Dewan Rendah Ireland
| Dewan Rendah Ireland ديوان رندە أيرلندا Dáil Éireann |
|
|---|---|
| Dail ke-31 | |
| Jenis | |
| Jenis | Dewan rendah Parlimen Ireland |
| Kepimpinan | |
| Ketua Majlis (Ceann Comhairle) | Seán Barrett, (FG) sejak 9 Mac 2011 |
| Ketua Whip Kerajaan | Paul Kehoe, (FG) sejak 9 Mac 2011 |
| Struktur | |
| Ahli | 166 |
| Kumpulan politik |
Pengerusi
|
| Pilihan raya | |
| Pilihan raya terakhir | 25 Februari 2011 |
| Tempat persidangan | |
| Kamar Dáil Dewan Leinster, Dublin |
|
| Laman sesawang | |
| oireachtas.ie | |
|
sunting |
|
Dewan Rendah Ireland merupakan dewan rendah bagi parlimen Ireland (Oireachtas) dan dewan kedua selepas Dewan Negara Ireland (Seanad Éireann).[1] Ia dipilih secara langsung sekurang-kurangnya sekali pada setiap lima tahun di bawah sistem perwakilan berkadar dengan cara sistem satu undi boleh pindah (STV). Bidang kuasa dewan ini adalah sama dengan negara yang mengamalkan sistem berparlimen dwidewan yang lain. Tertakluk kepada had yang dikenakan oleh Perlembagaan Ireland, dewan ini mempunyai kuasa untuk meluluskan mana-mana undang-undang yang dikehendaki serta mencalonkan dan membuang Taoiseach (ketua kerajaan). Sejak tahun 1922, ia telah memenuhi di Dewan Leinster di Dublin.
Isi kandungan |
Keanggotaan [sunting]
Dewan Rendah Ireland terdiri daripada 166 ahli. Ahli-ahli dipilih secara langsung sekurang-kurangnya sekali pada setiap lima tahun oleh rakyat Republik Ireland di bawah sistem perwakilan berkadar yang dikenali sebagai sistem satu undi boleh pindah. Keahlian "Dáil" ini adalah terbuka kepada warganegara yang berumur 21 dan ke atas. Seseorang anggota Dáil dikenali sebagai Teachata Dála, TD atau Timbalan.
Pengundi Dáil terdiri daripada warganegara Ireland dan United Kingdom berusia lebih 18 tahun yang berdaftar untuk mengundi di Republik Ireland. Menurut Perlembagaan Ireland, pilihan raya umum untuk Dewan Rendah perlu diadakan sekali dalam setiap tujuh tahun, tetapi had lima tahun ditetapkan oleh statut.
Sistem pengundian STV secara umumnya menghasilkan perwakilan berkadar di Dewan Rendah. Saiz kecil kawasan pilihanraya yang digunakan, walau bagaimanapun, memberikan kelebihan yang kecil kepada parti yang besar. Sejak 1990-an, kerajaan campuran telah wujud di negara ini. Sebelum tahun 1989, hanya terdapat satu parti yang memerintah kerajaan iaitu Fianna Fail.
Ahli Dail ke-31 (terkini) [sunting]
| Ireland |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
|
|
Perlembagaan
Kehakiman
Pembahagian
Hubungan luar
|
|
Negara-negara lain · Atlas Portal Politik |
Taburan kerusi semasa [sunting]
| Parti | Kerusi | |
|---|---|---|
| Fine Gael | 74 | |
| Parti Pekerja | 38 | |
| Fianna Fail | 19 | |
| Sinn Fein | 14 | |
| Bebas | 15 | |
| Pakatan Keuntungan Sebelum Rakyat | 2 | |
| Parti Sosialis | 2 | |
| Kumpulan Tindakan Penganggur dan Pekerja | 1 | |
| Ceann Comhairle | 1 | |
Rujukan [sunting]
- ↑ Artikel 15.1.2 Perlembagaan Ireland mengatakan: "The Oireachtas shall consist of the President and two Houses, viz.: a House of Representatives to be called Dáil Éireann and a Senate to be called Seanad Éireann."
Pautan luar [sunting]
- Dewan Oireachtas – Laman sesawang rasmi
- Ahli Dáil Éireann 1919–2003 – Laman sesawang rasmi Oireachtas
|
|||||||||||