Dewan Filharmonik Petronas
Dewan Filharmonik Petronas (DFP) ialah dewan konsert pertama di Malaysia yang dibina khas untuk muzik klasik oleh Petronas. Di sinilah berpangkalannya Orkestra Filharmonik Malaysia. Semenjak pembukannya, dewan ini telah menjadi tuan rumah kepada berbilang-bilang seniman dan orkestra terkemuka di dunia. DFP turut mementaskan persembahan jazz antarabangsa di samping persembahan kebudayaan muzik dan tarian tradisional Malaysia.
Dewan Filharmonik Petronas terletak di Menara Berkembar Petronas, dan dirasmikan pada 17 Ogos 1998 oleh Orkestra Filharmonik Petronas, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan bekas Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad.
Isi kandungan |
[sunting] Klais Pipe Organ
Dalam dewan ini tersedianya sebuah organ paip Klais rekaan pembuat organ terkemuka Johannes Klais di Bonn, Jerman. Organ yang rupanya diilhamkan daripada alat muzik tradisional angklung, memperhebatkan lagi persembahan muzik yang didendangkan dalam dewan. Organ 44-stop tracker action ini mempunyai tiga manual dan satu bahagian pedal, pengganding mekanik, stop action elektrik, dan sistem ingatan elektronik untuk memilih senarai dalam jadual daftar. Organ ini dilengkapi 2,977 paip yang berbagai-bagai saiznya, dari sekecil seinci lebih kepada setinggi 32 kaki yang terletak di bahagian pedal.
Persembahan organ paip sulung didendangkan oleh Simon Preston pada 29 Januari 1999.
[sunting] Studio rakaman
Studio rakaman DFP direka oleh Abbey Road Studios dari EMI Group (UK) dan dibina oleh Audio Design Group, untuk membolehkan rakaman pementasan bermutu tinggi di dewan konsert.
[sunting] Lihat juga
[sunting] Pautan luar
|
|||||||||||