Dewan Rakyat Kanada
| Dewan Rakyat Kanada ديوان رعية كنادا House of Commons of Canada Chambre des communes du Canada |
|
|---|---|
| Parlimen ke-41 | |
| Jenis | |
| Jenis | Dewan rendah |
| Kepimpinan | |
| Speaker | Andrew Scheer, Parti Konservatif sejak 2 Jun 2011 |
| Ketua Dewan (Kerajaan) | Peter Van Loan, Parti Konservatif sejak 18 Mei 2011 |
| Ketua Dewan (Pembangkang) | Thomas Mulcair, Parti Demokratik Baru sejak 26 Mei 2011 |
| Struktur | |
| Ahli | 308 |
| Kumpulan politik |
|
| Pilihan raya | |
| Sistem pengundian | Pluraliti |
| Pilihan raya terakhir | 2 Mei 2011 |
| Tempat persidangan | |
| Blok Pusat, Bukit Parlimen, Ottawa, Ontario | |
| Laman sesawang | |
| Parlimen Kanada | |
|
sunting |
|
Dewan Rakyat Kanada (Jawi: ديوان رعية كنادا) merupakan salah satu kompenan dalam Parlimen Kanada di samping Ratu (diwakili oleh Gabenor Jeneral) dan Dewan Senat.[1] Dewan ini merupakan badan yang dipilih melalui pilihan raya dan ia terdiri daripada 308 ahli yang dikenali sebagai Ahli Parlimen.[1][2][3] Setiap ahli dipilih melalui sistem pengundian kemajmukan atau pemajmukan mudah di setiap daerah pilihan raya (juga dikenali sebagai ridings).[4] Ahli Parlimen boleh memegang jawatan sehingga Parlimen dibubarkan dan berkhidmat selama lima tahun mengikut penggal dalam perlembagaan yang terhad selepas sesuatu pilihan raya. Walau bagaimanapun, dari segi sejarah, penggal tersebut berakhir sebelum tamat tempoh mereka dan kerajaan sekarang biasanya dibubarkan oleh Parlimen dalam tempoh empat tahun sesuatu pilihan raya mengikut kelaziman yang sejak sekian lama. Walau apapun, Akta Parlimen kini menghadkan setiap penggal adalah selama empat tahun. Kerusi di Dewan Rakyat dibahagikaan secara kasarnya mengikut kadar penduduk setiap negeri dan wilayah. Walau bagaimanapun, sesetengah ridings mempunyai lebih ramai penduduk daripada yang lain dan perlembagaan Kanada mengandungi beberapa peruntukan khas mengenai perwakilan di setiap wilayah dan negeri.
Dewan Rendah Kanada diasaskan pada tahun 1867 apabila Akta Perlembagaan 1867, yang sebelum ini Akta BNA (Akta Amerika Utara British), telah membentuk Dominion Kanada, dan Dewan tersebut mencontohi cara Dewan Rakyat British. Dewan Rakyat mempunyai bidang kuasa yang lebih tinggi berbanding dewan pertuanan iaitu Senat dan kedua-dua dewan tersebut telah membentuk Parlimen. Dewan Rakyat Kanada terletak di Blok Pusat di Bukit Parlimen dekat Ottawa, Kanada.
Isi kandungan |
Komposisi terkini [sunting]
| Parti | Bilangan kerusi |
|---|---|
| ██ Parti Konservatif |
166
|
| ██ Demokratik Baru |
102
|
| ██ Parti Liberal |
34
|
| ██ Bloc Québécois |
4
|
| ██ Parti Hijau |
1
|
| ██ Vacant |
1
|
|
Jumlah
|
308
|
Galeri [sunting]
Rujukan [sunting]
Petikan [sunting]
- ↑ 1.0 1.1 (PDF) Guide to the Canadian House of Commons. House of Commons of Canada. ISBN 0-662-68678-0. http://www.parl.gc.ca/information/about/process/house/guide/PDFs/Guide_to_the_Canadian_HOC_v3.pdf. Capaian 29 September 2007.
- ↑ "Members of the House of Commons - Current List - By Name". Parliament of Canada. Government of Canada. http://www.parl.gc.ca/information/about/people/house/mpscur.asp?Language=E. Capaian 25 September 2007.
- ↑ "Members of Parliament". Parliament of Canada. Government of Canada. http://webinfo.parl.gc.ca/MembersOfParliament/MainMPsCompleteList.aspx?TimePeriod=Current&Language=E. Capaian 25 September 2007.
- ↑ "Elections Canada On-Line". Electoral Insight. 21 November 2006. http://www.elections.ca/eca/eim/article_search/article.asp?id=72&lang=e&frmPageSize=&textonly=false. Capaian 29 September 2007.
Bibliografi [sunting]
- David E. Smith (2007). The people's House of Commons: theories of democracy in contention. University of Toronto Press. ISBN 9780802094650. http://books.google.com/books?id=zELUZRd7PXcC&pg=PP1.
- Department of Justice. (2004). Constitution Acts, 1867 to 1982.
- Dawson, W F (1962). Procedure in the Canadian House of Commons. University of Toronto Press. OCLC 502155. Also under OCLC 252298936.
Pautan luar [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Dewan Rakyat Kanada |
- Laman sesawang Parlimen Kanada.
- Forsey, Eugene (1904-1991). "How Canadians Govern Themselves."
- Dewan Rakyat Kanada daripada Ensiklopedia Kanada
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||