Demografi Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Penduduk Indonesia seramai 245 juta menjadikannya negara keempat paling banyak penduduk di dunia. Pulau Jawa pula merupakan antara tempat yang mempunyai kepadatan tertinggi, dengan 114 juta orang tinggal di situ.

Indonesia mempunyai pelbagai kumpulan budaya dan bahasa yang berbeza walaupun dari rumpun yang sama, kebanyakannya dari bangsa Melayu dan beragama Islam. Sejak merdeka, Indonesia menggunakan bahasa Indonesia, sejenis dialek daripada bahasa Melayu Riau sebagai bahasa rasmi, dan digunakan dalam komunikasi bertulis, pendidikan, pemerintahan dan perniagaan. Banyak bahasa atau dialek lain merupakan bahasa percakapan atau bahasa ibunda sebahagian penduduk di sini.