Derweze

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Darvaza.PNG

Derweze (bahasa Turkmen: Pintu, juga dikenali sebagai Darvaza) merupakan sebuah kampung di Turkmenistan dengan penduduk seramai 350 orang. Ia terletak di tengah-tengah padang pasir Kara-Kum, kira-kira 260 km ke utara Ashgabat.

Kebanyakkan penduduk Darvaza adalah puak Teke, Turkmen yang masih mengamalkan cara hidup separuh nomad.

"Pintu ke Neraka"[sunting | sunting sumber]

Bawah tanah Derweze adalah kaya dengan gas asli. Pada tahun 1971, semasa satu carigali, para geologi secara tidak sengaja terjumpa gua bawah tanah yang dipenuhi dengan gas asli. Tempat di mana pelantar gerudi ditempatkan telah runtuh, dan meninggalkan sebuah lubang dengan diameter sebesar kira-kira 50-100 meter. Bagi mengelakkan gas-gas beracun keluar daripada lubang ini, keputusan telah dibuat bagi membakar gas-gas tersebut. Setakat tahun 2009, gas-gas di dalam gua bawah tanah ini masih terbakar tanpa gangguan. Penduduk tempatan telah menamakan gua ini sebagai Pintu ke Neraka.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]