Dewan Siswa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dewan Siswa
EditorKhiruddin Abdullah (Penolong Editor),
Junaidah Ahmad Ghazali (Editor),
Fauzilahyatun Mustafa & Mohd. Shukri Mohd. Ariff (Editor Kanan),
Padilah Haji Ali (Ketua Editor)
KategoriPelajar Menengah & Remaja
KekerapanBulanan
PenerbitDewan Bahasa Dan Pustaka
Isu pertamaJanuari 1979
SyarikatDewan Bahasa Dan Pustaka
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Laman webdwnsiswa.dbp.my
ISSN0126-849X

Dewan Siswa merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Ia merupakan sebuah majalah untuk bacaan khusus untuk pelajar sekolah menengah dan mahasiswa di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT). Majalah ini diterbitkan secara bulanan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka. Buku ini juga mempunyai 68 halaman bercetak.[1] Majalah ini berukuran 21 cm x 28 cm. Anggota sidang pengarang pertama majalah ini terdiri daripada M. Noor Azam sebagai ketua pengarang, Haji Ahmad Ismail (Ajikik) sebagai pengarang, Jaafar Abdul Rahim, Mohammad Bahadon dan Kamariah Yusof sebagai penolong pengarang.

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Dewan Siswa merupakan tempat bagi para pelajar dan remaja di Malaysia yang mahukan ilmu pengetahuan. Majalah ini bukan sahaja memaparkan sumber ilmu dan maklumat, malah juga menjadi medium bagi para remaja untuk meluahkan rasa hati dalam bentuk yang lebih kreatif. Selain itu, ia juga menjadi gelanggang bagi karyawan muda untuk mengasah kreativiti mereka lalu mencipta nama dalam bidang kesusasteraan.

Butiran[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai harga yang ditetapkan dengan mengikut tempat majalah ini dipasarkan.

  • Semenanjung Malaysia : RM 3.50
  • Sabah/Sarawak: RM 4.00
  • Singapura : S$ 3.10
  • Brunei Darussalam : B$ 3.10

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-23. Dicapai pada 2012-06-20.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]