Dewan Perniagaan Melayu Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
No. pendaftaran1101 Selangor
Tapak webdpmm.org.my
Sejarah
Dibentuk1957
Pengurusan
PresidenNorsyahrin Hamidon
Maklumat lain
Dahulunya dikenali sebagai
  • Gabongan Dewan-Dewan Perniagaan Melayu Se-Malaya (1957-1974)
  • Dewan Perniagaan dan Industri Melayu Malaysia (1974-1992)
  • Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (1992-kini)
Lokasi
Ibu pejabatAnjung Melayu, Bukit Petaling
Lokasi
  • Kuala Lumpur, Malaysia
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia atau DPMM ialah sebuah pertubuhan yang ditubuhkan bagi mempertingkat ekonomi masyarakat Melayu di Malaysia. Ia ditubuhkan pada 1957 oleh enam buah Dewan Perniagaan Melayu negeri-negeri di bawah nama Gabongan Dewan-Dewan Perniagaan Melayu Se-Malaya (GDPMM). Dewan Perniagaan Melayu Negeri yang terlibat ialah Kelantan yang ditubuhkan pada 1938, Perak (1951); Johor (1952); Selangor (1953); Terengganu (1953) dan Kedah (1956).

Melalui langkah penstrukturan pada 1974, GDPMM ditukar kepada Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Malaysia dan nama itu kemudiannya dirombak kepada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) pada 1992[1].

DPMM kini mempunyai 15 cawangan negeri di semua negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia kecuali Sarawak[2][3].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "DPMM pejuang ekonomi rakyat". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2022-08-24. Dicapai pada 2023-08-10.
  2. ^ "Syed Hussein kekal presiden DPMM". Malaysiakini. 2019-09-05. Dicapai pada 2023-08-10.
  3. ^ "Kepimpinan Baharu DPMM Terjawab, Ini Senarai Ahli Yang Akan Menerajui DPMM". Daily Niaga (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-10.