Demonstrasi kepala lembu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Demonstrasi kepala lembu adalah suatu demostrasi telah diadakan di depan pintu pagar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Shah Alam, Selangor pada hari Jumaat, 28 Ogos 2009 selepas sembahyang Jumaat dengan menggunakan kepala lembu sebagai lambang protes. Daripada ribuan jemaah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kira-kira 200 jemaah lelaki telah berjalan kaki sejauh 2 km, berarak ke bangunan SUK Shah Alam iaitu ibu pejabat Menteri Besar Selangor Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim dan Rodziah Ismail.

Salah seorang daripada mereka membawa kepala lembu yang masih berdarah dan dipijak-pijak sebagai tanda protes terhadap kerajaan campuran Pakatan Rakyat yang seolah-olah 'lembu dicucuk hidung'. Dalam laman web sebelumnya ,memang ada cadangan membawa kepala lembu. Kepala lembu itu mulanya tersangkut di pagar masjid Shah Alam . Lembu dan babi pernah mencetuskan peristiwa 'Black hole Culcutta' di India.

Bantahan penduduk S19 dan S23[sunting | sunting sumber]

Penduduk berugama Islam di Seksyen 23, Shah Alam tertanya-tanya dan tidak setuju kuil [Hindu]] dibina berhampiran kawasan perumahan mereka. Kuil baru itu sebenarnya adalah kuil Hindu dari Seksyen 19 yang akan dipindahkan ke Seksyen 23. Lokasi baru ini berhampiran dengan taman permainan dan 300 meter dari rumah penduduk . Penduduk Seksyen 23 mahu kuil S19 dipindahkan sahaja ke S22 iaitu di kawasan industri, bukan di S23. Lagipun penganut Hindu S19,S22 dan S23 sekitar 20 % sahaja. Rumah YB Rodziah Ismail selaku Adun Batu Tiga dikatakan di SS19. Penduduk S23 tidak diajak berbincang walaupun pejabat Adun terdapat di situ.

Penduduk Melayu di Taman Ixora S23 diminta bertolak ansur dalam kehidupan masyarakat majmuk. Penduduk Melayu tentu akan sama tersinggung jika penduduk Klang yang ramai India membantah pembinaan masjid dan surau. Selama ini orang Melayu tidak pernah membantah kuil-kuil yang dibina di kawasan ladang atau di kawasan majoriti India kerana mereka berjauhan. Banyak juga masjid dan surau di Malaysia yang bersebelahan dengan kuil dan gereja seperti di Teluk Intan dan di Singapura .

Memorandum bantahan telah diserahkan kepada Rodziah Ismail menerusi pegawai khasnya, Naim Yusri pada 14 Ogos 2009.Pengerusi Badan Bertindak Pembantahan Pembinaan Kuil itu Ahmad Mahyuddin Abdul Manaf mendakwa kuil S23 di atas tanah perindustrian milik PKNS tidak sesuai kerana ia terletak 160 meter dari kawasan penempatan yang 70 % penduduknya beragama Islam selain berdekatan dengan Surau Al-Jannah Taman Ixora S23. [1][2]

Kuil di S19 dipindahkan kerana berada di depan rumah orang (8 meter) sahaja. Kesesakan berlaku apabila pihak pihak kuil mengadakan upacara .

Minit mesyuarat ditandatangani oleh Rodziah Ismail dan Khalid Abdul Samad bertarikh 7 Mei 2009 meluluskan cadangan itu setelah berunding dengan pengguna kuil S19 tetapi tidak berunding dengan penduduk S23. Pemindahan kuil itu bersyarat iaitu :

  • Seluruh lot tanah kuil diwartakan sebagai milik kuil dan setengah ekar (0.2 hektar) untuk kuil manakala bakinya kawasan lapang atau tempat letak kereta.
  • Kuil sedia ada di Seksyen 19 masih boleh beroperasi sehingga hujung tahun 2010 atau sehingga kuil baru di Seksyen 23 siap sepenuhnya.[3]

Lokasi alternatif[sunting | sunting sumber]

Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menyatakan kerajaan negeri Selangor terdahulu telah menyediakan tapak seluas 0.92 hektar itu yang dapat menampung pembinaan tujuh rumah ibadat. Tapak di S18 dan S22 itu lengkap dengan jalan raya dan lampu jalan dengan kos sebanyak RM600,000.

Mulanya tuan punya kuil S19 berjanji mematuhi tawaran kerajaan negeri Selangor dengan menyiapkan kemudahan infrastruktur tetapi sebaik siap pada 2007 mereka enggan berpindah . Begitu juga dengan tapak di Seksyen 22. S22 tidak jauh dari S23 iaitu kira-kira 3 km sahaja, jauh dari kawasan perumahan dan aktiviti keagamaan boleh dilakukan 24 jam tanpa sebarang gangguan. Malangnya tapak S22 ini terletak di zon perindustrian berat dan tidak ada rumah penganut Hindu di situ. [4]

Kerajaan negeri BN juga menawarkan sebidang tanah lagi di Seksyen 22 dengan bayaran premium tanah serendah RM1 setahun. Namun BN kalah dalam PRU12.[5] Pada 4 September 2009 , Mohd Khir Toyo bersama Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin dan bekas Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Salamon Selamat melawat lokasi cadangan di Persiaran Seri Muda S18.

Polis lambat bertindak[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Oktober 2009, Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abd Samad, Anggota Parlimen Klang Charles Santiago, Adun Pandamaran Ronnie Liu dan Adun Seri Andalas Dr A. Xavier Jayakumar berunding dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Nor Azam Jamaluddin . Laporan polis dibuat oleh Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S. Aruthchelvan; pegawai khas kepada Dr Jayakumar, Abdul Razak Ismail; dan enam anggota pihak berkuasa tempatan Selangor.

Perhimpunan haram kepala lembu itu disiasat mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis dan Akta Hasutan. Mana-mana penduduk berhak membuat bantahan selagi tiada kacau ganggu berlaku.

Video demonstrasi[sunting | sunting sumber]

Pada 4 September 2009, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta laman web Malaysiakini membuang klip video demonstrasi pijak kepala lembu itu kerana penganut Hindu tersinggung. Setakat ini 52 laporan polis telah dibuat. Surat Pemangku pengarah kanan bahagian pemantauan dan penguatkuasa SKMM, Abdul Halim Ahmad pada 3 September 2009 menyatakan Seksyen 211/233 AKta Komunikasi dan Multimedia 1988 boleh mendakwa Malaysiakini jika masih engkar.

Kesalahan kandungan tidak senonoh, lucah, palsu, ugutan, atau ofensif, dengan niat untuk menimbulkan kemarahan, menyalahguna, mengugut dan mengganggu mana-mana pihak, boleh didenda sehingga RM50,000 atau dijatuhkan hukuman penjara.[6]

Bantahan Hindu Sanggam[sunting | sunting sumber]

Penasihat Malaysia Hindu Sangam, Datuk A Vaithilingam langsung tidak dapat menerima penghinaan ini. Lembu adalah binatang suci dalam agama Hindu dan tidak wajar diarak dan dipijak-pijak . Pada 4 September 2009, wakil Hindu Sanggam bertemu dengan exco Selangor Dr Xavier Jayakumar dan Setiuasaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad di Shah Alam. Dalam agama [I[slam]] sendiri , perbuatan tersebut tidak dapat diterima kerana ia merupakan makhluk Allah, rezeki dan boleh saja diberi kepada fakir miskin pada bulan Ramadan ini.

Kumpulan Hindu Sevai Sangam telah berbincang dengan penduduk di S19 tentang kuil yang hanya berjarak 8 meter (selebar jalan raya). Hindu Sevai Sangam adalah satu daripada ratusan persatuan Hindu dan ribuan kuil yang berdaftar di bawah Malaysia Hindu Sanggam. [7]

Perbincangan Khalid dengan penduduk kecoh[sunting | sunting sumber]

Pada 5 September 2009, perbincangan Khalid Ibrahim dengan penduduk S19 dan S23 kecoh , tidak dapat berjalan lancar. Perbincangan itu diadakan di Bangunan SUk Shah Alam. Seorang wakil dari setiap rumah di S23 dibenarkan hadir. Mereka yang hadir terdiri dari pemuda Melayu, India dan Cina. Umumnya mereka cukup emosional dan enggan menerima penjelasan daripada Khalid Samad dan Rodziah Ismail. akhirnya Khalid Ibrahim membuat keputusan menangguhkan pemindahan kuil S19.[8]

Virgil Lilin di Dataran Merdeka[sunting | sunting sumber]

Beberapa laman web mencadangkan diadakan Virgil Lilin di Dataran Merdeka pada hari Sabtu , 5 September 2009.Pemimpin Hindraf yang lari ke England, P Waythamoorthy dan Pakatan Rakyat menuduh UMNO mendalangi perarakan kepala lembu. Laman web Malaysia Today, Malaysia Insider dan Anwar Ibrahim sendiri mendakwa pemimpin UMNO yang bertanggungjawab.

Pada 5 September 2009, jam 7.45 malam polis menahan 16 pemimpin India dipercayai dari Hindraf kerana perhimpunan haram dari Masjid Jamek, Jalan Tun Perak, menghala ke Dataran Merdeka. Kira-kira 100 orang berarak dengan membawa lilin kuning dan bunga ros merah dan putih bagi menuntut kebebasan beragama di Malaysia. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman menyatakan mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. [9][10] Antara yang ditahan ialah P Uthayakumar, S Jayathas dan tunang Uthayakumar - S Indradevi, Shanti Waytha Moorthy dan Waytha Nayagi .[11]

Perbicaraan[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Disember 2009, Mahkamah Sesyen Shah Alam menetapkan perbicaraan 5 hari pada 12 April 2009 di hadapan Hakim M Gunalan.

Demonstrasi kepala lembu di Bangunan SUK Shah Alam

12 orang tertuduh iaitu :

  1. Ibrahim Sabri (43) dan Ahmad Mahayuddin Abdul Manaf (36) didakwa memijak kepala lembu.Ahmad Mahayuddin dan Ibrahim merupakan pengerusi dan timbalan pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Seksyen 23 Shah Alam.
  2. Eyzva Ezhar Ramly (31) didakwa membawa kepala lembu
  3. Mohd Azmir Mohd Zain (35), Ahmad Suhairy Zakaria (30) dan Mohd Hilmi Ni (40) didakwa membawa dan memijak kepala lembu.
  4. Jainudin @ Zainudin Md Yusuff (67); Mohd Jurit Ramli (39); Mohammad Nordin Zakaria (63) ; Jamil Mohamad Isa (40); Rahimuddin Md Harun (39), dan Azhari Shaari (39).

Pendakwaan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tuduhan pilihan ialah melukakan perasaan penganut beragama Hindu dengan melakukan kesalahan terbabit di tempat dan pada masa yang sama mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya.Tuduhan lain ialah menyertai perhimpunan haram, mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967. Jika bersalah mereka didenda maksimum RM10,000 dan penjara sehingga setahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani dan Harris Ong Mohd Jeffery Ong .Peguam Hashim Ibrahim mewakili 12 orang tertuduh.[12]

Pada 27 Julai 2010, Mahkamah Sesyen Shah Alam yang diwakili oleh Hakim Hasbi Hasan menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau dipenjara selama sebulan jika gagal membayar denda itu kepada semua 12 lelaki yang dituduh terlibat dalam perhimpunan haram sambil membawa kepala lembu. Hakim Hasbi Hasan memutuskan perkara itu selepas kesemua 12 tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu menyertai perhimpunan haram di depan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kira-kira jam 2.25 petang, 28 Ogos tahun lalu. Ketika membuat rayuan, pihak pembelaan - diketuai peguam Afifuddin Ahmad Hafifi dan Ahmad Bakhtiar bin Hamdan- meminta kesemua anak guamnnya diberikan hukuman hanya didenda ringan memandangkan kesemua mereka telah mengaku salah dan insaf ataas perbuatan masing-masing.

Sejurus selepas mahkamah selesai bersidang tengah hari berkenaan, kelihatan kesemua pesalah berpelukan kegembiraan kerana terlepas daripada hukuman penjara.[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]