Dedryck Boyata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dedryck Boyata
Maklumat peribadi
Nama penuh Anga Dedryck Boyata[1]
Tarikh lahir (1990-11-28) 28 November 1990 (umur 33)
Tempat lahir Uccle, Belgium
Ketinggian 1.88 m (6 ka 2 in)
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Hertha BSC
Nombor 20
Kerjaya remaja
2003–2006 Brussels
2006–2009 Manchester City
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2009–2015 Manchester City 13 (0)
2011–2012Bolton Wanderers (pinjam) 14 (1)
2012–2013Twente (pinjam) 5 (0)
2015–2019 Celtic 90 (12)
2019– Hertha BSC 47 (5)
Pasukan kebangsaan
2008–2009 Belgium B19 12 (2)
2010–2012 Belgium B21 11 (0)
2010– Belgium 23 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22 Mei 2021
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 3 Jun 2021

Anga Dedryck Boyata (Sebutan bahasa Perancis: [ɑ̃ɡa dɛdʁik bwajata]; lahir 28 November 1990), dikenali sebagai Dedryck Boyata, merupakan seorang pemain bola sepak profesional Belgium yang bermain sebagai pertahanan untuk kelab Jerman, Hertha Berlin dan pasukan kebangsaan Belgium.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Manchester City[sunting | sunting sumber]

Dia membuat penampilan sulung dalam pasukan utama ketika menentang Middlesbrough dalam Piala FA pada bulan Januari 2010 dan membantu pasukannya menang 1–0.[2] Dia membuat penampilan sulung liga sebagai pemain gantian ketika menentang Blackburn Rovers menggantikan Martin Petrov pada minit ke-86.[3] Dia bermain dalam kesebelasan utama ketika menentang Hull City pada 6 Februari 2010.

Pada awal musim 2010/11, dia menjaringkan gol dalam perlawanan play-off Liga Europa ketika menentang FC Timişoara pada 26 Ogos 2010, gol pertamanya untuk kelab. Prestasinya terus meningkat dan dia dipilih dalam kesebelasan utama untuk menentang Chelsea. Boyata membantu City menang 1–0.[4] Dia dibuang padang ketika kekalahan 3–0 kepada Arsenal.[5]

Boyata membuat penampilan pertama untuk Manchester City dalam tempoh dua tahun ketika perlawanan pusingan ketiga Piala Liga menentang Wigan Athletic pada September 24, 2013.[6] Pada 28 Mei 2014, Boyata melanjutkan kontrak bersama Manchester City, yang akan mengekalkannya bersama kelab itu sehingga tahun 2016.[7]

Bolton Wanderers (pinjam)[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Ogos 2011, Boyata menyertai Bolton Wanderers secara pinjaman semusim.[8] Dia membuat penampilan pertama pada 10 September ketika kekalahan Bolton 5–0 kepada Manchester United dan pada 2 Oktober, dia menjaringkan gol pertamanya untuk Bolton ketika menentang Chelsea. Boyata mengalamai kecederaan buku lali ketika kekalahan 2-0 kepada Sunderland pada 22 Oktober. Dia kembali ke kesebelasan utama Bolton ketika perlawanan menentang Tottenham Hotspur pada 3 Disember.

FC Twente (pinjam)[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Ogos 2012, Boyata meninggalkan Manchester City untuk menyertai FC Twente secara pinjaman jangka pendek.[9] Dedryck membuat 8 penampilan untuk FC Twente sebelum kembali ke Manchester City pada 8 Januari 2013.[10]

Celtic[sunting | sunting sumber]

Boyata diikat juara Scotland, Celtic dengan bayaran 1.5 juta paun sterling dan beliau menandatangani kontrak empat tahun.[11]

Beliau membuat debut untuk Celtic pada perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara menentang Stjarnan dan menjaringkan gol pembukaan, Celtic menang 2-0.[12] Beliau menanduk masuk hantaran Kris Commons pada lewat perlawanan ketika menentang Qarabağ FK dua minggu kemudian pada pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara. Boyata dikritik oleh kerana aksinya yang hambar, terutama ketika melakukan faul dan memberikan peluang pasukan Aberdeen untuk menang 2-1.

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Dia membuat penampilan sulungnya ketika menentang Austria, masuk menggantikan Toby Alderweireld.[13]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Boyata berasal dari Uccle, Brussels[14] Ayahnya, Bienvenu Mandungu Boyata merupakan bekas pemain bola sepak Congo, yang bermain pada tahun 1990an di Belgium untuk Union Saint-Gilloise dan Stade Leuven.[15]

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Sehingga 24 Julai 2014)[16]
Prestasi kelab Liga Piala Piala Liga Eropah Jumlah
Musim Kelab Liga Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
2009–10 Manchester City Liga Perdana Inggeris 3 0 2 0 2 0 0 0 7 0
2010–11 7 0 2 0 3 0 5 1 17 1
2013–14 1 0 1 0 2 0 0 0 4 0
2011–12 Bolton Wanderers (pinjam) 14 1 3 0 0 0 - - 17 1
2012–13 FC Twente (pinjam) Eredivisie 5 0 0 0 0 0 3 0 8 0
Jumlah keseluruhan 30 1 8 0 7 0 8 1 53 2

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Manchester City

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Premier League Clubs submit Squad Lists" (PDF). Premier League. 4 February 2014. m/s. 20. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-03-16. Dicapai pada 11 February 2014.
  2. ^ "Jonge Belg Dedryck Boyata voor het eerst in basis Manchester City". Gazet Van Antwerpen (dalam bahasa Dutch). Concentra Media. 2 January 2010. Dicapai pada 2 January 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ Man City 4 – 1 Blackburn
  4. ^ "City 1-0 Chelsea". mcfc.co.uk. 25 September 2010. Dicapai pada 26 September 2010.
  5. ^ "Man City 0-3 Arsenal". BBC News. 24 October 2010.
  6. ^ http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/24122130
  7. ^ "Boyata signs new deal". Manchester City F.C. 28 May 2014. Dicapai pada 28 May 2014. line feed character in |title= at position 13 (bantuan)
  8. ^ "Boyata loaned to Bolton for rest of the season". Manchester City FC. Dicapai pada 26 August 2011.
  9. ^ "Boyata completes FC Twente loan switch". Manchester City FC. Dicapai pada 12 April 2014.
  10. ^ "Manchester City recall Dedryck Boyata from loan spell at FC Twente". The Guardian. 8 January 2013.
  11. ^ "Dedryck Boyata: Celtic sign Manchester City defender". BBC Sport. 2 June 2015. Dicapai pada 2 June 2015.
  12. ^ "Celtic 2 – 0 Stjarnan". BBC Sport. 15 July 2015. Dicapai pada 15 July 2015.
  13. ^ http://www.belgianfootball.be/en/all-red-devils
  14. ^ "Dedryk Boyata, la surprise belge de Roberto Mancini à Manchester City" (dalam bahasa French). actu24. 2 January 2010. Dicapai pada 3 January 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ "Dedryck Boyata, l'option back droit de Georges Leekens?". Sport Foot Magazine. Dicapai pada 26 January 2010.
  16. ^ http://uk.soccerway.com/players/dedryk-boyata/111111/
  17. ^ http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/13346941

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Skuad Hertha BSC