Devotees

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Devotees

Kumpulan Devotees
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre “Urban Nasyid” yang berunsurkan Pop Dakwah dan “World Music” seperti Rap, Hip hop, Dance, Pop dan R&B
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Tahun aktif 2003 -
Label D Voice Entertainment
Kegiatan berkait Berkumpulan
Laman web Laman rasmi kumpulan Devotees
Ahli
Adi Akmal Sehrom
Abd Halim Ahmad
Muhammad Mohd Tawil
Ahmad Shauqi Abu Kashim


Kumpulan Devotees merupakan sebuah kumpulan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nasyid di Malaysia.

Nama asal Devotees ialah Devosi (Berasal dari devotion/kehambaan). Nama Devosi itu pula dipilih setelah menapis lebih kurang 40 nama lain. Akhirnya pada sebelum rakaman bermula, nama DEVOTEES dipilih, berdasarkan maknanya, senang sebutan dan nilai komersil. DEVOTEES membawa maksud PEMUJA, PENGGEMAR, PENYERAHAN.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kumpulan DEVOTEES telah ditubuhkan pada tahun 2005 di bawah pengurusan D Voice Entertainment. DEVOTEES telah membawa nafas baru dalam industri nasyid tanahair dengan menampilkan konsep “Urban Nasyid” yang berunsurkan Pop Dakwah dan “World Music” seperti Rap, Hip hop, Dance, Pop dan R&B yang bertujuan untuk memenuhi keperluan remaja masa kini dengan sesuatu yang lebih segar dan sesuai dengan peredaran masa. Irama segar dan baru yang dibawa oleh DEVOTEES mampu menawan hati masyarakat terutama para remaja. Kehadiran DEVOTEES diyakini dapat menimbulkan kesedaran dalam masyarakat dan membendung gejala sosial yang semakin berleluasa terutamanya dikalangan remaja. DEVOTEES yang membawa maksud seseorang yang bersemangat terutamanya dalam ajaran agama, terdiri daripada 4 orang anak muda iaitu Adi Akmal, Abdul Halim, Muhammad dan Ahmad Shauqi yang masing-masing merupakan graduan dan mahasiswa IPT. Nama DEVOTEES juga dipilih untuk menunjukkan komitmen semua ahli kumpulan dalam memperjuangkan irama nasyid di Malaysia.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

  • Nama:Adi Akmal Sehrom
  • Umur:26 Tahun
  • Asal:Johor Bahru,Johor
  • Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan,Universiti Islam Antarabangsa (UIA)


  • Nama:Abd Halim Ahmad
  • Umur:26 Tahun
  • Asal:Kota Tinggi,Johor
  • Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Automotif, Universiti Islam Antarabangsa (UIA)


  • Nama:Muhammad Mohd Tawil
  • Umur:27 Tahun
  • Asal:Ranau, Sabah
  • Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


  • Nama:Ahmad Shauqi Abu Kashim
  • Umur:27 Tahun
  • Asal:Melaka
  • Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Album sulung DEVOTEES telah diterbit dan diedar pada tahun 2005. Kelahiran album sulung DEVOTEES yang membawa genre ‘World Music’ teleh mengukir sejarah baru industri nasyid tanahair. Album yang menggabungkan irama pop, hip hop, rap, dance dan R&B telah dapat menambat hati para pendengar terutamanya golongan remaja.

Album DEVOTEES telah mendapat sentuhan istimewa daripada penggubah-penggubah terkenal seperti Yasin, Waheeda, Along EXIST, Abu Bakar RAIHAN and Munif HIJJAZ. Album yang terdiri daripada 10 lagu ini diterbitkan oleh DME Records Sdn Bhd dan diedarkan oleh NAR Records Sdn Bhd.

Antara lagu-lagu hit kumpulan Devotees yang pernah menjuarai carta ialah seperti Tika Dinihari, Alpha, Lament dan Mencari Cinta. Lagu Mencari Cinta juga telah tercalon untuk Anugerah Industri Muzik (AIM) 2006 yang lalu. Manakala, lagu Inggeris Lament pernah menjuarai Carta Jom Dengar di Radio XFRESH FM, dan Tika Dinihari telah mendapat tempat ke tiga bagi Anugerah Juara Nasyid Minggu Ini (JNMI) 2006. Selain itu, lagu ini juga pernah menjuarai rancangan Carta Nasyid di Radio IKIM.FM

Album seterusnya adalah Alternatif Hiburan Bermotivasi pada tahun 2007. Album kali ini lebih berkonsepkan ke arah kemanusiaan.

Kumpulan Devotees juga telah menghasilkan album MTV Karaoke DEVOTEES dan Album Hari Raya bersama Artis-artis NAR Records.

Devotees juga telah muncul dalam album kompilasi Nasyid Mantop terbitan Inteam Records dengan sebuah single baru bertajuk "Bersama".

Setelah hampir 6 tahun menyepi, pada Mac tahun 2011, Devotees muncul dengan album yang bertajuk "Berjalan Tanpa Henti". Untuk album kali ini, semua anggota Devotees, Adi Akmal, Abd Halim, Muhammad dan Shauqi bertindak sebagai penerbit album. Terdapat 9 trek dalam album ini.

Selepas kejayaan album Berjalan Tanpa Henti (2011) yang banyak mengangkat nama kumpulan ini di pentas industri muzik tanah air, kumpulan Devotees terus merancakkan landskap karier mereka dengan kemunculan album bersinergi dan magis, Devotees 336.

Berani bangkit dengan konsep unik, Devotees yang mewakili Devotees Music Works bersama-sama Al Bahgdadi Method Sdn Bhd telah menghasilkan sebuah album berasaskan pelajaran al-quran yang menggunakan teknik Al Baghdadi. Album berbentuk pendidikan ini menghimpunkan 336 sebutan asas bagi 29 huruf hijayyah yang merangkumi bunyi mad, tanwin, sukun, sabdu dan sebagainya.

Album Devotees 336 memuatkan 11 track lagu istimewa yang diadun bersesuaian dengan muzik kontemporari telah disusun sendiri oleh kumpulan Devotees di samping menyuntik kelainan dengan menampilkan Devotees Junior yang bertindak sebagai suara latar. Devotees Junior diwakili oleh adik Muhammad Izzi Jalaluddin, 10 tahun, Muhammad Irfan Jalaluddin, 8 tahun, Muhammad Ilman Jalaluddin, 8 tahun dan Muhammad Aqil Jalaludddin, 12 tahun.

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Aku Merinduimu
  • Alpha(menampilkan Akbar)
  • Berjalan Tanpa Henti
  • Bersama
  • Bukan Niatku
  • Don't Walk Away
  • Ilmu
  • Jejak Cita
  • Hadirnya Cahaya S.A.W.
  • Harapan (menampilkan Brother Salleh)
  • Hijrah Menuju Allah
  • Kekasih
  • Kerabat Devotees
  • Ku Damba RedhaMu
  • Lament
  • Luahan Rindu
  • Mahar Cinta
  • Mencari Cinta
  • Nikmat Aidilfitri
  • Rindu Kedamaian
  • Rindu Ramadhan
  • Sahabatku
  • Selagi Hayatmu Disini
  • Setiap Kali
  • Tika Dinihari
  • Tragedi Diana

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tempat ke-3 Lagu Tika Dinihari - ANUGERAH JUARA NASYID MINGGU INI (NMI)2006
  • Finalis Anugerah Industri Muzik ke 18 Kategori Lagu Nasyid Terbaik
  • Top 5 Juara NMI 2008
  • Tempat ke-3 untuk Juara Nasyid Minggu Ini (NMI) 2006 bagi lagu Tika Dinihari
  • Pencalonan untuk Juara Nasyid Minggu Ini (NMI) 2006 bagi kategori:
    • Artis Baru Nasyid Popular 2006
    • Lagu Nasyid Terbaik 2006 (Tika Dinihari)
    • Anugerah Gemilang NMI 2006 (Album DEVOTEES)
    • Persembahan Terbaik
  • Tercalon untuk Anugerah Bintang Popular 2006 dan 2005 bagi kategori Artis Nasyid Popular
  • Pencalonan awal untuk Anugerah Industri Muzik 2005 (AIM) bagi kategori:
    • Kumpulan Nasyid Terbaik
    • Album Nasyid Terbaik
    • Lagu Terbaik ( Mencari Cinta)
    • Kumpulan Baru Terbaik
  • Juara Carta di Nasyid Minggu Ini (TV1) bagi lagu Tika Dinihari dan Mencari Cinta
  • Juara Carta Nasyid di Radio IKIM.FM bagi lagu Tika Dinihari dan Mencari Cinta
  • Juara Carta Nasyid di Radio IKIM.FM bagi lagu Bersama
  • Juara Carta Nasyid di Radio IKIM.FM bagi lagu Berjalan Tanpa Henti

Aktiviti dan Persembahan[sunting | sunting sumber]

Tagdv.jpg
  • Astro Gempak Universe 2008
  • Jemaah Muharam 1430h Astro Oasis
  • Gempak Desa Astro 2009
  • Astro Raya Screening Aidilfitri 1429h
  • Konsert Gema Belia Kelantan 2010
  • Jom Heboh TV3 Danga Bay Johor Bahru Johor 2009
  • Konsert Amal Kesenian Islam UKM 2006, 2008 dan 2009
  • Konsert Aidiladha di Phnom Penh Kemboja 2008 & 2009
  • Pesta Konvokesyen UKM 2006, 2007 & 2008
  • Konsert Kesenian Islam UMS 2008, Kota Kinabalu Sabah
  • Konsert Kemerdekaan 2008 Miri Sarawak
  • Pesta Konvokesyen UPSI Tanjung Malim, Perak 2007 & 2008
  • Anugerah Personaliti AURA SERI MAJALAH NUR, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Sambutan Maal Hijrah 1428 Peringkat Kebangsaan di PWTC, Kuala Lumpur
  • Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam 2007, KLCC, Kuala Lumpur
  • Senandung Budaya (PAPITA), Tasik Titiwangsa
  • Laman Santai Istana Budaya Kuala Lumpur
  • Laman Seni DBKL-Karyawan, Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur
  • Konsert MUBARAK ’06, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
  • Konsert Malam Gema Hadhari 2006, Universiti Perguruan Sultan Idris
  • Konsert ‘World Children’s Carnival’ 2006, Stadium Malawati
  • Majlis Tilawah Al-Quran 2006 Peringkat Kebangsaan, Stadium Malawati
  • SMART NACO Annual Dinner 2006, Hotel Sunway Lagoon
  • Konsert RAUDHAH MUSICAL NIGHT, Universiti Islam Antarabangsa
  • Konsert Amal Mendidik Jiwa, Universiti Malaya, Nilam Puri, Kelantan
  • Konsert MANIS III, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Majlis Pelancaran KERABAT DEVOTEES dan Laman Web Devotees, Putrajaya Wetland
  • Konsert DEVOTEES dan Majlis Bertemu Peminat di Singapura
  • Artis Jemputan – Forum Ad-din bersama Radio IKIM
  • Konsert Amal di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
  • Jalur Gemilang Big Rides di Kelantan dan Terengganu
  • SAVVY AMACAM TOUR Proton bersama Artis-artis NAR Records
  • Konsert Devotees Karnival Raudhah & Keusahawanan (KARAK)IPG Kampus Pendidikan Islam,Bangi
  • Dan banyak lagi

Alamat[sunting | sunting sumber]

Devotees Music Works
Pengurusan Artis:013-2574857 Email: devoteesmusicworks@gmail.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]