Demonstrasi mahasiswa turun bendera 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Demonstrasi mahasiswa turun bendera 2011 diadakan pada hari Sabtu, 17 Disember 2011 .Seramai 300 [1] mahasiswa IPTA dan IPTS Malaysia berarak dari Masjid Jamek Kuala Lumpur ke perkarangan ibu pejabat UMNO di PWTC. Mereka menyerahkan memorandum membantah AUKU kepada Datuk Saifudin Abdullah selaku Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Saifudin Abdullah turut memberi ucapan menyokong meminda AUKU.[2]

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razak dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) menyerahkan memorandum bantahan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di PWTC kerana di situlah pejabat Presiden UMNO , Datuk Seri Najib Tun Razak. Mereka menuntut agar PM memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) secara total dan kembalikan autonomi kepada universiti. Mereka turut menuntut memansuhkan sepenuhnya AUKU, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555).Jika Parlimen dibubarkan tetapi kerajaan masih tidak memansuhkan AUKU, mahasiswa akan memastikan Barisan Nasional (BN) tumbang dalam pilihan raya umum ke-13.

Bendera Najib telah diturunkan selama 5 minit dinaikkan bendera SMM dan BEBAS. Setelah ditegur, bendera Najib dinaikkan semula.Bendera lima Perdana Menteri lain yang diletak sebaris tidak dikacau ganggu. Antara mahasiswa yang terlibat ialah mahasiswa UPSI , Adam Adli Abdul Halim.[3] Tindakan menurunkan gambar Najib selaku presiden Umno adalah simbolik kepada hilang percaya anak muda ke atasnya selaku ketua kerajaan.[4]

Reaksi dan demonstrasi balas[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Disember 2011, Ketua penerangan pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Armand Azha kesal dengan insiden menurunksn bendera PM dan membuat ancaman ke atas penyelaras Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli .Ancaman panglima perang akan 'meludah dan menampar mahasiswa' termuatn dalam video yang dimuatkan di laman Youtube. Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2011, Timbalan Presiden UMNO mewar-warkan Pemuda UMNO, Wanita UMNO, Putera UMNO dan Puteri UMNO sebagai panglima UMNO. Armand adalah bekas ketua pemuda PERKASA dan pernah mengancam artis Namewee atas klip video kontroversi 'Negarakuku.' [5] [6]

Naib Canselor UPSI, Datuk Dr. Zakaria Kasa mengakui Adam Adli Abdul Halim, 22, mengikuti pengajian kursus Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).Beberapa NGO dan wakil politik BN menggesa Adam Adli disingkirkan .[7]

Pada 21 Disember 2011, Kementerian Pengajian Tinggi kesal dengan tindakan mahasiswa menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak . Menteri berkenaan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menganggap insiden itu biadap dan tidak menghormati Perdana Menteri.

Pada 21 Disember 2011 , Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Asipirasi Malaysia (ASPIRASI) dan disokong badan-badan bukan kerajaan (NGO) telah mengadakan demo balas dan menyerahkan Memorandum Himpunan Aman Sokong PM kepada KPT. KPT jangan berkompromi terhadap mahasiswa yang mencemarkan imej Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sekaligus menggugat hasrat kementerian untuk melahirkan modal insan yang berkualiti. Mereka membawa kain rentang bertulis "We Love Prime Minister".Presiden ASPIRASI, Mohd Shahar Abdullah menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Khairi A Malik. Memorandum kepada Saifuddin Abdullah diserahkan melalui Setiausaha Sulit , Mohd Nazri Noh. [8][9] Malahan mereka mendesak agar Saifudin Abdullah berundur kerana dilihat 'terlalu mesra' dengan pelajar pro-mahasiswa dan 'melacurkan demokrasi kampus'.


Rujukan[sunting | sunting sumber]