Desa Kerinchi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Taman Desa Kerinchi merupakan rumah teres murah yang dibina oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor di Sungai Lui, Hulu Langat , Selangor pada tahun 1980-an. Taman ini sinonim dengan nama PKNS padahal ia projek JKR.Taman Desa Kerinchi ini terdapat 100 unit rumah yang berharga sekitar RM12,000 sekitar tahun 1980an.

Penduduknya terdiri daripada keturunan Kerinchi yang duduk berhampiran dengan tanah wakaf masjid Kampung Masjid, Sungai Lui, Hulu Langat.

Antara taman dan kampung yang berdekatan ialah Kampung Sungai Tekali ,Rumah Murah PKNS Kampung Padang , Taman Titiwangsa dan Taman Wawasan . Lain-lain ialah Kampung Sungai Lui, Kampung Masjid, Kampung Sawah Lebar, Kampung Jawa dan lain-lain.

Penduduknya berugama Islam keturunan Kerinchi yang datuk nenek mereka berasal dari Sumatera. Beberapa dialek dan kata yang dituturkan menunjukkan kelainan yang ketara berbanding dengan kaum Melayu yang lain.

Semasa majlis perkahwinan , silat pedang dipersembahkan . Masih ramai yang mempunyai kemahiran untuk mempersembahkan silat pedang. Kebanyakan disertai oleh orang lelaki lingkungan 40-an. Mereka akan menggunakan beberapa bilah pedang sepanjang 60 cm. Mahaguru silat ini ialah Allahyarham Haji Ahmad . Silat ini tidak diajarkan kepada generasi muda kerana kekangan masa, bahaya, kos dan tidak diperlukan , tiada pelajar yang berminat dan tiada yang mahir dengan selok-belok silat ini lagi.