Derma darah
Derma darah terbahagi kepada dua iaitu pendermaan darah penuh (‘whole blood’) dan pendermaan aferesis [1].
Isi kandungan |
Jenis-jenis pendermaan darah [sunting]
Pendermaan darah penuh [sunting]
Pendermaan darah penuh ialah pendermaan kesemua komponen darah. Darah penderma yang dikeluarkan tidak dikembalikan ke dalam badan penderma.
Pendermaan aferesis [sunting]
Darah penderma yang dikeluarkan diasingkan mengikut komponen darah di mana pendermaan aferesis ialah pendermaan komponen darah iaitu plasma darah atau platelet atau kedua-duanya sekali [1]. Komponen darah yang tidak diperlukan akan dikembalikan semula ke dalam badan penderma.
Kriteria penderma darah [sunting]
Kriteria penderma darah yang digariskan oleh Pusat Darah Negara [2]:
- Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
- Berumur di antara 18-60 tahun.
- Berat badan melebihi 45 kg.
- Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
- Tiada masalah kesihatan.
- Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan.
- Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan.
- Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.
- Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa).
- Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
- Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.
- Untuk penderma wanita:
- Jangan menderma darah jika anda:
- Pernah tinggal di United Kingdom (England, Ireland Utara, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih.
- Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.
Proses menderma darah [sunting]
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) [sunting]
Pusat Darah Negara (PDN) [sunting]
Keistimewaan penderma darah [sunting]
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) [sunting]
Hak-hak istimewa yang diberikan kepada penderma darah di Tabung Darah Hospital Universiti adalah seperti berikut [3]:
| Bilangan | Keistimewaan |
|---|---|
| Derma darah 15 kali ke bawah | Kecualian penuh dari caj rawatan dan caj wad dalam tempoh 4 bulan selepas derma terakhir dan rawatan pesakit luar percuma dalam tempoh masa yang sama. |
| 16 ~ 40 kali | Kecualian penuh dari caj rawatan dan caj wad dalam tempoh 4 bulan selepas derma terakhir dan selepas itu, separuh daripada caj rawatan dan separuh daripada caj wad dan rawatan pesakit luar percuma dalam tempoh 3 tahun selepas derma terakhir. |
| 41 kali ke atas | Kecualian penuh daripada caj rawatan dan caj wad dan rawatan pesakit luar percuma pada bila-bila masa. |
Pusat Darah Negara (PDN) [sunting]
Keistimewaan yang diberikan oleh PDN kepada penderma darah dinyatakan dalam:
Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005 [4].
Keistimewaan ini diberikan kepada penderma yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain-lain Tabung Darah di Hospital Kerajaan.
| Kekerapan menderma | Keistimewaan rawatan |
|---|---|
| 1 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan. |
| 2 kali (dalan tempoh 12 bulan) | Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B |
| 2 ~ 5 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan. |
| 6 ~ 10 kali | Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan. |
| 11 ~ 15 kali | Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun. |
| 16 ~ 20 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun. |
| 21 ~ 30 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun. |
| 31 ~ 40 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun. |
| 41 ~ 50 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun. |
| Lebih 50 kali (bagi penderma darah penuh) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis) | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu. |
Rujukan [sunting]
- ↑ 1.0 1.1 Pusat Darah Negara. Jenis-Jenis Pendermaan. Diperoleh 15 Mei 2011.
- ↑ Pusat Darah Negara. Kriteria Penderma. Diperoleh 15 Mei 2011.
- ↑ Sijil Penderma Darah. Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.
- ↑ Pusat Darah Negara. Keistimewaan Penderma Darah. Diperoleh 15 Mei 2011.