Denel AH-2 Rooivalk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
AH-2 Rooivalk
Helikopter Rooivalk diterbangkan semasa Pertunjukan Udara Ysterplaat pada 2006.
Peranan Helikopter penyerang
Pengeluar Denel Aerospace Systems
Penerbangan sulung 1990
Diperkenalkan 1999
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara Afrika Selatan
Jumlah dibina 12 buah
Kos seunit AS$ 40 juta (anggaran)[1]
Dibangunkan dari Aerospatiale Puma

Denel AH-2 Rooivalk (dahulunya didesignasikan sebagai CSH-2) merupakan sebuah helikopter penyerang yang dikeluarkan oleh Denel Aerospace Systems dari Afrika Selatan. Perkataan Rooivalk berasal dari Afrika yang bermaksud "Helang Kecil Merah".[2]

Tentera Udara Afrika Selatan telah memesan 12 buah helikopter Rooivalk AH-2A, yang mana telah memasuki perkhidmatan bermula pada Julai 1999. Helikopter ini diterbangkan oleh Skuadron 16, Tentera Udara Afrika Selatan, yang berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Bloemspruit, berhampiran Bloemfontein.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Projek Rooivalk telah bermula pada awal 1984 di bawah naungan Atlas Aircraft Corporation, kemudian digantikan dengan Denel Aviation. Berhadapan dengan persekitaran semulajadi dalam Perang Sempadan Afrika Selatan, Angkatan Tentera Afrika Selatan yang menyedari akan keperluan untuk memiliki helikopter penyerang khusus, kemudian telah menyusun proses membangunkan pesawat yang bersuaian.

Atlas XH-1 Alpha merupakan prototaip pertama yang terhasil dari program ini. Ia telah dibangunkan berdasarkan kerangka helikopter Alouette III. Enjin dan komponen-komponen dinamiknya asal pada helicopter ini dikekalkan, akan tetapi mengantikan kokpit asal dengan kokpit selari bertingkat dan menambah meriam berkaliber 20 mm pada hidungnya. Konfigurasi bahagian bawah helikopter telah ditukar kepada konfigurasi penyeret ekor. XH-1 telah membuat penerbangan sulung pada 3 Februari 1985. Keputusan ujian sudah cukup untuk menyakinkan Atlas dan Tentera Udara Afrika Selatan bahawa konsep helikopter ini berdaya maju, dan telah membuka pintu bagi membangunkan AH-2 Rooivalk.

Semasa pembangunan AH-2, keputusan dibuat untuk merujuk komponen-komponen dinamik berdasarkan helikopter Aérospatiale Super Puma,[3] yang mana merupakan sebuah helikopter yang lebih besar dan berkuasa. Komponen-komponen ini telah digunakan pada helikopter Atlas Oryx, sebuah helikopter ubahsuai dan tingkat upaya oleh firma tempatan ke atas Aérospatiale Puma.[1]

Rekabentuk[sunting | sunting sumber]

Rooivalk di lapangan terbang kecil Ysterplaat di Cape Town, Afrika Selatan.

Berdasarkan pengalaman berpuluh tahun Tentera Udara Afrika Selatan dalam mengendalikan helikopter di persekitaran kasar Afrika, Rooivalk telah direka untuk beroperasi dalam jangkamasa yang lama tanpa sokongan canggih. Semua ini perlu bagi memastikan helikopter Rooivalk dapat diterbangkan sebagai sebuah helikopter pengangkut sederhana dengan kelengkapan alat ganti asas bersama-sama empat krew daratan.

AH-2 boleh membawa barisan persenjataan bergantung pada profil misi. Secara umumnya, ia dilengkapkan dengan meriam berkaliber 20 mm pada hidungnya dan boleh juga membawa peluru berpandu udara ke udara, peluru berpandu anti kereta kebal dan roket tanpa panduan. AH-2 juga memiliki system kawalan tembakan untuk penjejakan dan perolehan sasaran selain system navigasi termaju yang menggunakan radar Doppler dan GPS. Antara system lain yang digabungkan termasuk kelengkapan sistem pertahahan diri elektronik yang dipasangkan dengan dispenser pengumpan dan suar.

Ciri-ciri fizikal yang ketara termasuk kokpit selari, rotor ekor sebelah kanan dengan satah ekor di sebelah kiri, roda tetap di bahagian bawah badan selain pemotong wayar di atas dan di bawah kokpit dan bawah badan helikopter.

Berikut merupakan jenis misi yang telah dilihat pada AH-2 Rooivalk: pengawasan, pengiring udara berhelikopter, sokongan udara dekat, penembusan jauh dan anti kereta kebal.

Perkhidmatan operasi[sunting | sunting sumber]

Sehingga April 2005, hanya enam dari 12 buah helikopter masih beroperasi. Jumlah selebihnya memerlukan tingkat upaya ke atas perisian. Panglima Tentera Udara Afrika Selatan berharap helicopter-helikopter ini akan disiapkan sekitar Jun 2007, membayangkan bahawa "faktor masa yang diperlukan bagi projek mencapai kematangan sangat membimbangkan", kelewatan berpunca dari pemindahan keluar beramai-ramai pekerja daripada Denel selain dari masalah kewangan yang dihadapinya. Ini telah memaksa pihak tentera udara untuk mencari rakan pembangunan pertahanan lain [4].

Pada 17 Mei 2007, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Denel, Shaun Liebenberg telah mengumumkan keputusan[5] untuk menghentikan pembangunan dan membiayai Rooivalk berikutan kegagalan mereka untuk memenangi kontrak helikopter penyerang Turki[6] kepada Agusta A129 Mangusta.

Pada November 2007, Menteri Pertahanan, Mosiuoa Lekota telah mengumumkan di Parlimen bahawa Tentera Udara Afrika Selatan akan melabur R962 juta (kira-kira AS$ 137 juta berdasarkan kadar tukaran mata wang pada 2007) dalam helikopter, untuk tiga tahun sehingga 2010/2011, sebagai usaha untuk membawa semula statusnya ke operasi penuh. Helikopter ini akan diatur gerak dalam tugas-tugas menjaga keamanan sebaik sahaja ia mencapai keupayaan operasi awal.[7]

Pengguna[sunting | sunting sumber]

 Afrika Selatan

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Ciri umum

  • Anak kapal: 2 (juruterbang & pegawai sistem senjata)
  • Panjang: 18.73 m, 61 kaki 5 in (dari rotor utama hingga rotor ekor); 16.39 m fiuslaj ()
  • Diameter rotor: 15.58 m (51 kaki)
  • Tinggi: 5.19 m (17 kaki)
  • Berat kosong: 5,190 kg (11,441 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 8,750 kg (19,290 lb)
  • Internal fuel capacity: 1,469 kg, (3,238 lb)

    Prestasi

    Persenjataan

    Lihat juga[sunting | sunting sumber]

    Pembangunan berkaitan

    Pesawat setanding

    Senarai berkaitan

    Rujukan[sunting | sunting sumber]

    1. ^ a b Campbell, Keith (2007-06-08). "What went wrong with the Rooivalk?". Engineering News.
    2. ^ Frawley, Gerard: The International Directiory of Military Aircraft, page 71. Aerospace Publications Pty Ltd, 2002. ISBN 1-875671-55-2
    3. ^ Dely, Frans (2004). Soaring with Eagles (no page numbers, section on 16 Sqdn). Avpix Publishing Pty Ltd. ISBN 0-620-32806-1.
    4. ^ Hosken, Graeme (2005-04-26). "Kelewatan Rooivalk membahayakan peranan Afrika Selatan menjaga keamanan". Pretoria News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-16. Dicapai pada 2007-05-18.
    5. ^ Ensor, Linda (2007-05-18). "Denel gets R8bn shot in the arm, ditches Rooivalk". Business Day. Dicapai pada 2007-05-18.
    6. ^ "Agusta memenangi kontrak helikopter penyerang Turki". International Herald Tribune. 2007-03-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-26. Dicapai pada 2007-05-18.
    7. ^ Engelbrecht, Leon (2007-11-12). "Lebih banyak wang untuk Rooivalk". ITWeb. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-02. Dicapai pada 2008-12-11.

    Pautan luar[sunting | sunting sumber]