Demografi Mexico

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kanak-kanak sekolah Mexico di Monterrey

Dengan jumlah penduduk 103,263,388 pada 2005, Mexico merupakan negara berbahasa Sepanyol paling ramai penduduk di dunia.

Pakar bahasa telah mengenal pasti dua belas bahasa Mexico yang utama, lebih empat puluh kumpulan bahasa yang kecil, dan lebih sembilan puluh bahasa individu. Hampir 23 peratus orang aslinya bertutur dalam bahasa Náhuatl, iaitu bahasa kaum Aztek yang ditutur di limabelas negeri di sini. Disamping itu, bahasa orang asli yang lain termasuklah bahasa Maya (ditutur oleh 14 peratus kaum Indian dan digunakan dari tenggara Semenanjung Yucatan ke Chiapas); Zapotec (ditutur oleh 7 peratus kaum Indian dan digunakan secara meluas di timur bahagian Oaxaca); Mixtec (juga ditutur oleh 7 peratus kaum Indian dan merupakan bahasa utama di Oaxaca dan Guerrero); Otomí (ditutur oleh 5 peratus kaum Indian dan digunakan di Mexico tengah, terutamanya di negeri México, Hidalgo, dan Querétaro); Tzeltal (ditutur oleh hampir 5 peratus kaum Indian dan digunakan di Chiapas); dan Tzotzil (ditutur oleh hampir 4 peratus kaum Indian dan juga digunakan di Chiapas). Oaxaca merupakan negeri yang mempunyai kepelbagaian bahasa yang paling banyak, dengan duabelas bahasa Indian yang berlainan dituturkan di sini.