Demam Rift Valley
| Demam Rift Valley | |
|---|---|
| Pengelasan dan sumber luaran | |
Mikrograf TEM yang memaparkan keadaan tisu tubuh yang dijangkiti virus Demam Rift Valley |
|
| ICD-10 | A92.4 |
| ICD-9 | 066.3 |
| MeSH | D012295 |
| Virus Demam Rift Valley | |
|---|---|
| Pengelasan virus | |
| Kumpulan: | Group V ((-)ssRNA) |
| Keluarga: | Bunyaviridae |
| Genus: | Phlebovirus |
| Spesies: | Virus Demam Rift Valley |
Demam Rift Valley (RVF) adalah sejenis demam yang berlaku akibat serangan virus zoonosis keatas haiwan ternakan, jangkitan dari virus ini pula akhirnya mampu menyerang manusia dengan menunjukkan simpton awal jangkitan iaitu demam. Cara jangkitan dikenal pasti akibat dari gigitan vektor seperti nyamuk, biasanya dari spesies Aedes atau Culex. Penyakit ini terjadi akibat serangan RVF virus, yang tergolong dalam genus Phlebovirus (famili Bunyaviridae). Sejarah epidemiologi penyakit ini dilaporkan bermula dari kalangan haiwan ternakan di Kenya sekitar tahun 1915, tetapi virus tidak diasingkan sehinggalah tahun 1931. Sejak dari itu, wabak RVF telah melangkaui sempadan sub-Sahara Afrika, dengan wabak yang terjadi tidaklah secara berterusan (tetapi kadang-kal dilihat sangat membahayakan seperti yang berlaku di Mesir pada tahun 1977-78, jutaan orang telah direkodkan dijangkiti virus ini dan ribuan nyawa telah mati akibat jangkitan teruk. Di Kenya pada tahun 1998, serangan virus telah meragut hampir 400 nyawa. Pada September 2000 buat pertama kalinya dilaporkan wabak ini telah menular sehingga ke benua Asia bermula dari wilayah timur tengah iaitu di Arab Saudi dan Yemen).