Dewan Undangan Negeri Sarawak
Dewan Undangan Negeri Sarawak atau DUN Sarawak terdiri daripada 71 kawasan DUN. Pemilihan ADUN dibuat semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. DUN ini bersidang di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak.
[sunting] Sejarah
Dewan Undangan Negeri Sarawak adalah dewan perundangan yang tertua di Malaysia. Ia ditubuhkan oleh Raja Muda Charles Brooke, atas arahan Raja James Brooke, melalui mesyuarat yang diadakan di sebuah perkampungan nelayan kecil di Bintulu, Sarawak pada 8 September 1867.
Dewan Undangan Negeri Sarawak mula dikenali sebagai Majlis Umum (General Council) dengan jumlah ahli yang dipilih seramai 21 orang. Ahli-ahli dipilih dari kalangan ketua-ketua kaum tempatan yang difikirkan dapat membantu dalam mentadbir wilayah-wilayah di bawah jajahan Brooke yang pada masa itu hanya meliputi kawasan-kawasan persisiran.
Council Negri, kini dikenali dengan Dewan Undangan Negeri merupakan Dewan Undangan Negeri yang tertua dan terulung sekali di Malaysia.
[sunting] Kronologi
Dewan telah menempuh tiga zaman yang penting. Zaman Rajah Putih Keluarga Brooke, diikuti dengan zaman koloni atau zaman penjajahan British dan ketiga, zaman kemerdekaannya menerusi Malaysia.
Tiga orang anggota keluarga Brooke memerintah Sarawak dari tahun 1841 sehingga 1946. Dari 1 Julai 1946 sehingga merdeka, Sarawak di bawah pemerintahan koloni Inggeris.
Dari 1946 hingga saat-saat sebelum merdeka, Dewan terus bergerak menempuh arus-arus perubahan yang banyak seiring dengan kedudukan negeri ditadbir oleh pejabat tanah jajahan yang berpusat di London melalui wakil-wakilnya di Sarawak.
Zaman kegemilangannya ialah pada 16 September 1963 apabila Sarawak mencapai kemerdekaan apabila rakyatnya memilih untuk bergabung dengan Malaysia. Dewan Undangan Negeri turut berubah wajah dengan ahli-ahlinya dipilih melalui pilihan raya. ADUN kini dipilih oleh rakyat melalui amalan demokrasi pilihan raya secara langsung.
Sebagai mengenang jasa Ai-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pertama yang menghasilkan cadangan pembentukan Malaysia dengan Sarawak memperolehi kemerdekaan melaluinya, Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada 26 Mei 1971 telah meluluskan usul menyampaikan ucapan terima kasih kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Usul terima kasih bagi Dewan kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 26 Mei 1971 adalah seperti berikut:
| “ | Bahawasanya Dewan ini meluluskan untuk merakamkan penghargaan yang berkekalan kepada Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, kerana perkhidmatan cemerlangnya kepada negara terutama kepada Sarawak yang telah mendapatkan kemerdekaan kami menerusi Malaysia. Semoga Allah akan melimpahkan YTM Tunku dengan sihat afiat dan kebahagiaan serta kejayaan dalam usaha-usaha selanjutnya bagi mencapai persefahaman, persaudaraan dan keamanan yang lebih besar di antara umat manusia | ” |
[sunting] Pautan luar
|
|||||