Delta Blues

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Delta blues dinamakan sempena Delta Mississippi, Amerika Syarikat.

Delta blues atau blues Delta ialah satu daripada gaya muzik blues terawal. Gaya ini berasal dari Delta Mississippi, satu wilayah Amerika Syarikat yang dibatasi oleh negeri Tennessee di utara hingga ke negeri Mississippi di selatan, negeri Arkansas di sebelah barat dan Sungai Yazoo di sebelah timur. Delta Mississippi masyhur kerana kesuburan tanahnya dan juga kerana tahap kemiskinan. Alat muzik yang sering digunakan ialah gitar, harmonika dan gitar cigar box (gitar kotak cerut). Gitar slaid (atau steel guitar) merupakan penanda gaya ini. Gaya nyanyian pula merangkumi gaya introspektif dan penuh perasaan hingga ke gaya penuh semangat dan berkobar-kobar. Blues Delta juga dianggap sebagai satu daripada variasi kewilayahan country blues.

Gaya[sunting | sunting sumber]

Para pengkaji tidak sepakat sama ada dari segi muzikologi, terdapat perbezaan besar antara blues yang berasal di wilayah ini dengan blues yang berasal dari wilayah lain. Ciri utama blues Delta ialah alat muzik dan penekanan kepada rentak dan "slaid"; bentuk asas harmoniknya tidak banyak perbezaan daripada blues lain.

"Blues Delta" juga merujuk kepada satu gaya selain daripada merujuk kepada tempat: Skip James dan Elmore James, yang bukan kelahiran Delta, dianggap pemuzik blues Delta. Pemain muzik blues Delta mengembara di setiap pelusuk Delta Mississippi, Arkansas, Louisiana, Texas, dan Tennessee di selatan Amerika Syarikat. Kesudahannya blues Delta tersebar di seluruh negara itu dan menimbulkan beberapa variasi wilayah, termasuk Chicago dan Detroit blues.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Blues