Dewa Sokar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Seker-Osiris
Seker
dalam hieroglif
z
k
r
P3

Seker (pron.: /ˈsɛkər/; also spelled Sokar) is a falcon god of the Memphite necropolis. Although the meaning of his name remains uncertain the Egyptians in the Pyramid Texts linked his name to the anguished cry of Osiris to Isis 'Sy-k-ri' ('hurry to me'),[1] in the underworld. Seker is strongly linked with two other gods, Ptah the chief god of Memphis and Osiris the god of the dead. In later periods this connection was expressed as the triple god Ptah-Seker-Osiris.

Dewa Sokar atau juga dikenali sebagai Seker (pron.: /ˈsɛkər/) merupakan dewa helang bagi nekropolis Memphite. Sungguhpun erti namanya tidak pasti orang-orang Mesir dalam Teks Piramid menghubungkan namanya dengan teriakan pilu Dewa Osiris pada Dewi Isis 'Sy-k-ri' ('cepat padaku'),[1] di dunia bawah tanah. Sokar/Seker berkait rapat dengan dua dewa lain, Dewa Ptah ketua para dewa di Memphis dan Osiris dewa orang mati. Dalam tempoh terkemudian kaitan ini digambarkan sebagai dewa bertiga Ptah-Seker-Osiris.

Sokar biasanya digambarkan sebagai helang dimummified dan kadang kala sebagai busut dari mana kepala helang muncul. Di sini ia dikenali sebagai 'ia yang di atas pasirnya'. Kadang kala ia digambarkan di atas 'hennu barque' iaitu luncur berhias bagi bergerak di nekropolis berpasir. Salah satu gelarannya adalah 'dia dari Restau' yang bererti tempat 'bukaan' atau pintu masuk makam.

Semasa Kerajaan baru Buku Dunia bawah tanah, Amduat, dia ditunjukkan berdiri dibelakang ular antara dua sayap dikembangkan, sebagai gambaran kebebasan ini mencadangkan kaitan dengan kebangkitan semula atau kemungkinannya laluan memuaskan di dunia bawah tanah.[1] Sungguh pun begitu wilayah bawah tanah yang dikaitkan dengan Sokar dilihat sukar, muka bumi berpasir yang digelar Imhet (bererti 'dipenuhi' kemungkinannya dengan).[2]

Sokar, kemungkinannya melalui kaitannya dengan Ptah, turut memiliki kaitan dengan pekerja kesenian. Dalam Buku Kematian dia dikatakan membentuk mangkuk perak[1] dan keranda perak bagi Sheshonq II telah dijumpai di Tanis dihiasi dengan ikongraf Sokar/Seker.[3]

Kultus Sokar berpusat di Memphis di mana perayaan menghormatinya diadakan pada bulan keempat musim akhet ("bunga"). Para Dewa digambarkan sebagai membantu pelbagai tugasan seperti menggali parit dan terusan. Semasa Kerajaan Baru, perayaan yang serupa diraikan di Thebes.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 The Routledge Dictionary of Egyptian Gods and Goddesses, George Hart ISBN 0-415-34495-6
  2. The Egyptian Amduat, Erik Hornung and Theodore Abt ISBN 3-9522608-4-3
  3. 3.0 3.1 The Complete Gods and Goddesses of Ancient Egypt, Wilkinson ISBN 0-500-05120-8
  • Encyclopedia of Goddesses and Heroines By PATRICIA MONAGHAN
  • Encyclopedia of Ancient Egypt, Revised Edition, 2002, 1991 Margaret R. Bunson, Facts On File, ISBN 0-8160-4563-1 (kulit keras)