Apedemak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Dewa Apedemak)
Apedemak
Dewa Singa Perang Nubia
Kepingan itu ditemui di kuil singa di Meruwi, ibu kota Kerajaan Meruwi, adalah sebahagian daripada tugu peringatan untuk Raja Tanyidamani. Di satu sisi, terdapat gambar pemerintah berpakaian diraja dengan anting-anting kepala biri-biri, mahkota Mesir, dan tongkat kerajaan di tangannya. Di sisi yang lain, terdapat gambar dewa perang dan dewa berkepala singa, Apedemak. Dewa ini memegang seikat betari dan sebatang cogan yang dihiasi dengan seekor singa kecil yang duduk. Batu bersurat tersebut dalam tulisan Meroitik dan menamakan raja dan dewa.
Plak pembaktian Raja Tanyidamani dan Apedemak, Kios Naqa, digali oleh John Garstang, 1909-1910, di Kuil Apedemak, Meruwi.
Nama dalam hieroglif
M17p
r
Aa11
k
R8A40

Apedemak
Jprmk
Pusat kultus utamaKuil Singa, Naqa
PasanganAmesemi
Kesetaraan
Kesetaraan RomJupiter
Kesetaraan BakongoNzambi
Kesetaraan MesirAmun

Apedemak atau Apademak (Jawi: اڤدماک; Bahasa Meroitik: 𐦠𐦧𐦡𐦷𐦡𐦨𐦲 kemungkinan besar dahulu disebut Abedemak kerana bunyi /p/ tidak wujud dalam bahasa Meruwi[1]) merupakan dewa tertinggi dalam agama Kush purba. Apedemak seorang dewa perang yang dipuja oleh orang Meruwi di Kush dahulu. Sebagai dewa perang, Apedemak menjadi lambang kuasa tentera, penaklukan, dan empayar orang Meruwi. Tiada dewa yang menyerupainya dalam agama Mesir.[2] Apedemak juga dikait rapat dengan Amun, dewa Mesir yang disokong oleh kerajaan semasa zaman Napata sebelumnya, dan dipercayai sama taraf kepentingannya.

Asal usul[sunting | sunting sumber]

Kerana hiasan singa asalnya digunakan untuk pengebumian individu-individu yang sangat dihormati, mungkin imej-imej singa Kerma awal ini kemudian menjadi Apedemak. Walau bagaimanapun, sama ada orang Kerma memujanya sebagai dewa dengan kuil khas, seperti lewat dalam zaman Napata dan Meroitik, atau jika mereka simbol-simbol daripada legenda, adat lisan, atau cerita rakyat.

Kebanyakannya Apedemak muncul semasa Zaman Meroitik. Kemungkinan terdapat dewa pendahulu sebelum Apedemak dan dewa itu berasal daripada mitologi budaya Kerma, yang mana singa banyak digunakan dalam seni dan rekaan azimat. Digambarkan dalam gaya separa manusia, Apedemak nampaknya dipuja mengikut adat animisme, berbeza dengan gaya politeisme dalam budaya-budaya di sungai Nil yang lain.[perlu rujukan]

Patung Apedemak

Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya pada kurun ke-3 SM, Apedemak muka menjadi dewa penting bagi penduduk Nubia Hilir.[3] Banyak kuil Apedemak tertumpu di kawasan Butana, di selatan ibu kota Meruwi. Tempat pemujaannya tiada di kawasan yang lebih utara menunjukkan dia berasal dari selatan.[4]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Meroitic Language and Writing System".
  2. ^ The Ancient World : Extraordinary People in Extraordinary Societies. Michael Shally-Jensen. Ipswich, Mass.: Salem Press. 2017. ISBN 978-1-68217-190-5. OCLC 975044922.CS1 maint: others (link)
  3. ^ Kuckertz, Josefine; Lohwasser, Angelika (2019). Introduction to the Religion of Kush. Germany: J.H. Röll GmbH. m/s. 115–118. ISBN 978-3-89754-543-4.
  4. ^ Yellin, Janice (2012). "Nubian Religion." In Ancient Nubia : African kingdoms on the Nile. Marjorie M. Fisher, Sue D'Auria, Salima Ikram, Peter Lacovara, Chester Higgins. Cairo: American University in Cairo Press. m/s. 125–144. ISBN 978-977-416-478-1. OCLC 733232274.
  5. ^ Török, László (2002). The Image of the Ordered World in Ancient Nubian Art: The Construction of the Kushite Mind, 800 Bc-300 Ad (dalam bahasa Inggeris). BRILL. m/s. 226. ISBN 978-90-04-12306-9.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Apedemak di Wikimedia Commons