Tajuk | Masa |
|---|---|---|
| 1. | "Decorate" | 1:42 |
| 2. | "Deeper Conversation" | 4:04 |
| 3. | "Someone Out of Town" | 4:32 |
| 4. | "Coffee" | 4:32 |
| 5. | "Fears and Frustrations" | 4:32 |
Anugerah [sunting]
| Tahun | Anugerah | Kategori | Karya Tercalon | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2010 | Anugerah Juara Lagu 25 | Terbuka | Cinta Sempurna | Dicalonkan |
| 2011 | Anugerah Industri Muzik | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) | Penakut | Menang |
| Lagu Pop Terbaik | Dicalonkan | |||
| Kulit Album Terbaik | Dicalonkan | |||
| Anugerah Juara Lagu 26 | Terbuka | Gadis Semasa | Dicalonkan | |
| Penakut | Dicalonkan |
Rujukan [sunting]
- ↑ (Korea) 네이버 뮤직 - Decorate