Demografi Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jumlah penduduk di Jepun kini dianggarkan sebanyak 129 juta. Jepun telah mengalami tumbuhan kadar penduduk yang tinggi disebabkan perubahan saintifik, industrial dan sosiologi yang dilalui negara itu sejak 100 tahun yang lalu. Namun arus pemodenan kini membawa bersama masalah kadar kelahiran yang merosot. Jangkahayat penduduk Jepun adalah lama disebabkan taraf kebersihan dan kesihatan yang tinggi, melebihi jangkahayat penduduk Amerika Syarikat.

Jepun merupakan sebuah masyarakat bandar dengan hanya 7% penduduknya yang giat dalam bidang pertanian. Ramai petani menokok gaji mereka dengan bekerja sambilan di pekan dan di bandar. Lebih kurang 80 juta penduduk bandar mendiami kawasan Honshu, dan di sebelah utara Kyushu.

Pecahan bilangan penduduk di beberapa bandar di Jepun: Tokyo lebih kurang 14 juta; Yokohama 3.3 juta; Osaka 2.6 juta; Nagoya 2.1 juta; Kyoto 1.5 juta; Sapporo 1.6 juta; Kobe 1.4 juta; dan Kitakyushu, Kawasaki, dan Fukuoka 1.2 juta setiap satu.

Jepun mengalami masalah yang dilalui oleh negara-negara bandar dan industrial yang lain seperti, kawasan bandar yang penuh dengan manusia, lebuhraya yang sesak dan pencemaran udara.


Penduduk[sunting | sunting sumber]

Population of Japan since 1872.svg

127,214,499 (ang. Julai 2003). 78.7% tinggal di kawasan bandar (Julai 2000).
Kepadatan penduduk: 329.5 orang setiap kilometer per segi untuk tanah keseluruhan; 1,523 orang setiap kilometer per segi untuk tanah yang boleh didiami.

Kadar penumbuhan penduduk[sunting | sunting sumber]

0.11% (ang. 2003)
0.18% (ang. 2000)

Kadar kelahiran[sunting | sunting sumber]

9.61 kelahiran/1,000 penduduk (ang. 2003)
9.96 kelahiran/1,000 penduduk (ang. 2000)

Kadar kematian[sunting | sunting sumber]

8.55 kematian/1,000 penduduk (ang. 2003)
8.15 kematian/1,000 penduduk (ang. 2000)

Struktur umur[sunting | sunting sumber]

0-14 tahun: 14.4% (lelaki 9,368,132; perempuan 8,906,024)
15-64 tahun: 67% (lelaki 42,852,204; perempuan 42,368,109)
65 tahun ke atas: 18.6% (lelaki; perempuan 13,774,392) (ang. 2003)

Nisbah jantina[sunting | sunting sumber]

pada kelahiran: 1.05 lelaki/perempuan
bawah 15 tahun: 1.05 lelaki/perempuan
15-64 tahun: 1.01 lelaki/perempuan
65 tahun ke atas: 0.72 lelaki/perempuan
keseluruhan penduduk: 0.96 lelaki/perempuan (ang. 2003)

Kadar kematian bayi[sunting | sunting sumber]

jumlah: 3.3 kematian/1,000 kelahiran
perempuan: 3.02 kematian/1,000 kelahiran (ang. 2003)
lelaki: 3.56 kematian/1,000 kelahiran

Jangkahayat[sunting | sunting sumber]

keseluruhan penduduk: 80.93 tahun
lelaki: 77.63 tahun
perempuan: 84.41 tahun (ang. 2003)

Kadar kesuburan[sunting | sunting sumber]

1.38 anak/wanita (ang. 2003)
1.41 anak/wanita (ang. 2000)

Status rumahtangga[sunting | sunting sumber]

15 tahun ke atas: Lelaki berkahwin 61.8%, Wanita berkahwin 58.2%. Bujang 31.8%, Dara 23.7%.
25 - 29: Bujang 69.3%, Dara 54.0%.
30 - 34: Bujang 42.9%, Dara 26.6% (Julai 2000).

HIV/AIDS[sunting | sunting sumber]

HIV/AIDS - kadar kelaziman untuk orang dewasa:
kurang daripada 0.1% (ang. 2001)

HIV/AIDS - bilangan mereka yang menghidapi HIV/AIDS:
12,000 (ang. 2001)

HIV/AIDS - kematian:
430 (ang. 2001)

Kumpulan etnik[sunting | sunting sumber]

99.4% adalah Jepun dan 0.6% adalah kaum minoriti Korea dan Cina. Ainu, Ryukyu dan buraku min merupakan kaum minoriti asli di Jepun. Orang Jepun sering dianggap sebagai kumpulan etnik yang homogen (sama jenis) namun kajian yang baru dijalankan menunjukkan bahawa kaum Jepun merupakan campuran beberapa bangsa. Mereka memiliki darah Cina, Korea, Melayu dan proto-caucasoid, dan ini menjelaskan kepelbagaian struktur muka yang terdapat di kalangan orang Jepun.

Rakyat asing:
Lebih daripada 2.5 juta (kemungkinan lebih tinggi disebabkan kehadiran pendatang tanpa izin) rakyat asing menetap di Jepun. Angka tersebut telah meningkat sebanyak 14.9% sejak lima tahun yang lalu. Daripada angka tersebut, Rakyat Korea (Utara dan Selatan) meliputi angka terbesar dengan 1 juta, diikuti Cina dengan 0.5 juta, Filipina dengan 0.5 juta, dan Brazil dengan 250,000. Terdapat juga rakyat Peru, Amerika utara, British, Indonesia, Thai, Afrika dan rakyat negara lain yang menetap di Jepun.

Bahasa dan agama[sunting | sunting sumber]

Bahasa:
Jepun. Penekanan kepada Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Agama:
Mengikut daftar kelahiran, 90% adalah beragama Shinto atau Buddhisme.[1]

Kadar literasi[sunting | sunting sumber]

definisi: umur 15 ke atas boleh membaca dan menulis
penduduk: 99% (ang. 1999)
lelaki: NA%
wanita: NA%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Scheid, Bernhard. "Religion in Japan". Hauptseite (dalam bahasa German). University of Vienna. 
  • Rencana ini meggabungkan teks domain awam dari Library of Congress Country Studies - Japan [1]